Tuesday 13 March 2018

CARA MENGATASI MASALAH KULIT MUKA | Mamaleenshop

CARA MENGATASI MASALAH KULIT MUKA

CARA MENGATASI MASALAH KULIT MUKA BERMINYAK, BERJERAWAT DAN KUSAM SECARA SEMULAJADI DAN TRADITIONAL

Pada masa kini, ramai wanita yang inginkan produk untuk merawat masalah kulit mereka. Terutama bagi mereka yang berkerjaya, yang perlu menjaga penampilan. Juga kerja yang sentiasa duduk di dalam econ atau tidak kurang yang perlu berada di luar dan travel yang jauh menjadikan kulit muka kering dan kusam tak bermaya.

Belum lagi ditambah dengan stress bebanan kerja semakin bertambah, masalah seharian dan sebagainya. Hormon wanita semakin tidak stabil dan membuatkan badan dipenuhi dengan toksin yang boleh mengakibatkan muka dipenuhi dengan jerawat dan jeragat yang tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Pelbagai produk digunakan untuk mengatasi masalah tersebut tetapi masih lagi belum membuahkan hasil yang memuaskan. 

Bagaimana jika kita gunakan cara tradisional untuk bantu mengatasi masalah kulit muka?
Ada beberapa bahan yang mudah untuk kita dapatkan dan hasilkan untuk merawat masalah kulit muka. Jom tengok apa bahannya.
Timun. 
Timun baik digunakan untuk mengawal tahap minyak pada kulit muka. Caranya adalah dengan mengambil 1 biji timun . Kemudian potong memanjang menjadi 4 bahagian. Kemudian potong dan gosokkan pada bahagian muka yang berminyak dan bermasalah. Gosok lembut pada muka. Biarkan sekejap selama 10-15 minit. Kemudian bersihkan dan bilas dengan air sejuk sehingga bersih, segera keringkan dengan tuala lembut dan gunakan pelembap. 

Gandum. 
Gunakan gandum mentah atau tidak diproses. Campurkan dengan 1 sudu teh madu dan 1/2 sudu teh jus lemon. Campurkan semua bahan sehingga sebati. Kemudian sapukan campuran bahan-bahan yang tadi pada kulit wajah anda. Biarkan sekitar 15 minit kemudian bilas dengan air sejuk sehingga bersih
Sandalwood Powder.
Ambil serbuk kayu cendana secukupnya, kemudian kacau dengan sedikit air. Sapukan campuran pada bahagian kulit berminyak. Biarkan beberapa saat kemudian bilas dengan air sejuk sehingga bersih. Serbuk kayu cendana boleh membantu menghilangkan minyak berlebihan di muka dan mengurangkan pertumbuhan jerawat. 

Daun Saderi 
Daun Saderi sangat berkhasiat untuk mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit muka secara semulajadi. Daun Saderi mudah dicari di sekeliling anda. Anda boleh menanam sendiri, atau membelinya dengan harga yang sangat murah. Cara membuatnya ialah dengan mengambil daun saderi yang cukup, dipotong menjadi kepingan kecil. Letakkan kepingan daun saderi di dalam periuk yang sudah mendidih air. Biarkan selama 15 minit. Kemudian tutup api dan biarkan ianya sejuk. 

Setelah air di dalam periuk telah sejuk, gunakan air daun saderi yang direbus dengan menggosoknya ke atas muka anda secara merata. Biarkan seketika sehingga sapuan air tadi kering dan meresap pada kulit wajah anda. Selepas itu bilas muka anda dengan air sejuk sehingga bersih. Anda boleh menggunakan cara ini setiap 2 hari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
Air sejuk. 
Membasuh muka dengan air sejuk fungsinya hampir sama dengan menggunakan toner atau pembersih semula jadi. Air sejuk juga boleh membantu mengecilkan liang-liang pada kulit muka anda supaya pengeluaran minyak dapat dikawal. 

Untuk mengatasi masalah kulit ialah rajin dan rutinlah mencuci wajah. Cuci wajah kita sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk memastikan wajah kita sentiasa bersih. 

0 comments: