Wednesday 28 March 2018

MAKANAN UNTUK TAMBAH SUSU IBU | Mamaleenshop

MAKANAN UNTUK TAMBAH SUSU IBU
Masalah susu ibu merundum, drop pasti akan merunsingkan lagi si ibu. Terutama bagi ibu-ibu yang pertama kali ingin menyusukan bayi. Selain dari sokongan ahli keluarga terdekat dan suami tersayang. Ibu juga perlu sentiasa tenang dan berfikiran positif.

Memang tidak semudah dengan kata-kata, tetapi ibu yang baru bermula anda harus percaya bahawa susu ibu pasti ada dan perlu amalkan teknik "suplly & demand" sentiasa. Kekerapan menyusukan bayi serta mengosongkan breast dapat menggalakkan lagi pengeluaran susu lebih banyak.

Selain itu, ibu-ibu juga boleh mengamalkan beberapa makanan bagi pengalak pengeluaran susu lebih banyak.

Ataranya ibu-ibu boleh cuba amalkan ialah;
Alfalfa
Herba Alfafa dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Ianya membantu dalam meningkatkan produktiviti susu mommies. Alfafa membantu dalam detox badan mommies seterusnya meningkatkan tenaga. Jangan terkejut setelah anda mengambil Alfafa payudara anda akan bengkak kerana penghasilan susu badan sangatt produktif!

Bijirin Oat
Bijirin oat senang untuk disediakan bukan. Oat mengandungi fiber dan penuh dengan tenaga. Seperti entry yang lepas ‘kenapa ada hari susu banyak, ada hari susu drop’ ada dikongsikan mengenai sebab badan ibu letih, jadi mommies perlulah ambil makanan yang membantu mengembalikan tenaga.
Kekacang
Kekacang seperti almond, cashew, soya dipercayai dapat meningkatkan productiviti susu. Ianya kaya dengan protein, kalori, vitamin dan mineral yang dapat meningkatkan tenaga dan nutrien. Ianya sesuai untuk di ambil sebagai snack. Namun kekacang soya perlu diperhatikan samada GMO atau Non-GMO. Pilihlah soya yang Non-GMO seperti daripada produk ESP.

Kurma
Kurma kaya dengan gula sihat. Kurma juga mengandungi zat besi dan kalsium. Mommies boleh ambil mengamalkan memakan kurma untuk meningkatkan penghasilan susu badan mommies. Boleh makan kurma begitu sahaja atau mommies boleh campurkan dengan makanan lain seperti susu dan jus buahan.
Roti
Memakan roti gandum arau roti putih juga dapat membantu meningkatkan penghasilan susu kerana roti kaya dengan kalori dan tenaga. Namun pengambilannya perlulah dikawal. Mommies boleh mengambil 2-3 keping roti putih dalam satu sajian pada waktu pagi dan petang sebelum sesi mengepam.

Bawang Putih / Garlic
Garlic atau bawang putih sangat membantu dalam sistem ketahanan badan. Ianya dapat membantu meningkatkan produktiviti susu badan mommies sejak berzaman lagi. Disebab itulah ketika berpantang, sajian makanan ibu berpantang dilebihkan bawang putih dalam masakan.

Selain itu, satu kajian kecil ada menyatakan bayi yang disusui oleh ibu yang memakan garlic akan cenderung untuk menyusu dengan lebih lama kerana didapati bayi menyukai rasa garlic dalam susu ibu tersebut.
Omega 3
Omega-3 dapat membantu penyusuan dengan merangsang hormon-hormon bagi menghasilkan susu dengan lebih banyak. Pilihlah makanan yang mengandungi Omega-3 seperti telur, ikan salmon, almond atau anda boleh menikmati supplement Omega-3 namun pilihlah supplement Omega-3 tulen dari minyak ikan bukanlah dari hati ikan.

Lobak Putih
Tradisi turun temurun untuk mengamalkan makan lobak putih. Lobak putih sinonim dengan membantu hasilkan susu ibu lebih. Mommies boleh tambahkan lobak putih dalam sup atau sajian sayuran yang lain. Walaupun rasanya agak kelat, namun ianya bermanfaat.
Susu (Kalsium)
Sebagai ibu yang menyusu, mommies perlu tidak lupa akan pengambilan kalsium dari sumber tenusu seperti susu lembu, susu kambing, yogurt ataupun cheese. Minumlah susu pada waktu pagi dan malam. Makanan dari sumber kalsium membantu penghasilan susu ibu.

Air Kosong
Mommies cepat hauskan ketika direct-feeding atau mengepam? Dengan menyediakan air di sisi ibu ketika mengepam/direct feeding akan membantu hilang rasa haus tersebut bukan. Ini bermakna badan ibu yang menyusukan mudah terhidrat. Oleh itu, mommies perlu mengekalkan minum 2-3 liter air sehari kerana ianya bukan sahaja membantu hidratkan semula badan ibu malah air membantu dalam penghasilan air susu ibu yang banyak.



Continue Reading

Tuesday 27 March 2018

PUNCA SUSU IBU KURANG | Mamaleenshop

PUNCA SUSU IBU KURANG
Situasi begini juga sering terjadi pada ibu-ibu yang baru mula bekerja setelah habis cuti berpantang. Susu semakin sedikit, kekedang boleh buat drop terus. Kenapa yea?

Ada beberapa perkara yang boleh mengyebabkan ibu mengalami situasi susu semakin sedikit setelah bekerja.

Tidak Mengikut Jadual Mengepam
Faktor pertama adalah ibu tidak mengikut jadual mengepam susu yang sepatutnya. Ibu perlu mengosongkan payudara sekurang-kurangnya 3 jam sekali pam sepanjang tempoh 8 jam bekerja tersebut. Ini penting kerana konsep supply and demand perlu diteruskan serancak masa berpantang dahulu supaya tidak terjadi susu sikit dan susu tidak mudah drop ketika waktu bekerja.

Masa berpantang ibu selalu dengan bayi bukan? dan bayi akan kerap meminta untuk disusui sekerap 2 jam sekali dan paling tidak 3 jam sekali menyusu. Dengan kekerapan permintaaan yang tinggi itu, ‘memaksa’ kilang susu ibu mengeluarkan susu dengan lebih dan lebih bagi memenuhi permintaan tersebut.

Semasa bekerja, mommies berjauhan dengan baby, dan demand terhadap pengeluaran susu badan adalah bergantung kepada sesi mengepam susu mommies. Jika mommies kurang kerap mengepam susu, maka susu sikit lah jadinya. Saat mommies leka dengan kerja, mungkin kadang-kadang mommies akan lupa mengepam sehinggalah bila bengkak ‘kantung’ mula terasa penuh.
Kurang Minum Air Secukupnya
Faktor kedua adalah kerana kurang minum air. Ibu perlu ingat ye, ibu perlu minum air lebih 2 liter sehari supaya badan cukup terhidrat dan cukup untuk hasilkan air susu ibu. Ini kerana, kandungan utama air susu ibu adalah air. Tips minum air lebih, anda boleh minum segelas air sebelum mengepam dan selepas mengepam susu. Selebihnya adalah pada waktu-waktu lain. Sediakan botol air di workstation anda. Minum selalu. Makin banyak air yang anda minum, makin banyaklah penghasilan air susu.

Tidak Makan Makanan Seimbang dan Berkhasiat
Faktor ketiga adalah disebabkan oleh tiada penjagaan makanan seimbang dan berkhasiat ketika di waktu kerja. Semua orang tahu waktu rehat atau makan hanya pada pukul 1.00-2.00pm. Tetapi bagi ibu menyusu, ibu semua akan sentiasa berasa lapar dan haus bukan? Keperluan nutrisi seharian ibu menyusu perlulah cukup bagi memenuhi keperluan badan sendiri dan keperluan susu ibu. 

Ibu menyusu memerlukan lebih 1800 kalori sehari tau! Justeru itu, jangan skip makan walau sesibuk manapun kerja anda. Pastikan makanan yang di ambil adalah yang berkhasiat ya cukup segala nutrisi yang diperlukan. Buah-buahan, sayur-sayuran, mineral dan lain-lain sama sekali jangan dilupakan dalam menu seharian anda.


Tekanan, Kurang Rehat dan Tidak Cukup Tidur
Faktor keempat adalah tekanan di tempat kerja. Normal bekerja, tekanan kerja adalah normal. Ibu perlu kawal tekanan di tempat kerja. Jangan terbawa-bawa tekanan sehingga mengganggu emosi dan pengeluaran susu ibu. Ibu perlu bertenang, kawal tekanan dengan berfikiran positif, boleh juga lihat gambar baby dan berbual perkara-perkara yang menyeronokkan yang boleh mempengaruhi dan meningkatkan ‘hormon cinta’ ibu. 

Semuanya akan rasa bahagia dan saat mengepam susu ibu adalah saat menggembirakan. Kurang rehat dan tidak mendapat tidur yang berkualiti juga menyebabkan tekanan ya. Pastikan ibu cukup rehat, mendapat tidur berkualiti serta bijak mengawal tekanan.

Tiada Mengambil Suplemen 
Faktor kelima adalah kerana tidak ambil apa-apa suplement. Sudahlah masa bekerja ibu-ibu skip makan, makanan yang di ambil pula tidak cukup khasiat yang sepatutnya. Mengikut piramid makanan ibu menyusu memerlukan lebih 2 cawan buah dan 3 cawan sayur dan beberapa kali hidangan berkhasiat yang lain. 
Kesian badan kita, perlu bekerja keluarkan tenaga melakukan aktiviti harian dan juga bekerja untuk hasilkan susu ibu. Kesian badan sendiri bukan? Berilah hak nutrisi yang badan kita perlukan. Barulah badan tidak sakit, tidak lemah, malah badan lebih bertenaga segar, anak pun dapat makanan berkhasiat daripada apa yang kita makan.
Continue Reading

Monday 26 March 2018

CARA MENGATASI BENGKAK SUSU | Mamaleenshop

CARA MENGATASI BENGKAK SUSU
Sakitnya bengkak susu terjadi bila susu terlalu banyak dan tidak diperah atau diberi kepada baik untuk dihisap mengikut waktu yang diperlukan. Ada juga penyebabnya dari puting melecet atau puting susu tersumbat sehingga menyebabkan susu tidak dapat keluar dengan baik.


Antara tanda bengkak susu adalah rasa sakit dan tegang pada payudara, terasa keras, sedikit panas, dan jika disentuh, ada ketulan di dalamnya. Keadaan ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi kondisi puting payudara. Bayi mungkin akan beasa sedikit sukar untuk melekap seperti biasa akibat puting yang tenggelam.


Nampak remeh, tetapi sebenarnya bengkak susu tidak patut dianggap ringan kerana ia boleh menyebabkan masalah yang lebih serius seperti mastitis sehingga memerlukan pembedahan.

Jom saya kongsikan beberapa cara bagaimana untuk membantu mengatasi bengkak susu ini.
1. Tuaman Panas
Semasa payudara terasa sangat bisa dan berat, cubalah lakukan tuaman panas di rumah.

Terdapat beberapa cara melakukannya, sama ada menggunakan pek air panas, tuala yang direndam dengan air suam, dan mandian air panas di pancuran (shower). Dengan cara ini juga, pengeluaran susu pada saluran-saluran yang tersumbat dapat menjadi lebih lancar.

2. Urut Payudara
Anda mungkin berasa sangat sensitif apabila payudara anda disentuh, apatah lagi diurut, bukan? Tetapi, jangan biarkan perasaan ini menghalang anda untuk melakukan urutan.

Urutan pada payudara amat membantu mengurangkan bengkak susu. Jadi, rajin-rajinkan mengurut payudara dengan menggunakan 4 jari dari arah atas ke arah puting. Lakukan sekeliling payudara, terutamanya ketika anda sedang mengepam atau menyusu bayi.

Anda juga boleh menggunakan sikat rambut yang bersih untuk membuat urutan dan menghilangkan ketulan-ketulan pada payudara.
3. Gunakan Pam 
Jika susu terlalu penuh, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan lebihan susu. Namun, pastikan anda mempunyai jadual mengepam yang konsisten.

Jangan keterlaluan dalam mengepam kerana ia boleh merangsang penghasilan susu yang berlebihan dan melebihi keperluan bayi hingga menyebabkan anda sering mengalami bengkak susu.

4. Menyusukan Bayi Dengan Kerap
Anda akan mendapati bayi sukar melekap dengan betul akibat puting yang terlalu tegang atau tenggelam. Seperkara lagi, bayi mungkin tidak mahu menyusu apabila anda mengalami bengkak susu akibat aliran susu yang terlalu laju.

Jadi, anda boleh cuba memerah keluar sedikit susu lebihan dengan menggunakan tangan. Dengan cara ini, bayi lebih mudah untuk menyusu seperti biasa. Jangan lupa gilirkan payudara dan pastikan bayi turut menyusu pada waktu malam.

5. Guna Bra / Baju Dalam Yang Sesuai
Payudara yang terlalu penuh akan terasa berat dan boleh menyebabkan ibu berasa lenguh, bisa, dan letih yang luarbiasa.

Oleh itu, penggunaan bra yang sesuai amat penting bagi memastikan payudara anda disokong sepenuhnya oleh struktur bra menyusu yang baik.
6. Ambil Ubat Dengan Nasihat Doktor
Jika anda tidak dapat menahan sakit, pastikan anda memberitahu doktor dan mendapatkan ubat dengan preskripsi dan dos yang selamat.

Sekiranya anda ada mengambil suplemen atau memakan jamu selepas berpantang, cuba hentikannya buat sementara kerana ia mungkin mengandungi ramuan yang merangsang penghasilan susu yang terlalu banyak

Dalam sesetengah keadaan, bengkak susu boleh menyebabkan demam atau mastitis, iaitu jangkitan bakteria yang turut disebabkan oleh puting melecet atau puting tersumbat. Oleh itu, sekiranya anda mendapati payudara anda terlalu penuh, cepat-cepatlah pastikan agar anda mengambil salah satu tindakan di atas.

Seperkara lagi, jangan jadikan masalah bengkak susu sebagai penghalang untuk anda menyusukan bayi anda dengan kerap atau seperti biasa.
Continue Reading

Friday 23 March 2018

PANTANG BAGI IBU MENYUSU | Mamaleenshop

PANTANG BAGI IBU MENYUSU
Apabila menyusukan anak, sebenarnya tubuh badan kita sedang bekerja untuk menghasilkan nutrisi yang sangat diperlukan oleh si kecil. Sepanjang 6 bulan terutamanya, si kecil bergantung sepenuhnya kepada susu badan dan masih belum memakan sebarang makanan lain.

Walaupun susu badan adalah susu yang terbaik, namun ada masanya susu boleh berubah rasa dan kualiti oleh sebab diet dan pemakanan ibu. Oleh itu, penting untuk ibu-ibu menjaga kualiti susu badan agar si kecil mendapat susu badan yang berkualiti dan terbaik.

Berikut adalah beberapa pantang ibu menyusu yang perlu anda ketahui.
1. JAMU DAN UBAT
Bukan semua jamu yang boleh anda makan semasa dalam pantang. Ada sesetengahnya dapat menimbulkan masalah kesihatan bagi bayi yang tidak serasi dengannya. Sekurang-kurangnya, tunggu 14 hari selepas bersalin sebelum mencuba sebarang produk kesihatan atau suplemen herba.

Seeloknya, baca label dengan teliti dan beli dalam kuantiti kecil terlebih dahulu. Sekiranya bayi tidak terganggu dengan penyusuan, barulah anda meneruskan pengambilannya. Elakkan sama sekali produk-produk yang diragui dan tidak diperakui oleh badan-badan berdaftar.

Sekiranya anda jatuh sakit dan perlu memakan ubat, pastikan anda memberitahu doktor bahawa anda sedang menyusu supaya mereka dapat mempreskripsikan dos dan jenis ubat yang khusus.

2. DIET BERLEBIHAN
Selepas bersalin, mungkin ada wanita yang rasa stres melihat perut mereka yang menggeleber. Oleh sebab itu, ada yang cepat-cepat memulakan diet untuk kembali kepada bentuk badan asal.

Tak salah jika anda memilih makanan yang berkhasiat, namun pastikan anda turut mengambil makanan daripada semua piramid makanan agar semua nutrisi lengkap dapat diperolehi oleh tubuh. Rejim diet yang terlalu ketat juga boleh menjadi punca susu badan anda merudum dan semakin berkurang.
3. BUAH-BUAHAN CITRUS
Elakkan memakan buah-buahan sitrus seperti oren, limau, dan lemon terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan masalah kepada sistem penghadaman bayi yang belum matang.

Menurut sumber, ia juga boleh menjadi punca ruam lampin kepada bayi jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, pelbagaikan pengambilan vitamin C melalui buah-buahan lain seperti jambu batu, epal, betik, dan anggur.

4. MAKANAN PEDAS
Tidak semua bayi akan meragam dan mogok menyusu apabila ibunya memakan makanan pedas. Namun, anda mungkin akan mendapati sesetengah bayi amat sensitif terhadapnya, lebih-lebih lagi sekiranya bayi menyusu badan dalam masa 1 jam selepas anda memakannya.

Oleh itu, jika anda minat dengan makanan pedas, cuba makan makanan tersebut dalam kuantiti kecil dahulu untuk melihat reaksi bayi.
5. GANDUM
Sesetengah bayi akan berasa tidak sedap perut, kembung, dan sembelit akibat alahan terhadap gandum yang terdapat dalam roti, pasta, mee, dan pastri.

Sekalipun bayi tidak meragam, anda boleh memantaunya melalui najis bayi. Jika ia tidak kelihatan normal dan nampak berketul, kering, dan berdarah, cuba elakkan makanan yang bergandum selama 2-3 minggu. Sekiranya najis mereka kembali normal dalam tempoh tersebut, mungkin bayi anda alah terhadap gandum.

6. SOYA DAN PRODUK TENUSU
Susu, produk tenusu seperti keju dan yoghurt, serta soya adalah antara makanan yang paling kerap menjadi alahan kepada bayi dan anak kecil. Sungguhpun mereka tidak meminumnya secara terus, proses penceraian makanan ini boleh membawa alergen yang sama untuk masuk ke dalam susu badan.
7. KAFIEN
Salah satu minuman yang perlu dihadkan pengambilannya semasa menyusu badan adalah minuman berkafein seperti kopi, teh atau soda.

Antara kesan yang boleh dialami akibat kafein ini adalah masalah sukar tidur, meragam, dan ketidakselesaan. Seelok-eloknya, hadkan pengambilan kopi harian anda kepada 1 gelas sehari.

Jangan rasa tertekan sekiranya anda tidak dapat memakan makanan kegemaran anda semasa menyusu badan. Pantang ibu menyusu ini hanya berlangsung buat sementara saja. Tambahan pula, tidak semua bayi yang alah terhadapnya.

Pemilihan makanan adalah mustahak supaya anda juga dapat nutrisi yang baik untuk menggalakkan lagi penghasilan susu badan yang berkualiti. Paling penting, banyakkan minum air ya!
Continue Reading

Thursday 22 March 2018

TIPS UNTUK IBU MENYUSU | Mamaleenshop

TIPS UNTUK IBU MENYUSU
Bagi ibu yang pertama kali menyusu badan, kebanyakannya tentu akan menghadapi pelbagai persoalan dan cabaran. Berikut adalah antara perkara penting yang perlu anda tahu tentang cara menyusu badan yang betul.

Walaupun proses menyusu badan nampak begitu semulajadi dan mudah, sebenarnya ia adalah sebuah cabaran besar yang hanya dapat dirasai oleh seorang ibu.

Untuk membantu memudahkan anda melalui perjalanan menyusukan bayi selama 2 tahun penuh, atau sekurang-kurangnya 6 bulan pertama seperti yang disyorkan oleh doktor, ketahui 7 tips ini.
1. Manfaatkan 'Skin-to-skin contact'
Selepas bayi selamat dilahirkan, biasanya doktor atau jururawat akan memberi peluang untuk anda memegang bayi buat seketika. Walaupun anda terlalu letih ketika ini, jangan sia-siakan peluang ini untuk berhubung dengan bayi.

Menurut kajian sebuah jurnal, tindakan ini dapat menyumbang kepada kejayaan untuk menyusu badan dengan sempurna hingga selesai tempoh menyusu. Anda boleh juga cuba menyusukan bayi sejurus selepas bayi dilahirkan, tetapi anda tidak perlu risau jika susu anda masih belum keluar ketika itu.

2. Eksperimen Posisi Yang Paling Selesa
Pada beberapa hari pertama, anda tidak perlu begitu risau jika susu yang dihasilkan belum begitu banyak. Susu kolostrum ini penuh dengan khasiat dan imuniti yang sangat menakjubkan buat kesihatan bayi sehingga ia dikenali sebagai ‘titisan emas’.

Pada awalnya, anda akan berasa kekok untuk memegang dan menyusukan bayi. Namun, jangan berputus asa. Fokuskan kepada cara menyusu badan yang betul dengan bereksperimen beberapa posisi sehinggalah anda berasa selesa.
3. Pakaian Yang Selesa
Salah satu trik untuk mendapatkan cara menyusu badan yang selesa adalah dengan memastikan anda berdua dalam keadaan selesa.

Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai, duduk di tempat yang selesa, dan pastikan anda sudah menyediakan bra menyusu seawal mungkin untuk membantu memudahkan penyusuan.

4. Mengenal Pasti Tanda Bayi Lapar
Seeloknya, cuba kenalpasti tanda bayi anda lapar supaya anda dapat belajar menyusu badan dalam keadaan yang tenang. Apabila bayi sudah meragam dan menangis dengan kuat, sukar untuk bayi belajar melekap dengan baik.

Oleh itu, perhatikan tanda pergerakan pada mulut bayi dan cepatlah merespon terhadap rengekannya
5. Praktis Mengepam
Tahukah anda, selain daripada digunakan untuk memerah susu, pam susu juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan payudara anda daripada bengkak atau tersumbat. Ia juga membantu melancarkan aliran susu ibu dan meningkatkan produksi agar cukup untuk bayi.

Jadi, tak perlu rasa teragak-agak untuk cuba menggunakannya seawal beberapa hari pertama, lebih-lebih lagi jika anda bakal kembali bekerja. Lebih senang untuk anda menggunakannya nanti.

6. Masalah Puting Melecet
Masalah puting melecet bukan saja dialami oleh ibu yang baru, tetapi juga ibu yang sudah berpengalaman. Ia boleh berpunca daripada masalah lekapan yang tidak elok, atau gigitan oleh bayi yang sedang tumbuh gigi.

Hampir kesemua ibu yang menyusu akan mengalami masalah ini. Oleh itu, anda bukanlah keseorangan. Cuba dapatkan krim yang sesuai untuk membantu melegakan kesakitan anda dan seeloknya teruskan menyusu bayi. Jika terlalu sakit, anda boleh mengepam dan menyusukan bayi menggunakan susu perahan.
7. 'Nipple Confusion'
Waktu yang elok untuk anda melatih bayi menggunakan puting tiruan atau botol susu pada usia sekitar 4-6 minggu, atau 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.

Jika anda memperkenalkan botol susu terlalu awal, dikhuatiri bayi akan keliru terhadap puting dan sukar untuk belajar melekap dengan betul pada payudara. Akibatnya, ada bayi yang langsung tidak mahu menyusu badan apabila telah selesa dengan puting tiruan.

Lebih elok, amalkan meminum segelas air sebelum dan selepas menyusu badan. Selain memberi tenaga, ia membantu anda untuk memproduksikan susu yang mencukupi buat bayi. Selain itu, lakukan perahan atau ‘power pumping’ dengan kerap untuk mengekalkan produksi susu badan anda setiap hari.

Continue Reading

Tuesday 20 March 2018

PROMOSI YOUTH SHAKLEE SKIN CARE!

PROMOSI YOUTH SHAKLEE SKIN CARE!

TIADA LAGI KULIT BERMASALAH!

Nak kulit cantik bersih dan mulus itu adalah idaman setiap wanita. Hari-hari pasti nak tengok muka dekat cermin. Tapi….kalu muka dipenuhi jerawat dan berjeragat pasti mengecewakan!

Bila usia menjangkau melebihi 20an, pasti masalah kulit muka sering menghadapi masalah. Sebab pada masa ini kolagen kulit mula hilang dan penghasilan keanjalan kulit semakin kurang.

Pelbagai produk dah dicuba, tapi kesannya semakin ‘menyakitkan’! Akibatnya kulit muka jadi semakin teruk pulak.

Tapi kini, awak ada pilihan yang lebih baik. Tentunya Youth Skin Care Shaklee.

Ya…Youth mampu berikan kesan seawal 7 hari untuk kulit muka awak.

YOUTH adalah skincare TERBARU dari Shaklee yang mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya:

+ BEBAS dari 1500 bahan kimia terlarang. Memang 💯% bebas.
+ SELAMAT untuk mata (telah disahkan oleh pakar mata)
+ TIDAK merensakan kulit (telah diuji oleh pakar kulit)
+ KESAN seawal 7 hari. CLINICALLY PROVEN tau.
+ SESUAI dipakai oleh lelaki & wanita bermula remaja hingga warga emas.
+ TIADA kesan sampingan.
+ 💯% VEGAN (semua bahan adalah dari tumbuhan)
+ TIDAK berbuih.
+ TIDAK diuji ke atas haiwan.
+ SESUAI untuk semua jenis kulit.
+ TIDAK menyumbatkan liang pori (Non-comedogenic)

Dengan pembelian FULL SET YOUTH pada bulan Mac ini, awak akan dapat:

🌟 Luminious Gel Oil Cleanser
🌟 Perfecting Skin Toner
🌟 Activating Serum
🌟 Age Defense Moisturizer SPF50
🌟 Advanced Renewal Night Cream

Dan awak juga akan dapat PERCUMA:
—> Radiance C+E (yang berharga rm400+)
—> PERCUMA Bag YOUTH yang sangat exclusive dan cantik.
—> PERCUMA Keahlian bernilai rm68.90 (secara automatik dapat kesemua kelebihan sebagai ahli)
—> PEMBELIAN terus dengan harga ahli
—> PERCUMA Konsultasi exclusive leader kami dan pakar nutritionist Shaklee.
—> CASH BONUS terus ke akaun bank pada 14hb hadapan.

Wow! Sangat berbaloikan dan bestkan.

So boleh grab set Youth nie sebelum kehabisan stock.

Whatsapp Kak Leen untuk dapatkan promosi bulan ini,http://youthpromosimac2018.wasap.my/

Continue Reading

Monday 19 March 2018

MANFAAT AIS UNTUK KECANTIKAN WAJAH | Mamaleenshop

MANFAAT AIS UNTUK KECANTIKAN WAJAH

PETUA MENJAGA WAJAH DENGAN AIS

Setiap wanita pasti inginkan wajah yang sihat dan cantik. Pelbagai petua yang akan dicuba untuk wajah kelihatan segar dan tiada bermasalah. Keletihan dan stress juga salah satu faktor yang menyebabkan kulit mudah berminyak dan berjerawat.

Jom, Kak Leen kongsikan cara paling mudah dan murah untuk kekalkan kesegaran dan kesihatan kulit wajah anda ialah dengan menggunakan AIS! 
1. MERAWAT MASALAH JERAWAT
Jerawat ialah musuh utama untuk kulit wajah terutama bagi kaum wanita. Kewujudannya pasti tidak disenangi pada wajah anda.

Ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan pada wajah.

Selain itu, ais juga boleh mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan serta membantu mengecutkan jerawat anda.

2. MENGECILKAN LIANG PORI WAJAH
Ais boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori yang besar pada wajah.

Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil pada wajah anda untuk mengurangkan saiz liang pori sebelum anda menggunakan alat solek.

Ia bagi membantu mengurangkan jumlah bahan kimia daripada meresap ke dalam kulit.
3. MENGURANGKAN MATA YANG SEMBAB
Mata yang sembap boleh berlaku akibat masalah kurang tidur atau terlalu stress.

Ambil beberapa ketulan ais batu dan bungkus dengan tuala. Gosok secara perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan kesan yang menenangkan di bahagian mata anda.

4. MENGEMBALIKAN KESEGARAN WAJAH
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik ia akan meningkatkan peredaran darah. Dengan itu, ia akan menimbulkan kesan sejuk yang bantu menyegarkan kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.

Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda dengan menekapnya pada wajah.

Atau, letakkan ais di dalam tuala kecil dan tekapkan pada wajah anda.
5. MELANCARKAN PEREDARAN DARAH
Gosok ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama satu minit. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala.

Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan dengan kerap setiap hari iaitu tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

Mungkin selepas ini anda boleh mengekalkan kesegaran dan kecantikan wajah dengan mudah tanpa memerlukan sebarang kos yang tinggi. Jika anda mempunyai petua kecantikan lain, jom kongsikan bersama kami.

Continue Reading

Friday 16 March 2018

SET RAWATAN INTENSIF DAN PEMULIHAN YOUTH | Mamaleenshop



Set Rawatan Intensif dan Pemulihan YOUTH


Set penjagaan kulit lengkap untuk membantu menangani tanda-tanda penuaan, mengurangkan kedutan, bintik-bintik hitam penuaan serta pigmentasi, memperbaiki kerosakan disebabkan oleh matahari, meningkatkan kecerahan dan seri wajah.


LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakankulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Menghaluskan.

PERFECTING SKIN TONER

Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisibersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Meremajakan.

YOUTH ACTIVATING SERUM

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah pembaharuan sel yang kritikal. Terdiri daripada campuran vitamin, polifenol dan YOUTH Complex kami yang berkesan, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, membuatkan kulit anda berkelakuan lebih muda untuk mencapai keremajaan dan keserian terunggul.

Bahan-bahan Utama
YOUTH Complex dengan Apple Cell, Lotus Japonicus, Vitamin A Berkapsul.

AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50
Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Bahan-bahan Utama
SPF 50, Vital Repair+® Complex, Muscadine Grape Extract

ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT

Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit andasemasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+® Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – RICH

Krim malam ini diformulasi dengan shea butter dan jojoba menghidratkan kulit dengan mendalam serta melembutkan kulit. Alga Marin ditambah dengan anti oksida yang kaya dengan vitamin membantu mengecas dan membantu sel kulit semasa anda tidur, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+® Complex, Lotus Japonicus, Shea Butter, Jojoba


RADIANCE C + E
Dos sebanyak 20% vitamin C tulen yang berpaten dan vitamin E serta ekstrak sel raspberi membantu untuk menegang, mencerah, dan mengurangkan kehadiran garisan halus dan kedutan.

Radiance C+E mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit, dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan bersama rejimen penjagaan kulit anda selepas menggunakan serum.

Kapsul berdos-tunggal yang mudah digunakan ini adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan, vegan, 100% terbiodegradasi dan diformulasikan tanpa bahan pengawet.

Bahan-bahan Utama
20% Vitamin C Tulen, Vitamin E, Raspberi
Untuk penggunaan selama 60 hari.

Untuk tempahan boleh klik di sini,

atau boleh trus whatsapp Kak Leen, klik di sini


Continue Reading

Thursday 15 March 2018

SET PERMULAAN YOUTH | Mamaleenshop


Set penjagaan kulit yang mudah dan ringkas untuk membantu menyingkirkan sel kulit mati, menghidrat, melindungi dan menyuburkan kulit anda untuk mengekalkan keremajaan.
LUMINOUS GEL OIL CLEANSER
3-dalam-1, tidak mengandungi sabun, pH-seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci, dan menyediakankulit anda untuk langkah seterusnya. Hadapi dunia dengan seri semulajadi anda.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Menghaluskan.

PERFECTING SKIN TONER
Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran dan tunjukkan kepada dunia, diri anda yang lebih cerah, berseri. Lakukan lebih daripada biasa untuk membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisibersama dengan campuran vitamin penting, polifenol, dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, Ekstrak Alga Hijau yang Meremajakan.

AGE DEFENSE MOISTURIZER - SPF 50
Perlindungan untuk kulit anda adalah lebih daripada hanya melindunginya daripada sinaran matahari. Lindungi kulit anda lebih dari sekadar sinaran matahari dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan Botani bernutrien melembapkan kulit anda dan menambahbaikkan penampilan kulit anda secara menyeluruh.

Bahan-bahan Utama
SPF 50, Vital Repair+® Complex, Muscadine Grape Extract
ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM – LIGHT
Ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus, serta anti oksida yang lain menggalakkan proses pembaharuan sel kulit andasemasa anda tidur. Campuran botanikal khas kami membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin, dan cerah.

Bahan-bahan Utama
Vital Repair+® Complex, Schisandra Chinensis, Lotus Japonicus

Untuk Tempahan boleh terus klik dibawah ini
atau boleh terus whatsapp Kak Leen di sini



Continue Reading