Thursday 22 February 2018

Cara Mengatasi Bayi Kembung

Cara Mengatasi Bayi Kembung.

Bayi Kembung? Jom Ikuti Cara Mengatasinya

Apabila si kecil merengek dan menangis tanpa alasan yang jelas, cubalah untuk periksa bahagian perutnya. Jika perut bayi terasa agak keras, dan kerap buang angin, ini merupakan tanda bayi kembung perut.

Selain itu, kembung perut boleh diperhatikan melalui gerakan bayi. Jika bayi sering menggeliat dan melengkungkan punggungnya ke belakang, serta mengangkat kedua kakinya, ini antara petanda bahawa dia sedang merasakan ketidakselesaan akibat kembung perut.

Ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah bayi kembung perut. Antaranya:
Cara Mengatasi Bayi Kembung
1. Tenangkan Bayi
Sekiranya bayi menangis, anda boleh cuba mendukung bayi dan melarikannya seketika daripada suasana yang bising atau meriah.

2. Bedung Bayi
Selain mendukung, cubalah membedung bayi semasa tidur kerana ia juga salah satu cara memberi keselesaan kepada bayi. Bedungan yang baik membantu bayi bertenang kerana tangan mereka tidak akan terkapai-kapai dan terasa seperti dipeluk.
Related image
3. Periksa Cara Bayi Menyusu
Pastikan bayi tidak meminum botol susu dengan posisi terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai boleh menyebabkan banyak udara ditelan sehingga terjadi perut kembung.

Bagi ibu yang menyusu badan, praktikkan cara lekapan yang baik dan posisi menyusu badan yang selesa. Sekiranya payudara anda terasa sakit ketika menyusu, ia bermaksud anda berada dalam posisi yang salah.

4. Tukar Susu Formula Yang Lain
Sekiranya anda mendapati bayi sering kembung sejak anda menukar susu formula, cuba hentikannya buat sementara. Sesetengah bayi mengalami alahan terhadap susu formula tertentu dan boleh menyebabkan mereka kembung.

5. Hindari Makanan Tertentu
Sesetengah bayi yang menyusu badan mungkin turut mengalami masalah pencernaan sekiranya ibu menyusu memakan makanan tertentu.

Sebaiknya, ibu menyusu cuba elakkan makanan yang akan membentuk gas setelah dicerna seperti kubis, brokoli, bawang atau kacang. Kadangkala, makanan segera dan minuman berkafein juga boleh menjadi faktor bayi kembung perut.

6. Urutan
Cuba beri urutan perlahan pada tubuh bayi untuk melegakan dan memberi keselesaan.
Lakukan pada bahagian perut dan belakang bayi sambil menitiskan beberapa titik minyak bayi yang selamat.

7. Biarkan Bayi Bergerak Aktif
Akhir sekali, biarkan bayi bergerak aktif. Anda boleh meniarapkan bayi dari semasa ke semasa, atau membiarkannya merangkak dan bebas bergerak.

Gerakan-gerakan ini mendorong proses pencernaan supaya berfungsi lebih optimum, selain juga dapat membantu keluarnya gas melalui kentut dan sendawa.

Pada kebanyakan masa, kembung perut akan hilang dengan sendiri. Anda tidak perlu risau jika perut bayi kelihatan kembung sedikit, tetapi masih aktif dan pertambahan berat badannya normal.

Tanda-tanda bayi kembung perut yang merisaukan adalah seperti kurang berat badan, muntah-muntah, cirit-birit, najis berdarah, perut kembung sehingga sangat keras dan bayi kelihatan sangat lemah dan tidak sihat.

Jika terdapat tanda-tanda ini, atau tanda-tanda lain yang luar biasa, pastikan anda segera membawa bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

sumber : majalahpama
Continue Reading

Wednesday 21 February 2018

KENAPA PROTIEN SANGAT PENTING UNTUK TUBUH BADAN KITA?

KENAPA PROTIEN SANGAT PENTING UNTUK TUBUH BADAN KITA?


Masa Kak Leen ada masalah menyusukan anak dulu, dari ambil set basic kak leen terus tambah lagi dengan kalsium dan protein bagi lengkapkan lagi pengambilan vitamin yang kak leen perlukan masa menyusukan anak.
KENAPA PROTIEN SANGAT PENTING UNTUK TUBUH BADAN KITA?
Masa mula-mula kak leen ambil protein nie, agak kurang gemar. Kan kak leen tak suka sangat nak minum susu. Kalu minum pun awal-awal lah excited.

Dah lama-lama hilang terus rasa nak minum. Jadi on off ambil protein nie.

Tapi sejak dah terbaca dalam buku mengenai kepentingan vitamin dan mineral dalam tubuh manusia. Terus rasa insaf tau.

Memang benarlah,

Usia bukan lagi pengukur kepada tahap kesihatan. Tetapi bagaimana kita menjalani dan menikmati kehidupan dengan cara yang sihat atau sebaliknya.
Tahukah korang, 25% daripada badan kita berasal daripada protein?
Kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr Bruce Miller dalam bukunya menyatakan manusia adalah protein.

Kenapa Yea?

Sebab Badan kita terdiri daripada lebih kurang 75 trillion sel. Sel ini penting kerana

• Sel membentuk tisu
• Tisu membentuk organ
• Organ membentuk sistem badan
• Sistem yang bergerak bersama ini mewujudkan seorang manusia

Pilihan kak leen tentulah ESP Soy Protien, Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat.
Termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

Haaa….sejak dah tahu kepentingan protein nie, memang kak leen tak boleh miss. Lagi pun bukan untuk ibu menyusu jer. Tapi baik juga untuk kulit dan seluruh tubuh badan kita.

Yelah, kan dia membentuk tisu baru, so kulit kita akan jadi lebih halus, mulus, gebu, cantic, putih.
Wahhhh….ye ker nie?

Yelah, cuba dulu baru korang tahu. Kak leen pun ambil untuk bantu dalam penyusuan, tetapi macam-macam manfaat plak dapat. Best ler sangat…
Kalu korang teringin sangat nak cuba, boleh bagitau kak leen yea. Kak leen guide nanti.

Kalu ada pilihan yang baik kenapa kita taknak cuba kan….
Sayangilah diri kita!

Jom Kak Leen bantu
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya & Cyberjaya
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Monday 19 February 2018

Rahsia Kulit Cantik & Tips Penjagaan Kulit Muka | Mamaleenshop

Rahsia Kulit Cantik & Tips Penjagaan Kulit Muka | Mamaleenshop

Rahsia Kulit Cantik & Tips Penjagaan Kulit Muka 

Kalau cakap pasal kecantikan kulit muka, memang semua perempuan suka nak tahu kan.
Lebih-lebih lagi jika ada masalah jerawat atau kulit berjeragat yang payah sangat nak hilangnya. Kenapa ya? 

Kebiasaannya masalah ini berpunca bila kerap kali memakai solekan yang tebal dan jangka masa yang lama. Juga muka tidak dicuci dengan betul dan bersih.

Jom Kak Leen sharekan beberapa cara mudah untuk kekalkan kecantikan dan kesegaran wajah kita dan ini yang perlu kita lakukan selalu. 

1. Cuci Muka 2 kali Sehari
Cuci wajah dua kali sehari, pagi dan malam adalah waktu yang paling sesuai. Pastikan sebelum tidur wajah bersih daripada sebarang kotoran. 

Gunakan pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit. Namun jangan pula mencuci wajah secara berlebihan kerana perbuatan ini menyebabkan kulit menjadi kering dan hilang kelembapan semulajadi.

2. Gunakan Pelembab Wajah
Selepas mencuci wajah, jangan lupa mengoles pelembap pada seluruh wajah dan leher. Pada hari siang, gunakan pelembap wajah yang mempunyai pelindung tabir suria. 

Ini dapat melindungi kulit sekaligus membantu kulit kekal lembap. Sapuan haruslah dilakukan secara nipis dan rata. Jika berlebihan bukan sahaja comot malah membuatkan kulit melekit.

3. Melakukan Scrub Wajah
Bagi yang mempunyai kulit normal dan tidak berdepan masalah seperti jerawat, anda boleh menggunakan skrub yang dijual di pasaran untuk menyental kulit secara lembut. Skrub dapat membantu membuang sel kulit mati. 

4. Menggunakan Penyegar Bebas Alkohol
Selepas bersihkan wajah, sebaik-baiknya gunakan penyegar. Penyegar ini dikatakan dapat kembalikan kelembapan kulit. Pilih penyegar bebas alkohol, ia lebih mesra dan merawat kulit dengan lembut tanpa mengeringkan kulit. 

Penyegar juga dapat membantu mengawal minyak pada wajah dan mengecilkan pori-pori. Justeru, jangan culas menggunakan penyegar jika mahu miliki kulit yang cantik.

5. Bersihkan Solekan
Jangan sesekali tidur dengan wajah yang bermekap. Bersihkan solekan pada wajah menggunakan penanggal mekap. Pilih jenis penanggal solekan yang sesuai dengan jenis kulit. 

Sisa solekan boleh menyebabkan liang roma tersumbat dan mengundang masalah kulit seperti jerawat. Untuk bahagian mata, gunakan penanggal solekan khas. Ini kerana bahagian ini sangat sensitif dan kulit di sekitar mata begitu halus.

6. Hentikan Tabiat Memicit Jerawat
Terlalu kerap menyentuh muka juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat. 

Jangan gatal tangan memicit jerawat, ini bukan sahaja menyebabkan semakin teruk malah meninggalkan parut pada wajah. Elakkan juga perbuatan menggaru wajah.

ok, sekarang dah tahukan macam mana nak jaga kulit muka dengan tips yang ringkas dan mudah? Pilihan ditangan awak semua. Nak jaga kulit bagi sihat? atau terus dengan pakai make up yang tebal untuk tutup masalah kulit itu?

Selamat Mencuba! 

Continue Reading