Monday 24 December 2018

PROMOSI : Y. E. S YANG BEST HANYA 2 HARI SAHAJA

Tahu tak uolls, Shaklee bagi kejut an. Promosi yang hebat hanya berlansung 2 hari sahaja. Iaitu pada 26 hingga 27 Disember 2018 nie.

So... Nie lah peluang uolls nak rebut produk-produk yang korang suka tu. Ishhh.... Memang berbaloi-bali tau. Nak lagi berbaloi dan jimat terus singup membership.


Haa... Korang dah ready tak? Nak order belum terus komen di bawah. Or WhatsApp Kak Leen +60192691158 😘


Continue Reading

Thursday 6 September 2018

SHAKLEE EFFECT: Detox dan Diet Secara Sihat - Mamaleenshop

Assalamualaikum 
Saya Siti Zaharul Nadia Binti Zainal. Umur 27tahun sudah berkahwin dan anak seorang!

Saya mula kenal Shaklee bila saya bersalin czer. Saya ambil Vit C, Vit B & Vit E..sebab ngadu sakit pinggang dan rasa lemah badan.. masa mula2 makan..  Mmg serius rasa lah.. niat nya nak baik kan luka dan parut bersalin..tetiba muka plak tercantik hilang binting2 hitam.. suami pun perasan..hehe.. tp jujur saya tak konsisten.. on off makan..tak bape nak yakin lg..haha..

Then..lepas setahun gitu..rasa cam nak taubat kurus kan..sebab berat dah sampai nak 65kg gitu. 

So decide nak amik ESP sebagai meal replacement (makanan gantian). Sambil buat *Detox Shaklee Ways*!

Seriuss syukur sangat kenal shaklee..sebab dia bukan sahaja bantu kita dr produk.. malah dia juga guide kita cara terbaik untuk jaga kesihatan seperti "DETOX 7days SHAKLEE WAYS" 

Alhamdulillah..setelah Detox & Diet Seimbang.. berat saya sekarang dah 55kg!  Saya turun 9kg dalam masa 2 bulan sahaja.. Alhamdulillah..

Syukur sekarang serius sangat2 rasa lebih selesa dan yakin dengan Shaklee.!
SHAKLEE EFFECT: Detox dan Diet Secara Sihat - Mamaleenshop


Continue Reading

Thursday 12 July 2018

SHAKLEE EFFECT - SET RESDUNG DAN HERBLAX MENYELESAIKAN MASALAH RESDUNG DAN SEMBELIT

Saya Dyla. Berasal dari Kuala Nerang, Kedah. 25. Single. Bekerja. 

Kisah saya dengan Shaklee bermula dengan Set resdung Shaklee ( Alfalfa , Vitamin C & B complex ). Tapi masa first time guna belum lg jadi SID just beli kt kwn ja. Masa ni masih study lg third year. 

Kenapa set resdung? Sebab sy rs masalah resdung yg sy hadapi sangat teruk. Alahan sy sangat teruk. Memang tak boleh langsung mkn seafood n etc. dan alahan dgn habuk jugak. bila terdedah dgn habuk mesti muka naik jerawat bnyak n mesti asyik bersin.
Pagi2 ja mula la bersin...Selain tu,saya juga kerap selsema. Sebulan msti selsema 2 @ 3 kali.Yg paling x tahan, hidung gatai merenyam...merenyut ja kt hidung..mcm nk garu ngn garpu ja..
Dan sy juga slalu sakit kepala. every sem at least sekali mesti akan g clinic kt campus tu hahaa. antibody xkuat kot. bila g clinic mesti dpt ubat antibiotic tu bnyak giler. 
Alhamdulillah...setelah amalkan set resdung shaklee, bersin di pagi hari dh berkurang, dh jarang selsema & hidung dh  x gatai merenyam. Yeay..X payah garu dgn garpu dh. Sakit kepala pn dh kurang. Jerawat pn hilang. No more ubat antibiotic just amek vit c shaklee jeww huhuu.

Selain dr masalah resdung , sy jg ada masalah sembelit. 4 @ 5 hari baru nk membuang. Bila membuang, sakit ya amat...Kadang2 takut plk nk membuang.Saya amalkan HERBALAX...makan 4 biji sebelum tidur. Bila dh amalkan HERBALAX, senang je nk membuang. 

Set resdung & sembelit Shaklee memang antara yang terbaik baik saya. Sekarang saya adalah pengguna setia dan akan sentiasa konsisten dengan set ni. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk seperti diatas, boleh terus whatsapp Kak Leen hokey.

Klik di SINI untuk Whatsapp
Continue Reading

Wednesday 11 July 2018

SHAKLEE EFFECT - TIADA LAGI MASALAH KULIT BERJERAWAT

SHAKLEE EFFECT - TIADA LAGI MASALAH KULIT BERJERAWAT
Assalamualaikum semua keluarga Shaklee. Tiba masa untuk saya sharig Shaklee Effect pada diri saya. 

Terlebih dahulu saya nak memperkenalkan.

Nama yang diberi, Nurul Amiera Ramli.
Berumur 23 tahun.
Bekerja sebagai promoter. 

Bismillah. 

Pada Mira bercinta dengan Shaklee dan menjadi sebahagian keluarga besar Shaklee adalah perkara yang terindah buat Mira. 
Mula terpikat dengan Shaklee pada April 2017. Supplement yang pertama Mira ambil adalah Alfalfa. Kenapa ya Mira ambil Alfalfa? Sebabnya untuk detox. Nak cuci darah kotor dalam badan nie. Mira sebenarnya nak consume Vit C pada masa tu sebab kulit Mira agak oily tapi Mira dinasihatkan untuk ambil Alfalfa terlebih dahulu. 

Memang Mira ada simpan niat, kalau Mira berpuas hati dengan supplement yang Mira ambil, Mira nak register ahli sekaligus. Semasa consume Alfalfa sendiri pon dah dapat shaklee effect. Keputihan berkurangan, perut tak cepat lapar. 

Sebulan selepas tu Mira register sebagai SID. Alhamdulillah, makin kenal shaklee, baru tahu rupanya Shaklee nie ramai orang perlu. Dari situ psang nawaitu nak juga bantu orang lain di luar sana. 

Dan selepas jadi SID, supplement Shaklee yang Mira amalkan tu pin dah beranak2. Daripada Alfalfa, kemudian Vit C, pastu ESP dan Vit E. 

Tipulah sebelum kenal shaklee Mira takda amalkan apa2 Vit C untuk kulit. Tapi lecehnya 1 botol tahan sebulan ja. Pada Mira, mahal kalau tetiap bulan nak repeat beli. Tak macam Shaklee, jimat dan tahan lama.
Seminggu yang pertama Mira consume Vit C secara konsistan dengan 3L air kosong. Memang terasa hebatnya Vit C. Kulit Mira lembut selembutnya. Paling ketara dekat tapak kaki dan siku. Bahagian tu kulit agak kering tapi since amalkan Shaklee hari2 rasa nak ja perhati tapak kaki sendiri😆. Yang paling best, kulit muka bersinar2, kulit jadi lembab dan tak berminyak tau. 

Mira nie dari zaman persekolahan memang jerawat tu dah jadi teman setia . Asyik nak menempek ja kat muka tak henti2. Bila consume Shaklee, masya Allah jerawat jadi susah sangat2 nak tumbuh. Kalau timbul pon sekadar 1 2 ketul camtu ja.

Sahabat merangkap customer Mira lah orang yang paling perasan perubahan ketara terhadap kulit wajah Mira. Sampai haritu berjumpa balik dia siap puji2 kulit kita cantik. Thats why Mira stay dengan Shaklee tau, Skin Set tak pernah putus stock untuk diri sendiri. 

Itu sahaja perkongsian daripada saya. Terima kasih yang membuka peluang kepada Mira untuk berkongsi tentang Shaklee Effect buat diri sendiri.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk seperti diatas, boleh terus whatsapp Kak Leen hokey.
Klik di SINI untuk Whatsapp



Continue Reading

Friday 8 June 2018

"KISAH SAYA DENGAN SI TONG BIRU" - Mamaleenshop

Kali nie Kak Leen nak kongsikan perkongsian cerita dari sahabat di dalam group kami yang telah lama mengamalkan ESP Shaklee sebagai minuman harian dia. 

Jom baca kisah dia, kenapa dia begitu teruja dengan ESP Shaklee nie?
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum. wbt

Ini kisah saya dengan Si Tong Biru (ESP Shaklee)

Sedikit taaruf. Nama seperti dalam Fb Latifah Mat Hussain. Kenal Shaklee sebab sendiri mencari suplemen terbaik masa mengandung dulu. Dan terjebak dalam bisnes ,Lepas ternampak pos mommy Yam, uo status ,Cari income dari rumah. Tak disangka, income Shaklee.

Banyak shaklee efek, tapi nak cerita 1 jak dulu bah.

Sejak dari sekolah rendah, Mak mesti sediakan minyak panas . Memang dah get ready siap2 dalam beg, macam bekal makanan lah pulak.

Minyak panas tu khas untuk sakit perut waktu pepagi, kekadang tak kira waktu, sakit perut dia tu tiba2 sahaja. Nak kata salah makan bukan, tapi bila sapu minyak, kira okey sikit.

Satu kelas bau minyak. Bila sakit perut ,mula tak boleh fokus dalam kelas. Kalau makan pedas waktu pagi lagi bertambah sakit tu. Memang takut nak makan. 

Kejadian sakit perut ni bukan setakat sekolah rendah, sambung sekolah menengah sampai lah zaman kampus. 

Macam tu jugak, pasti minyak angin tu mak sediakan.🤗 

Sampai lah lepas berkahwin dan bersalin anak sulung, saya ambil Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah ,Miracle! Tiada lagi sakit perut pepagi tuuu. Dan paling best, perut rasa selesa sokmo.

Agaknya , asbab ESP si tong Biru tu, protein dalam ESP ,baiki dinding usus barangkali. Dah tak rasa pedih sakit macam sebelum nie.

Alhamdulillah nikmat nie anugerah Allah bagi tak disangka. Bayangkan bertahun2 sakit perut, orang kata gastrik la kann. 

Syukur sesangat Allah temukan Tong biru nie.
Banyak masalah dapat diselesaikan.

Susu pun banyak dan pekat, baby kenyang lama dan tak meragam. Best Kulit ibu dan baby lembut jerrr ,gebu pulak tuuu.

Paling best ,dan syukur sangat2 berjaya menyusu anak sampai umur 2tahun lebih.

Rezeki tak terhingga dah tu Allah bagi. Si tong biru jugak bantu naik berat tulang saya. Dulu ringan macam lalang ditiup angin, sejak bercinta dengan tong biru tuu, badan rasa betul2 pijak dibumi yang nyata.

Walaupun badan tak la nampak gemuk berisi tapi berat naik. Tu best. Kalsium dalam Tong biru bantu mampatkan tulang .

Syukur ............

Alhamdulillah. Dah hampir 3tahun lebih sudah bersama Si tong biru ,kemana sahaja pergi pasti ada dia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan mengenai produk yang sesuai untuk masalah awak, boleh terus wasap Kak Leen di www.wasap.my/60192691158 
Continue Reading

Monday 4 June 2018

KENAPA PERLU DETOX UNTUK KURUS? - Mamaleeshop

KENAPA PERLU DETOX UNTUK KURUS?

DETOX BUAT SAYA CERGAS, HILANG CRAVING, HILANG MENGAH DAN LEBIH PICK UP - Pn Farihah Abu Kasim

Masa saya decide untuk buat detox, badan saya dalam hampir mencecah 70kg!
  • Rasa cepat letih
  • Mudah penat
  • Rehat Tapi tak kembali bertenaga
  • Badan berat macam lori trellar

Tengok diri sendiri dalam cermin, rasa malu kat diri sendiri. Apa boleh buat, lepas bersalin kan. Saya mula detox, tak toleh belakang lagi. Ambik fullset detox dan suplemen kurus
  • Vivix
  • Alfalfa
  • Herblax 
  • Peppermint
  • DTX Complex
  • Cinch Shake  
  • Cinch Tea
  • Omega Guard
  • Lechitin

Nampak banyak kan? Tak banyak pun. Sebab kita ada 24 jam sehari, minimum 12 jam masa jaga. Boleh susun. Sebaik sahaja bangun tidur, saya ambil 5 biji alfalfa. Saya habiskan minum air 1-2 liter sebelum breakfast.

Masa breakfast saya ambil Lecithin 6 biji + 2 DTX Complex. Buat kerja rumah sikit-sikit. Kemas rumah & siram pokok bunga.

Lunch, saya ambil 6 lecithin sebelum makan+ segelas Air, 3 Omega Guard + 3 Peppermint selepas makan. 

Minum petang, saya ambil 2 sachet cinch tea + 3 Omega Guard. Lepas tu saya akan berbasikal. Tak lama 20 minit saja. Set timer, bunyi 20 minit baru balik rumah. Berpeluh-peluh walaupun tak pecut dan sekejap saja kayuhnya. Inilah penangan Cinch Tea + Omega Guard 
Malam saya makan ikut mealplan atau ambil Cinch Shake saja. Ambil Omega Guard 3 biji atau Lechitin 6 biji. Mana-mana sejenis. Gabung dengan 4 herblax.

Sebelum tidur saya ambil 2 bcomplex + 4 Ostematrix. Untuk tidur yang nyenyak dan tenang. Nak kurus kena tidur yang berkualiti. Sebab masa tidur, tubuh kita Detox. Kalau tak cukup tidur,susah nak kurus

Setiap kali lapar, saya akan makan buah. Buah-buah yang mudah - Epal , anggur, strawberi. Lepas tu minum Air. Malam stop makan pukul 7petang.

Sebenarnya, untung kita ada Shaklee. Suplemen ni semua mempercepatkan usaha kita. Saya pernah diet hilang 10kg masa kat universiti dulu Tapi susah lebih susah dari ni walaupun masa tu masih muda.

Sekarang walaupun tak semula dulu, tapi nak turun berat senang Sebab ada Shaklee.
Yang paling saya suka cinch Tea. Siapa ada rezeki lebih, boleh try. Ambik 2 sachet sebelum exercise. Tak exercise sangat pun, sebelum buat kerja rumah pun dah ok. Memang cepat kurus, insyaAllah
Continue Reading

Thursday 31 May 2018

SEGALANYA BERUBAH DARI SAIZ 4XL KE SAIZ 2XL

SEGALANYA BERUBAH DARI SAIZ 4XL KE SAIZ 2XL
Perkongsian dari seorang sahabat yang berceritakan pengalaman  dia berjaga detox dan kurangkan berat badan dengan mengamalkan produk Shaklee secara konsisten. Pada awalnya ambil suplement atas sebab mengalami masalah PCOS. Tetapi dia berjaya mengurangkan masalah berat vadan yang telah lama di alaminya.

Jom baca perkongsian beliau.


Assalamualaikum dan Ramadhan kareem semua. Nama saya Haniza boleh panggil Niza.saya duduk di Senawang. 

Hari ini turn niza sharing tentang shaklee effect yang niza dapat, Salah satu shaklee effect Niza ialah Cinch, Omega, GLA, Lecithin, Alfafa dan Heblax

Sebelum ni Niza seorang yang suka makan pantang jumpe lah orang kate. Selepas Niza berkahwin dapat pasangan pun suka makan. 

Jadinya berat makin bertambah2 sampai 115kg. Bayangkan saiz baju semua kena tukar. Badan dah semakin bambam dengan masalah period problem sebab Niza nie pesakit PCOS.


Akhirnya niza di cadangkan oleh mak shaklee niza supaya turunkan berat badan dan detox. Niza ikut program detox dan membuahkan hasil. Memang terbaik sebab nya berat nNiza dari 113kg sekarang berat Niza 85kg. Alhamdulillah dengan shaklee berat Niza boleh maintan.


Doakan Niza dikurniakan zuriat dan sentiasa istiqamah untuk detox lagi untuk dapatkan berat badan sampai 60kg amin...
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Siapa sangkakan, jika usaha dan niat kita nak turunkan berat badan untuk badan lebih sihat. Insyallah pastikan akan membuahkan hasil yang tidak dijangka.

Untuk dapatkan produk serta keterangan lanjut, boleh whatsapp Kak Leen hokey. www.wasap.my/60192691158 




Continue Reading

Wednesday 23 May 2018

AKHIRNYA MULUT BENGKAK, MATA BENGKAK AKIBAT ALERGIK SEAFOOD SEMAKIN REDA... : Mamaleenshop

AKHIRNYA MULUT BENGKAK, MATA BENGKAK AKIBAT ALERGIK SEAFOOD SEMAKIN REDA.

MULUT BENGKAK, MATA BENGKAK, ALERGIK SEAFOOD AKHIRNYA SELESAI DENGAN ALFALFA & VITA C SHAKLEE !

Sy dulu dengar ja shaklee saya memang ingat dalam kepala otak ni Shaklee memang mahal. Memang tak mampu aih...Org kaya ja makan...

Tapi bila saya bekerja 12 jam ni kilang kan penat keja bukan macam keja office hour balik on time. Badan jangan dikata, memang penat gila.

Balik pulak dengan anak lagi. Walaupun dah berkahwin anak sorang komitmen tu memang banyak dengan tempat kerja stress dengan output barangnya. Kira badan penat la dipendek kan cita.

Saya bukak facebook. Kira Mak Shaklee saya la dok post-post pasal Shaklee, first tu tengok ja dulu. Yela kita ni keja duit nak kena banyak kena save. First trial ESP masa tu tak berapa jatuh cinta lagi la.

Lama jugak saya konsisten makan. Pastu terasa macam nak masuk ahli sebab harga murah kan dari biasa so saya masuk bawah mak Shaklee saya. 

Dah sekian lama makan dan amalkan, teringin plak nak cuba product Shaklee lain plak yang ada jual tu. Saya cuba la vitamin C.

Pastu lama sikit, Saya ni hantu penyakit.

Tau tak saya ni alergik la sangat tak tau nak cakaplah. Tak boleh makan seafood tapi makan jugak. Mau tak suka, makan sedappp. Sayang kalau tak makan Bila sakit tu dia mulut ni bjuehhh org perak tau la. Mulut bengkak mata bengkak Seriously !!

Saya cuba Alfafa pagi tu petang tu saya boleh keja macam biasa memandangkan malam pastu pagi tu makan jugak seafood mau tak mau sebelum nak tidur.

Makan mau tau la naik muka macam mana memang sakit saya cari inisiatif sendiri saya ada standby Alfafa tu dalam peti ais yang mak mentua punya saya amik telan pastu tempek vit E Shaklee penuh 1 muka.

Tawakal ja saya ni memang liat nak MC. Sejak jadi pengguna tegar product shaklee ni. Nk pergi klinik jauh sangat lagi pun sy mengantuk keja night shift. Baik tidur dari pergi klinik bertapa lama nak tunggu doktor panggil pun. So tidur pas tidur alhamdulillah memang ok boleh pergi kerja macam sedia kala.

Before ni pun saya memang hantu MC pergi kerja ja kerap demam tak larat. Sampai la saya try Alfafa. Seminggu konsisten Alfafa alhamdulilah. Saya boleh gelak bekerja macam biasa.

Sebab sebelum ni demam saya manja sikit dok atas kerusi ja.

Sampai member-member pun suruh cek doktor tapi kata ok ja takda apa-apa.
Ada member saya sorang dia kata cuba try cuci product apa-apa cuci usus hang ni. So saya pun search google kira cari inisiatif sendiri la.

Sebab tak yakin lagi dengan ubat sebab terbaca artikel ubat ni tak elok tuk badan. Mak Shaklee dan tok Shaklee ada bagi fungsi-fungsi produk, so kaji punya kaji last-last ambil Alfafa ja makan hari-hari.

Alhamdulilah nampak Shaklee effect tu tak mudah serang penyakit dan ramai yang tanya makan apa nurul dengan bangga cakap makan Shaklee la..
Alhamdulillah...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan mengenai produk yang sesuai untuk masalah awak, boleh terus wasap Kak Leen di www.wasap.my/60192691158 
Continue Reading

Wednesday 16 May 2018

RESEPI FRUITS SMOOTHIES - Mamaleenshop

MINUMAN BUAH-BUAHAN PILIHAN RAMAI

Bulan puasa dah tiba, mesti dah boleh bayangkan juadah apa yang bakal dibuat atau dibeli nanti.

Tapi kalu dah tahun nie berazam nak ubah kepada gaya hidup sihat serta amalkan pemakanan yang lebih berkhasiat. Adalah lebih baik jika kita sendiri dapat memasak atau menghidangkan makanan sepanjang bulan puasa nanti. Dan apa kata awak semua cuba resepi minuman berkhasiat ini. 

Nak buat masa berbuka pun boleh atau untuk masa bersahur pun boleh. Memang lebih sedap dan berkhasiat tau. Jom tengok resepi yang awak boleh pilih nanti. 

RESEPI FRUITS SMOOTHIES






Ha...macam mana awak? dah ada yang terasa nak cuba sekarang juga? hahahha.... Bila-bila masa jer boleh buat, asal ada buah-buahan yang segar lagi menyegarkan.

Selamat Mencuba! 


Continue Reading

Monday 23 April 2018

CARA PENJAGAAN LUKA BERSALIN - Mamaleenshop

CARA PENJAGAAN LUKA BERSALIN

CARA PENJAGAAN LUKA BERSALIN

Bersalin normal atau pun secara pembedahan, pasti akan risau tentang penjagaan luka selepas bersalin. Macam Kak Leen sendiri pernah mengalami dua-dua situasi ini. Secara pembedahan semasa anak yang pertama, dan secara normal dari anak ke 2 sehinggalah ke 4. 

Penjagaan luka bersalin secara normal rasanya lebih mudah dari bersalin ceaser. Sakit pun berlainan rasa. hihihi... 

Tapi pengalaman tu banyak membantu Kak Leen macam mana nak jaga luka selepas bersalin dengan baik. Selain pengambilan makanan semasa berpantang, pergerakan juga perlu dijaga. Penjagaan luka juga perlu ikut seperti yang diberitahu oleh pihak doktor atau nurse. 

ok, di sini ada beberapa cara penjagaa luka yang boleh jadi panduan untuk anda semua terutama bagi ibu-ibu yang pertama kali melahirkan bayi. 
1. Pad Ais
Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.

2. Pastikan Kawasan Perineum Bersih
Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis. Semasa kencing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.

3. Pastikan Ia Kering
Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
4. Jangan Duduk atau Berbaring Terlalu Lama
Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

5. Semasa Buang Air Besar
tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

6. Dapat Pil Penahan Sakit Sekiranya Sakit
Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.

7. Elak dari Sembelit
Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
8. Sitz Bath
Amalkan sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

9. Senaman Pelvic Floor
Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.

10 Pastikan Tiada Jangkitan Kuman
Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
11. Jangan Percaya Pada Mitos
Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
Continue Reading

Tuesday 17 April 2018

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU HAMIL - Mamaleenshop

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK IBU HAMIL
Kami senaraikan 7 jenis makanan yang ibu-ibu hamil perlu masukkan dalam diet mereka untuk kesihatan bayi dalam kandungan.
1. TELUR

Nutrien: Telur merupakan sumber protein pra-natal yang terbaik. Hal ini demikian kerana telur kaya dengan zat-zat seperti folat, zat besi dan kolina.

Manfaat Kesihatan: Telur baik untuk anda dan juga anak anda kerana telur bukan saja bahan yang murah dan mudah untuk didapati malah kaya dengan sumber protein serta kolina. Kolina ialah nutrien penting dalam perkembangan otak janin di samping mengurangkan risiko kecacatan tiub otak seperti spina bifida.

2. YOGURT

Nutrien: Kebanyakan ibu mengandung memilih untuk minum susu kerana menganggap susu mempunyai kandungan kalsium tinggi. Sebenarnya, yogurt mempunyai kandungan kalsium tertinggi di samping mengandungi nutrien pembinaan tulang seperti protein, vitamin B dan zink.

Manfaat Kesihatan: Kalsium penting dalam memastikan gigi dan tulang ibu kekal sihat disamping membantu pertumbuhan gigi dan tulang janin. Jika ibu-ibu hamil tidak mempunyai kadar pengambilan kalsium yang tinggi, maka mereka akan meletakkan kesihatan mereka dan juga bayi dalam risiko.

Ibu hamil perlu mengambil tiga hidangan kalsium sehari untuk mengurangkan kadar kelahiran kurang berat dan kelahiran pramatang.

3. IKAN SALMON

Nutrien: Ikan kaya dengan minyak ini merupakan sumber asid lemak omega-3 dan protein yang tinggi.

Manfaat Kesihatan: Jika anda sertakan ikan salmon dalam diet anda sepanjang anda mengandung selama sembilan bulan, otak anak anda akan berkembang dengan sangat baik. Ikan salmon kaya dengan asid lemak omega 3 seperti DHA dan EPA yang dikatakan dapat meningkatkan IQ bayi, skil motor yang tinggi dan merendahkan kebarangkalian untuk menghadapi masalah neurologi nanti.

Selain itu, omega 3 juga dikatakan bagus untuk pembentukan mata bayi. Anda tak perlu risau tentang bahaya makan makanan laut kerana ikan salmon mempunyai kandungan merkuri yang rendah. Oleh itu, ikan ini selamat untuk dimakan sebayank dua hidangan seminggu.


4. KEKACANG

Nutrien: Snek rangup dan mudah ini kaya dengan lemak sihat termasuklah omega 3, protein, serat dan beberapa jenis vitamin serta mineral. Selain itu, makan 800 miligram kacang memberikan keperluan nutrien magnesium yang anda perlu semasa mengandung.

Jika anda tak sukakan kacang dan lebih suka masukkan kacang dalam makanan anda, anda boleh memilih untuk masukkan dalam masakan anda seperti sayuran berkacang dan lentil. Sayuran kacang ini merupakan sumber protein, zat besi, folat, serat dan kalsium serta zink.

Manfaat Kesihatan: Makan sebanyak suku cawan kacang seperti badam mengandungi 98 miligram magnesium. Di samping itu, makanan kekacang boleh dijadikan sebagai snek apabila anda berasa lapar. Selain itu, kacang juga menjadi pilihan alternatif protein yang terbaik untuk ibu-ibu yang mengamalkan diet vegetarian. Kekacang juga kaya dengan zink yang mengurangkan kadar risiko kelahiran pramatang, kelahiran berat kurang dan tempoh bersalin yang lama.

5. BAYAM

Nutrien: Sayur hijau seperti bayam kaya dengan antioksidan dan nutrien. Bukan saja bayam malam sayuran hijau lain seperti brokoli, daun kobis, asparagus juga kaya dengan nutrien tersebut.

Manfaat Kesihatan: Makanan hebat ini penting untuk ibu-ibu mengandung dan janin yang sedang membesar. Selain daripada antioksidan, sayuran hijau juga kaya dengan kalsium, potasium, serat dan folat serta vitamin A. Vitamin A bagus dalam perkembangan penglihatan bayi disamping pertumbuhan kulit dan tulang bayi. Kalau anda tak lalu, makan sayur hijau, gantikan dengan oren.


6. PATI MINYAK IKAN (OMEGA 3)

Nutrien: Pati minyak ikan selalunya diambil daripada hati ikan haruan. Minyak ini kaya dengan asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Manfaat Kesihatan: Selain daripada asid lemak omega 3 yang penting untuk perkembangan mata dan otak janin, pati minyak ikan ini juga mempunyai kandungan vitamin D yang tinggi, Kekurangan vitamin D dalam badan boleh meningkatkan risiko penyakit preeklampsia. Makan satu sudu besar minyak ikan sehari untuk menadapatkan pengambilan omega 3- vitamin D dan A harian anda.

7. JUS OREN

Nutrien: Jus oren kaya dengan folat, potasium dan vitamin C.

Manfaat Kesihatan: Folat dan asid folik sangat penting kerana mengelakkan kecacatan semasa kandungan. Oleh itu, dinasihatkan untuk ibu-ibu hamil untuk mendapat 600 mikrogram sehari. Selain itu, kandungan potasium dalam jus oren membantu mengekalkan fungsi otot, metabolisme dan kesihatan menyeluruh anda. Bagi bayi anda pula, vitamin C dalam jus oren melawan selesema, memabntuk badan bayi lebih mudah menyerap zat besi serta menyihatkan gigi dan tulang bayi anda.
Continue Reading

Monday 16 April 2018

PUNCA IBU GAGAL MENYUSUI BAYI - Mamaleenshop

PUNCA IBU GAGAL MENYUSUI BAYI

Dalam hal sebegini, ibu-ibu terutamanya yang baru menerima cahaya mata, pastikan anda sudah menetapkan niat yang teguh untuk menyusukan bayi anda selepas bersalin nanti. Pelajari juga ilmu mengenai penyusuan susu ibu, bagaimana cara dan teknik yang betul untuk menyusukan bayi anda.


Sebenarnya, setiap ibu telahpun ditentukan rezeki susu untuk anaknya. Definisi banyak atau kurang, bergantung kepada pemikiran ibu itu sendiri. Secara jujur, berapa pun jumlah susu yang kita hasilkan, adalah sebenarnya mencukupi untuk keperluan anak. Oleh itu, ibu-ibu tak perlu risau dan cemas, hingga mengambil keputusan untuk memberikan FM kepada bayi. Benar, menyusukan bayi adalah tidak semudah disangka. Perlukan azam dan semangat yang kuat untuk jayakannya.

Saya kongsikan beberapa sebab yang menjadi punca kepada kegagalan ibu untuk terus menyusukan bayinya.

Pemikiran bahawa “Susu Tiada”

Sesetengah ibu berpendapat, lahir sahaja bayi, susu melimpah ruah keluarnya. Bila realitinya tak sebanyak disangka, maka lahirlah pemikiran “susu aku tiada”. Ini sama sekali salah. Di awal kelahiran bayi, sememangnya susu tak begitu banyak. Malah yang keluar, cuma beberapa titisan cecair kuning.

Tahukah ibu bahawa itu adalah kolostrum yang amat penting untuk perkembangan bayi. Dan perut bayi di awal kelahiran pun amatlah kecil, sebesar buah ceri je. Sebab tu, Allah hasilkan susu badan yang cukup untuk keperluan bayi. Jadi, ibu tolong jangan runsing jika bayi kerap menangis dan beranggapan susu tak cukup. Ada sebab lain di sebalik tangisan si kecil tu. 

Mula memberikan anak air masak
Tahu tak kandungan air dalam susu ibu adalah sebanyak 80%. Bayi di bawah usia 6 bulan tidak memerlukan air tambahan atau makanan lain selain daripada susu ibu sendiri. Banyak risiko boleh terjadi sekiranya bayi diberikan air masak sebelum bayi mencecah usia 6 bulan. Antaranya ialah meningkatkan risiko kekurangan zat makanan kepada bayi. Susu ibu adalah sumber makanan utama pada bayi baru lahir hingga ke usia 6 bulan. Pemberian air masak ini boleh tingkatkan risiko kegagalan penyusuan kerana kurang rangsangan hisapan oleh bayi.

Orang di sekeliling tidak memahami
Ahli keluarga terutamanya, mungkin kurang pendedahan terhadap kebaikan dan info tentang penyusuan susu bayi. Bila dilihatnya bayi kerap menangis, bayi macam selalu lapar, maka tanggapan mereka susu kita tidak cukup. Lantas memberikan nasihat untuk memberi FM. Ibu perlu kuat dan yakin dengan pilihan anda. Nasihatkan mereka yang menyuruh anda untuk campur FM, berikan penjelasan pada mereka supaya mereka faham. In Shaa Allah, anda boleh atasi pandangan dan nasihat negatif seperti ini.

Salah diberi maklumat
Ada orang beranggapan, kerap menyusu boleh mengurangkan penghasilan susu. Ini adalah salah sama sekali. Penyusuan yang kerap boleh merangsangkan lagi penghasilan susu ibu. Oleh itu, ibu harus kuat dan teruskan usaha untuk menyusukan bayi anda sekerap yang mungkin. 

Kerap cuci puting payudara
Puting payudara tidak perlu dicuci sekerap mungkin. Ini kerana terdapat sebum yang mengeluarkan anti bakteria yang melindungi bayi dari sebarang kekotoran. Oleh itu, ibu tidak perlu risau untuk menyusukan anda walaupun di luar kerana khuatir macam mana nak cuci. 

Tunggu bengkak baru usaha nak pam

Fenomena ini adalah salah. Jika anda tunggu bengkak, baru nak pam, ia sebenarnya boleh mengganggu penghasilan susu baru. Biar kerap pam, terutama apabila bayi tidak menyusu atau sejurus selepas bayi menyusu. Kerap mengosongkan payudara sebenarnya membantu penghasilan susu baru dan bukannya menghentikan. 

Kuantiti susu tak seperti dijangka bila pam
Kuantiti susu setiap kali pam tak semestinya sama. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang sedikit. Bergantung kepada tahap kesihatan kita, emosi kita di waktu itu. Oleh itu, jangan sesekali membuat perbandingan jumlah kuantiti susu dihasilkan setiap kali anda pam. Tak salah meletakkan target, tapi jangan bila tak capai target, anda risau dan stress.

Kerap membuat perbandingan
Ini terjadi terutamanya pada ibu bekerja. Jangan sesekali anda membuat perbandingan dengan ibu lain yang turut sama mengepam di pejabat. Ingat, lain ibu, lain rezekinya. Penghasilan susu ibu adalah selari dengan keperluan bayi itu sendiri. Bila anda kerap membuat perbandingan, emosi anda akan mula terganggu.

Stok susu berkurangan
Macam roda, proses penyusuan susu ibu juga ada ups and downs. Ada masanya, stok susu mungkin berkurangan. Jangan risau, jangan runsing. Kuatkan semangat, kerapkan doa, cari alternatif untuk bantu meningkatkan semula penghasilan susu anda. Mungkin badan anda rasa letih, emosi terganggu. Maka, cuba fikirkan apa yang mungkin menyebabkan penghasilan susu drop dan cuba atasi secepat mungkin. Jangan lupa berdoa pada Tuhan, agar diberikan kekuatan dan rezeki susu yang mencukupi. 


Emosi ibu terganggu

Stress, risau boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Oleh itu, anda perlu mengawal emosi anda. Cuba cari jalan untuk keluar daripada stress. Pada Muslimah, perbanyakkan bacaan Al-Quran atau zikir. Pada non-Muslim, mungkin boleh mendengar lagu-lagu romantic untuk menstabilkan semula emosi anda. Salah satu cara lagi, tatap gambar anak agar anda lebih bersemangat untuk menyusukan bayi anda.

Continue Reading