Monday 27 November 2017

TERIMALAH AKIBAT TAK CUKUP KALSIUM!

Kak leen pernah dengar dalam forum yang doctor dan pakar membincangkan mengenai kesihatan masyarakat oada masa sekarang. Ada 1 perkara yang mereka bincangkan mengenai kepentingan kalsium nie, yang kita perlu ambil setiap hari.

Kalu dari kecil kita ambil sumber kalsium dengan minum susu, bila dah masuk sekolah rendah ke, menengah ker kita perlu juga amalkan ambil makanan sumber kalsium. Sebab badan kita sentiasa perlukan sumber kalsium nie.

Bagaimana terjadi kanak-kanak yang ketinggian terbantut, salah satu factor bila kita kekurangan kalsium. Tulang tak terus membesar.

Ha…tu yang mereka katakan.

Kalu kita yang dah berusia 30an ke atas? Berapa banyak dan berapa kali kita ambil makanan sumber kalsium setiap hari? Adakah cukup dengan apa badan kita perlukan?
Simptom kalu kita yang dewasa kekurangan kalsium. Antaranya, 
• kaki cepat rasa krem
• lenguh-lenguh
• sakit-sakit di bahagian lutut
• Gangguan pada saraf, bila kita rasa kesemut atau jari kaki atau tangan terasa kebas-kebas. 
• Badan mudah terkena jangkitan virus, seperti selsema dan hepatitis
• Tulang mudah rapuh
• Insomnia

Antara masalah di atas pernah kak leen alami, memang sangat menganggu kesihatan kita.

Disebabkan kak leen memang kurang gemar minum susu, kalu minum susu hight Calcium, pasti badan kak leen rasa lagi sakit-sakit. Tak tau sebab apa alergik mcm tu sekali. Hihihih…
So alternative terbaik ialah, kak leen ambil kalsium yang lengkap dengan magnesium, fosforus, magan dan zinc.

Sebab apa perlu lengkap?

Sebab mereka nie memerlukan antara satu sama lain untuk tampung keperluan yang kurang dalam badan kita.

Macam kita nak buat rumah, ada batu bata sahaja. Lepas tu susun jer macam tu, memang jadi tembok tapi kalu terlagar mesti berderai terabit gak kan.

Macam tulah kite perlukan kalsium lengkap untuk mengukuhkan lagi serta memenuhi keperluan kalsium dalam badan kita.
Pilihan kak leen semestinya Ostematrix Shaklee.
Kerana ia bukan sekadar kalsium biasa.

Kak Leen takkan usia baru 30an tetapi sakit sana sakit sini, lenguh sana, lenguh sini dan macam nenek 60an. Kalu ada pilihan yang baik kenapa kita taknak cuba kan….

Sayangilah diri kita!
Jom Kak Leen bantu 
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya & Cyberjaya
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.co
Continue Reading

Sunday 26 November 2017

{Produk Shaklee} Kelebihan & Kebaikan Peppermint Ginger Plus

Pudina dan Halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk sensasi menenangkan dan melegakan perut. Ia juga boleh membantu melawaskan penghadaman.


Rangkaian kesihatan kami menyokong sistem penghadaman yang sihat, membantu mengembalikan keseimbangan pencernaan semula jadi, dan melindungi daripada masalah sembelit.

Keistimewaan Shaklee

Peppermint-Ginger Plus mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut.

Nutritional Facts
RamuanAmaun Setiap Tablet
Serbuk Pudina (Mentha piperita) (daun)67 mg
Serbuk Jintan Hitam (Pimpinella anisum) (biji)67 mg
Serbuk Jintan Manis (Foeniculum vulgare) (biji)67 mg
Serbuk Halia (Zingiber officinale) (akar)50 mg
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk tradisional.

Saranan penggunaan:
Untuk dewasa sahaja. Ambil 3 sekali sehari selepas makan.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya & Cyberjaya
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.co
Continue Reading

Tuesday 14 November 2017

Tips Mengatasi Masalah Anak Sukar Makan

Andaikan situasi begini. Anda penat-penat masak untuk si comel, tetapi dia meluahkan kembali makanan yang disuap. Apa perasaan anda? Tentu ‘tension’ dan marah bukan?

Acapkali perkara begini menjadi satu kerungsingan pada ibu-ibu diluar sana. Jika tidak diberikan makanan, takut perut anak masuk angin. Namun, bukannya ibu tidak mahu berikan makanan, tetapi anak itu sendiri yang tidak mahu diberikan makanan. Ya, agak rumit. Hanya yang pernah merasainya akan mengetahu betapa sukarnya keadaan anak susah makan ini.

Memang agak payah untuk menguruskan anak yang susah mahu makan sehingga boleh jatuh sakit lagi-lagi makanan berkhasiat. Kalau gula-gula atau aiskrim, tidak perlu disuruh pun. Lumrah kanak-kanak sukakan makanan manis. Tambahan yang berumur 3-6 tahun yang sudah pandai memprotes dan memberontak. Kadang-kadang, terpaksa memaksa, buat helah dan menipu supaya mereka makan. Tapi, cara sebenar untuk pastikan anak-anak makan bukanlah dengan paksaan. Lebih baik kalau secara berterusan dan kreatif.
1. HIASKAN MAKANAN
Untuk mengatasi anak susah makan, cuba ambil pendekatan yang berlainan dari yang biasa. Cuba hiaskan makanan!

Kalau nasi dan sayur dibuat seperti muka ‘teddy bear‘, anak pasti suka. Lebih-lebih lagi bila menghias watak kegemaran anak-anak seperti Upin & Ipin atau BoboiBoy.
2. VARIASIKAN MAKANAN BERKHASIAT
Kalau anak anda sukar untuk makan sayuran atau buahan, cuba campurkan sedikit dengan krim putar, keju cair atau ais krim. Nampak macam bukan tekak orang Malaysia, tapi cuba dahulu. Contohnya, brokoli yang bersalut keju cair.

Pasti anak- anak anda akan makan juga kerana rasa sayur sudah tidak jelas, di enakkan dengan rasa keju. Kalau mereka sukakan minuman manis, banyakkan buat jus buah. Kalau mereka suka makan burger atau pizza, boleh lebihkan sayuran dan daging. 

Pernah ada situasi seorang kanak-kanak boleh makan apa saja termasuk sayuran yang pahit selagi makanan itu disalut oleh keju walau dia tidak sukakan sayur. Perlu ingat, jangan beri anak-anak makan makanan tidak sihat seperti dibincangkan sebelum ini.
3.MAKANAN SEKALI DENGAN ANAK
Kalau ibu-bapa sendiri tidak makan sayur, bagaimana anak ingin makan sayr? Anda sendiri kerana tunjukkan tabiat makan yang betul kerana anak-anak anda memerhatikan anda dan mungkin mengajuk semula tindak-tanduk anda.

Kalau mahu berdiet sekalipun, jangan ditunjukkan depan anak bahawa anda menahan makan dan menelan ubat kurus. Pastikan anda makan mengikut masa seperti rutin biasa seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam supaya anak anda juga terikut-ikut cara anda. Tabiat makan makanan yang sihat juga adalah baik untuk mempengaruhi anak-anak.
4. JANGAN PAKSA ANAK
Sentiasa berfikiran positif. Jangan cuba cara ugutan iaitu seperti tidak membenarkan anak anda bermain jika dia tidak habiskan sayur. Ia akan menanamkan rasa negatif dan benci terhadap sayur dimana mereka langsung tidak akan sukakan makanan tersebut.

Bertolerasi adalah cara yang terbaik. Atau dengan kata lain, ‘rasuah positif’. Contohnya, janjikan mereka makanan yang mereka suka dengan syarat mereka menghabiskan sayuran mereka. Jadi, mereka akan makan sayuran dengan lebih kerap dengan harapan mahu makan apa yang mereka suka selepas itu. Sekurang-kurangnya ianya bukan atas dasar paksaan dan ada perasaan negatif.

5. MASAK SAMA-SAMA
Kalau anda membeli-belah dan mungkin ingin memilih sayuran atau buahan, cuba ajak anak anda untuk buat pilihan bersama. Kebiasaannya, mereka memang gemar untuk melibatkan diri walaupun buat pilihan atas makanan yang mereka tidak suka.

Apabila sampai waktu makan, mereka pastinya akan fikir mahukan ibubapanya makan makanan yang dipilih olehnya. Jadi dia juga akan turut makan sekali. Pastikan mereka juga lakukan kerja-kerja minor yang kononnya nampak seperti membantu anda seperti menggaul tepung, basuh sayur dan buah, mengacau masakan, memotong cendawan dan sebagainya.

Penglibatan sebegini mewujudkan rasa kasih sayang dan diberi perhatian di samping mengeratkan keluarga.

6. TUNJUKKAN KARTUN ATAU VISUAL YANG ANAK SUKA
Rajinkan diri untuk mengkaji dan kemudiannya menayangkan video kegemaran anak-anak yang menggambarkan pemakanan yang sihat.

Biasanya kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat di video tambahan kalau ada watak kegemaran mereka yang turut sama lakukan sesuatu seperti memakan makanan sihat.

Secara perlahan-lahan, anak anda yang mungkin payah untuk makan akan mula melihat tabiat makan itu adalah perkara baik. Contohnya seperti watak Popeye yang selalu makan sayur. Ada sebabnya mengapa watak-watak kartun dan artis-artis berpengaruh dibayar berjuta ringgit. Ini kerana mereka mampu memberi arahan dan mempengaruhi anak-anak lebih baik dari anda.

sumber: siakapkeli
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.co
Continue Reading

Thursday 9 November 2017

Tips Anak Cemerlang

Setiap ibu bapa mengimpikan anak yang cemerlang. Konsep anak yang cemerlang bukan hanya dari segi kejayaan duniawi sahaja, malah ia juga merupakan kejayaan dunia mahupun akhirat. Anak adalah kurniaan dari Allah SWT yang tidak ternilai buat ibu bapa. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik dan membentuk anak-anak menjadi seorang insan yang berguna. Di dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa cara dalam mendidik anak menjadi cemerlang.
DIDIKAN AGAMA
Anak yang cemerlang perlu diberikan dengan didikan agama yang kukuh. Selain menyediakan keperluan dunia buat anak-anak, ibu bapa juga seharusnya mengutamakan keperluan akhirat. Latih anak untuk mendirikan solat, berpuasa dan sering mendedahkan diri anak-anak dengan melakukan kebaikan dari umur mereka masih kecil lagi.
JADILAH TELADAN YANG BAIK KEPADA ANAK
Setiap tindakan ibu bapa akan menjadi contoh buat si anak. Jika ingin mendidik anak untuk menjadi yang terbaik, maka anda perlu menunjukkan contoh yang baik terlebih dahulu. Setiap perbuatan ibu bapa secara automatik akan menjadi ikutan buat anak. Sebagai contoh, jika ingin mendidik anak dalam menunaikan solat 5 waktu, anda sebagai ibu bapa perlu melakukannya terlebih dahulu.
LUANGKAN MASA BERSAMA
Ingatlah bahawa anak-anak yang sedang membesar amat memerlukan kasih sayang dan sokongan dari kedua ibu bapa mereka. Jadi sebagai ibu bapa, sesibuk mana anda sekalipun, luangkan masa anda bersama anak-anak agar mereka sentiasa riang dan berasa disayangi dan dihargai.

AMALAN PEMAKANAN
Mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan halal juga merupakan faktor penting dalam melahirkan anak yang cemerlang. Sebagai ibu bapa, anda perlu memastikan agar anak-anak anda mendapat makanan yang seimbang untuk tumbesaran yang sihat. Bila badan sihat, otak mereka akan lebih fokus dalam melakukan aktiviti-aktiviti harian.

UTAMAKAN KEBAJIKAN ANAK
Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kebajikan anak anda sentiasa terpelihara. Selain menyediakan keperluan asas untuk mereka, jangan sesekali abai akan soal keselamatan dan kesihatan mereka. Jadikan ia sebagai perkara penting yang perlu anda utamakan.

Berikut merupakan 5 cara dalam mendidik anak menjadi cemerlang. Ingat, bukan hanya cemerlang di dunia, malah di akhirat juga. Jangan pandang remeh!
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading