Monday 25 September 2017

{My Resepi} Popia Pisang Cheese & Nutella

Hujung minggu lepas cuti lama Kak Leen ngan anak-anak dok kat rumah jer. Takde lah nak ke mana-mana, maka idea nak buat aktiviti untuk anak-anak tu pun macam-macam keluar dari otak nie. Hehehhe...

Teringat ada pisang beli untuk makan, kulit popia pun ada, cheesedar ada, nuttela pun ada. Idea pun nak buat Popia pisang cheese pun datang lah.

Anak-anak dara dah besarkan, so kena lah ajar rajin-rajin ke dapur. Tapi bab memasak nie memang anak-anak kak leen semua suka. Dapur tak ler beso mana kan, bila dh reramai jadi sesak ler. Hehehe...

Bahan-bahan nak buat pun mudah. Ajar sekali, anak-anak dah tau nak buat. Tapi bab gulung memang diaorg fail lagi lah. Macam-macam bentuk ada. Ha...tengok je lah pic tu macam mana rupa dia.

Tapi takper, budak-budak dalam proses belajar. So kena tunjukkan apa yg salah dan mana yang betul.

Eh...korang nak resepi ker? Ringkas je resepi dia.

Bahan-bahan:
- Pisang
- Kulit Popia
- Cheesedar
- Nuttella
- Minyak utk mengoreng

Caranya :
- ambil kulit popia tu, sapukan dengan nuttella, letakkan pisang. Pisang nie boleh belah 2 atau 3. Belah memanjang lah. Cari pisang yang comel2 ok lah kan.
- kemudian taburkan cheese atas pisang tadi.
- lipat lah kulit popia tu mcm biasa.
- sapukan sedikit air pada hujung lipatan akhir utk kasi dia melekat. Takde lah terbuka nanti mase mengoreng.
- pastikan minyak betul2 panas baru masukkan popia tersebut. Bila warna dah kekuningan cantik, terus angkat. Tak boleh lama2 sangat tau. Nt pisang jadi terlalu lembik dan cheese cair keluar.
- lepas tu siap untuk dihidang.

Pastikan nak makan tunggu sejuk sikit hokey. Jangan gelojoh sangat nak makan panas2, nanti melecur mulut kena cheese panas. Hehehehe...

Hokey, korang layan lah pic anak-anak Kak Leen nie.

Continue Reading

Saturday 23 September 2017

8 Tips Untuk Mengatasi Sakit Pinggang Ketika Hamil

Sakit pinggang ketika hamil tidak dapat dielakkan lagi. Keluhan ini selalu diluahkan terutama pada ibu hamil yang sudah masuk ke trimester 2 & 3. Ia bukan saja boleh mengganggu aktiviti harian, tetapi juga boleh mengganggu keselesaan ketika tidur di waktu malam. 

Sungguhpun ia sinonim dengan kehamilan, namun ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa sakitnya. Sebelum mengetahui caranya, elok kita mengetahui terlebih dahulu punca-puncanya agar tindakan mencegahnya dapat dibuat secara lebih tepat.


Berdasarkan laporan, hampir 50% hingga 70% wanita hamil akan mengalami sakit pinggang. Ada yang merasakannya pada awal kehamilan, dan ada pula yang merasakannya fasa pertengahan atau akhir kehamilan.


Ada beberapa punca sakit pinggang semasa hamil yang perlu anda ketahui:

  • Berat badan bertambah – Bertambahnya berat badan sesuai usia kehamilan adalah antara punca sakit belakang paling utama. Apabila berat badan bertambah, beban akan bertambah pada otot-otot pinggang dan tulang belakang sehingga menyebabkan rasa nyeri pada bahagian tubuh tersebut.
  • Pusat graviti berubah – Seiring dengan pertambahan besar rahim dan perut, pusat graviti akan berubah ke hadapan. Keadaan ini boleh menyebabkan postur tubuh turut berubah di mana seseorang cenderung untuk tunduk dan membongkok tanpa disedari.
  • Peningkatan hormon – Sesetengah wanita mula berasa sakit belakang seawal kehamilan lagi, di mana berat badan mereka belum bertambah secara mendadak. Dalam kes ini, ada sumber lain menyifatkan peningkatan hormon sebagai punca sakit belakang semasa hamil. Hormon yang dilepaskan adalah untuk mempersiapkan tubuh untuk kehamilan, di mana mungkin berlakunya sendi yang melembut dan ligamen yang mengendur hingga mempengaruhi beban kerja tulang belakang.
Memang agak sukar untuk mengatasi sakit pinggang semasa hamil dengan serta-merta dan secara kekal. Namun, ada perkara yang boleh kita usahakan agar kesakitan yang dialami tidak semakin parah dan makin kurang kekerapannya.

1. Senaman
Terdapat beberapa jenis senaman seperti senaman Kegel, senaman perut, dan latihan berenang yang dapat mengurangkan tekanan dan seterusnya memberi kelegaan kepada sakit pinggang.
2. Pilih Kasut Yang Sesuai
Walaupun bergaya, elakkan memakai kasut bertumit tinggi atau kasut yang kurang selesa. Ia boleh menyebabkan kurangnya sokongan terhadap pusat graviti hingga mengganggu postur tubuh yang baik.

3. Urutan
Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh kerana ia mengembalikan peredaran darah di bahagian yang sakit. Minta pasangan anda untuk mengurut perlahan-lahan di bahagian pinggang, pinggul, belakang, atau mana-mana otot yang terasa sakit. Ia bukan saja melegakan, tetapi dapat juga mengeratkan hubungan.

4.Sentiasa Melakukan Regangan
Elakkan daripada duduk atau berdiri terlalu lama dalam satu-satu masa. Setiap 30 minit atau 1 jam, lakukan senaman regangan yang mudah untuk melancarkan peredaran darah.

Perhatikan postur anda dan jangan duduk membongkok. Cuba duduk di atas kusyen lembut dan tambahkan sokongan seperti bantal atau kain lembut jika perlu.
5. Gunakan Bantal Tambahan Untuk Membantu Posisi Tidur
Bukan mudah mendapatkan posisi tidur yang selesa sepanjang kehamilan, lebih-lebih lagi apabila saiz kandungan semakin membesar. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menyusunkan bantal-bantal lembut mengikut keselesaan anda seperti pada kaki atau sisi.

6. Mandi Air Suam
Sungguhpun mandian air panas seperti sauna atau bath tub tidak digalakkan, pancuran air yang sederhana panas atau shower sangat membantu untuk memberi kelegaan. Oleh itu, sekiranya sakit pinggang semasa hamil bertambah kerap dan sakit, cubalah melegakannya dengan cara ini.
7. Gunakan Tali Pinggang Sokongan Untuk Ibu Hamil
Jika perlu, anda boleh mendapatkan pelvic support belt atau tali pinggang sokongan khas untuk ibu mengandung. Ia didatangkan dalam pelbagai pilihan rekabentuk dan jenama.

Ia boleh dipakai untuk membantu anda mendapatkan postur yang lebih baik seiring dengan pertambahan saiz kandungan.

8. Dapatkan Rehat Yang Cukup
Akhir sekali, cuba dapatkan rehat yang cukup dan elakkan stres yang melampau.
Amalkan juga pemakanan yang seimbang dan lebihkan pengambilan makanan daripada sumber kalsium dan magnesium seperti sayuran berdaun hijau.

sumber: zuriat.my
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Wednesday 6 September 2017

4 Produk The Radiant Untuk Kekalkan Kecantikan Kulit



1. Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda.


Tahukah Anda?
Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.

Keistimewaan Shaklee
Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

2. GLA Complex
Jika anda mahukan keselesaan dan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan anda, GLA (Asid Linolenik Gamma) adalah jawapan yang anda cari. GLA adalah asid lemak penting Omega-6 yang digunakan oleh tubuh anda untuk menghasilkan prostaglandin – bahan yang membantu mengawal-atur pelbagai proses tubuh. Malah, ia amat bermanfaat untuk setiap wanita di semua peringkat umur.
Keistimewaan Shaklee
Diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.
Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.

3. ESP Soy Protien Isolate Powder
Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama
Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama
Keistimewaan Shaklee
Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
Membekalkan 9 asid amino.
Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

4. Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder menyediakan kepada anda 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah.

Bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6. Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi.

Pek individu untuk pengambilan segera, bila-bila masa, di mana sahaja
Tahukan Anda?
Kolagen bertindak seperti “gam” yang mengikat tubuh anda dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak, dalam kulit. Kolegen dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik, dan gebu, mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.*
Pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan apabila umur bertambah, menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah. Tingkatkan kolagen anda sekarang untuk kulit yang kelihatan lebih sihat!

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

Continue Reading

Tuesday 5 September 2017

The Radiant 4 Untuk Kulit Berseri!

Ketahui 4 nutrien penting untuk kulit cantik berseri dari dalam.
Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Mereka memberikan aura positif dan sihat. Sering kali juga, anda tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.
Dapatkan kulit yang berseri dari dalam dengan nutrien ini!
Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk n fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.
Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;
  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Mengurangkan parut.

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melawan keradangan.

Lindungi kulit anda dari sinaran UV
  • Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari. 6Ia juga dikenali sebagai ‘Pelindung Matahari Dalaman' anda.
  • Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama vitamin C.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

Continue Reading