Friday 25 August 2017

Buah-Buahan Yang Terbaik Untuk Ibu Hamil

Ibu-ibu hamil sememangnya perlu sentiasa menjaga kesihatan serta pengambilan makanan yang seimbang. Disamping memenuhi keperluan zat vitamin yang diperlukan, terutama bayi dalam kandungan dan juga ibu hamil.

Pengambilan buah-buahan juga penting kerana terdapat buah-buahan yang kaya dengan zat vitamin yang perlu untuk ibu hamil. Jom kita tengok buah yang baik untuk ibu hamil amalkan.

1. PISANG
Siapa tak kenal pisang kan? Pisang cukup terkenal sebagai pelawas yang mana mampu mengelakkan ibu mengandung dari masalah sembelit dan sukar membuang.

Selain itu, pisang juga mengandungi nutrisi lain yang dapat membantu ibu hamil seperti vitamin, asid folat dan juga kalium. Asid folat membantu pembentukan otak dan juga tulang sumsum bayi. Otak dan tulang sumsum adalah 2 organ yang sangat penting dalam sistem tubuh manusia.
Pisang juga antara buah yang mengandungi vitamin C yang mana ianya membantu semasa proses pembentukan darah selain daripada membantu dalam pembentukan gusi, tulang dan kulit.


2. KURMA
Buah ini mengandungi banyak kandungan nutrisi seperti asid folik, zink, zat besi, kalsium, kalium, magnesium, vitamin C dan juga vitamin B.

Nutrisi-nutrisi ini boleh membantu ibu-ibu untuk menghilangkan penat dan lesu ketika mengandung, menaikkan bacaan HB dengan terlibat dalam proses pembentukan sel darah merah sekaligus mengelakkan anemia. Kurma juga membantu memudahkan bersalin tau.

3. BUAH NAGA
Buah naga kaya dengan antioksidan dan juga Vitamin B3 yang membantu melembabkan kulit semasa mengandung.
Buah naga juga membantu menghasilkan antibody bagi menguatkan sistem imunisasi ibu supaya sukar dijangkiti penyakit. Buah naga juga dapat mencairkan kahak dan menghilangkan batuk.

Tips Mudah : Beli dan potong buah naga. Kemudian, bekukan buah naga di dalam peti ais. Setiap minggu, makanlah 2-3 kali potongan buah naga tadi. Ini membantu buah naga untuk tahan lebih lama.


4. EPAL
Epal adalah buah yang kaya dengan vitamin. Epal juga antara buah yang mempunyai warna yang menarik perhatian.

Epal mengandungi vitamin A, B kompleks dan vitamin C yang banyak membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu hamil dari diserang penyakit.
Pengambilan buah epal sepanjang kehamilan juga membantu ibu hamil mengawal berat badan dari berlebihan. Siapa taknak kuruskan.

5. ANGGUR
Anggur mempunyai dua jenis iaitu anggur merah dan anggur hijau. Anggur yang elok dimakan oleh ibu mengandung ialah anggur merah.

Anggur merah kaya dengan antioksidan yang dapat membuang radikal bebas yang merbahaya dalam badan kita. Anggur juga boleh dijadikan sebagai snek untuk ibu-ibu mengandung untuk dimakan semasa masa-masa terluang.

Anggur juga kaya dengan Vitamin A yang boleh menstabilkan metabolic rate ibu mengandung. Selain itu, anggur juga mengandungi folate, potassium, phosphorus, magnesium dan sodium yang sangat baik untuk ibu mengandung.


6. AVOCADO
Buah avocado antara buah yang banyak mengandungi folik asid. Ibu-ibu mesti tahu kan kelebihan folik asid kepada kandungan. Salah satu fungsi folik asid ialah untuk mengekalkan bacaan HB anda.

Selain itu, sekiranya anda ada morning sickness yang teruk, avocado boleh membantu. Ini disebabkan kandungan Vitamin B6 yang ada pada buah ini.

Avokado juga mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ini sangat membantu ibu hamil yang mempunyai masalah sembelit. Serat membantu badan untuk menghadam makanan dengan lebih baik.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Wednesday 23 August 2017

10 Tips Untuk Kehamilan Yang Sihat

Anda telah disahkan hamil? Tentu ibu-ibu yang pertama kali hamil merasa sedikit risau tentang kesihatan anda. Keadaan hormon badan semakin berubah setiap hari, dari awal kehamilan sehingga lah ke akhirnya. Jom saya kongsikan beberapa tips yang para ibu hamil boleh lakukan.

1. Rancang Rawatan Antenatal
Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.
2. Makan Dengan Baik
Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh krim atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).




3. Berhati-hati Dengan Kebersihatan Makanan
Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.
Jangkitan salmonella boleh berlaku disebabkan memakan daging ayam yang tidak dimasak sempurna dan telur mentah atau yang separa masak.
4. Ambil Asid Folic
Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah asid folik (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
5. Bersenam Selalu
Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

6. Mulakan Senaman Lantai Pelvik
Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvis, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

7. Hadkan Pengambilan Alkohol
Memandangkan sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.
8.Kurangkan Pengambilan Kafien
Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

9. Berhenti Merokok
Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot. Kematian kot juga dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome - SIDS). Ia bukannya satu penyakit. Sebaliknya, ia adalah satu diagnosis yang diberi apabila seorang bayi yang sihat meninggal dunia tanpa sebab tertentu.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan sumbing bibir atau lelangit.


10. Lebihkan Berehat
Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih.


rujukan: babycentre
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

Continue Reading

Tuesday 22 August 2017

Pantang Larang Ibu Mengandung Yang Perlu Anda Tahu

Ibu hamil nie pasti ada pantang larangnyakan. Sama ada ianya relevant atau tidak jer dengan kita ada beberapa pantang larang yang perlu juga para ibu yang hamil ambil berat mengenainya. Kerana ia ada kaitan bukti secara sains. 

1. Elakkan Sentiasa Memegang Kucing
Kucing adalah haiwan yang comel dan mudah mesra. Memang pantang nampak, mesti nak usap dan belai mereka.

Walaubagaimanapun, ketika mengandung wanita perlu lebih berhati-hati serta perlu mengehadkan masa bersama dengan haiwan kesayangan anda – khususnya dari segi pengendalian najis kucing. Menurut sebuah artikel dalam akhbar tempatan, kucing boleh membawa kesan negatif kepada kehamilan kerana terdapat sejenis parasit iaitu protozoa yang menyebabkan sejenis jangkitan toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan serius kepada bayi dalam kandungan.

Oleh itu, jika anda membela kucing di dalam rumah, pastikan anda menjaga kebersihan sebaik mungkin dan rajin-rajin membasuh tangan sesudah memegang kucing atau sebelum memasak makanan. Paling penting, gunakan sarung tangan atau dapatkan seseorang untuk mengendalikan najis mereka untuk anda.

2. Berendam Dalam Air Panas
Berendam dalam air panas memang selesa, tetapi aktiviti ini sebenarnya tidak digalakkan jika anda sedang hamil.

Terdapat kajian menunjukkan bahawa mandi air panas terutamanya dalam bulan terawal kehamilan boleh menyebabkan kecacatan anak semasa lahir. Selain itu, air mandian yang terlalu panas boleh menjadikan wanita hamil menjadi loya atau pitam kerana kepanasan tersebut merendahkan tekanan darah.

Risiko kepanasan melampau ini adalah lebih cenderung pada air tab panas (bath tub) atau sauna manakala kurang dilihat pada mandian pancuran (shower).
3. Cabut Gigi
Seperti yang kita tahu, tubuh badan wanita akan mengalami perubahan sepanjang kehamilan. Salah satunya adalah gingivitis atau bengkak gusi yang menyebabkan sesetengah ibu mengandung berasa sakit gigi. Pakar berpendapat bahawa rawatan pergigian yang melibatkan suntikan yang akan masuk ke dalam darah perlu dielakkan. Begitu juga halnya dengan pengambilan ubat antibiotik atau ubat tahan sakit yang tertentu serta imbasan X (X-ray).

Walaupun begitu, ibu hamil tidak sepatutnya menahan kesakitan sendiri tanpa membuat pemeriksaan dengan doktor gigi. Dengan pemantauan rapi, mereka boleh mempreskripsikan rawatan atau ubat yang terbaik bergantung kepada keadaan anda.

4. Ubat Jerawat
Sesetengah wanita mengalami masalah jerawat yang sangat teruk semasa kehamilan akibat perubahan hormon. Jika ia berlaku kepada anda, kerapkanlah mencuci muka dengan air bersih dan gunakan losyen dan pembersih muka yang berasaskan unsur organik untuk lebih selamat.

Sekiranya ianya terlalu serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau doktor. Elakkan membeli ubat sendiri di farmasi kerana terdapat segelintir bahan kimia seperti accutane (isotretinoin), tetracycline, doxycycline, dan minocycline yang boleh menyebabkan masalah kecacatan serta masalah pada pembentukan gigi dan tulang bayi.
5. Kurangkan Pengambilan Kafein
Dalam kuantiti kecil, seperti segelas sehari umumnya tidak akan mendatangkan mudarat kepada bayi. Namun, pengambilan yang berlebihan berisiko menyebabkan kelahiran kurang berat badan pada bayi, kelahiran pramatang atau keguguran, seperti yang dinyatakan oleh NHS Choices.

Kafein bukan saja terdapat dalam kopi, tetapi ia juga kadangkala ditambah dalam soda, minuman tenaga (energy drink), atau teh, dan coklat. jadi, berhati-hati semasa meminum dan memakan kesemua jenis makanan ini.

6. Merokok atau Mendampingi Perokok
Sungguhpun kebanyakan wanita di Malaysia tidak merokok, tetapi ramai yang terdedah kepada asap rokok. Sebenarnya, kesan asap rokok ini lebih merbahaya daripada apa yang anda sangkakan kerana asap rokok ‘basi’ ini lebih bertoksin berbanding asap rokok yang dihidu oleh perokok itu sendiri.

Bayi dalam kandungan berisiko dilahirkan kurang berat badan dan lebih teruk lagi ia boleh menyebabkan risiko kematian mengejut. Malah, toksin yang dihidu dikhuatiri dapat merencatkan perkembangan bayi dalam kandungan sehingga menjejaskan kesihatan mereka apabila lahir dan semakin dewasa kelak.
7. Elakkan Makanan Mentah
Jika sebelum ini anda adalah seorang penggemar makanan mentah seperti sushi, telur mentah dan sebagainya, seeloknya anda mengehadkan pengambilan makanan ini semasa mengandung.

Pantang larang semasa mengandung ini didasari oleh kajian yang menunjukkan bahawa makanan mentah lebih terdedah kepada bakteria, virus, dan parasit hidup yang boleh mengganggu perkembangan kehamilan, terutamanya pada peringkat awal. Maka, pastikan makanan yang diambil dicuci dengan bersih dan dimasak secukupnya agar semua risiko ini dapat diminimumkan.

8. Elakkan Makanan Manis, Tinggi Kalori dan Tinggi MSG
Semua jenis makanan yang tidak sihat seharusnya dihindari kerana ia bukan saja tidak berkhasiat, malah boleh meninggikan kebarangkalian untuk anda menghidap kencing manis ketika hamil.

Kalau teringin sangat, bukanlah langsung tak boleh makan. Tapi, kenalah berpada-pada dan jangan makan terlalu banyak. Sebaliknya, lebihkan pengambilan buah-buahan dan snek berkhasiat seperti buah-buahan segar dan kekacang. Sedap juga, bukan?
9. Elakkan Bahan Kimia, Kosmetik dan Produk Kesihatan Secara Berlebihan
Anda mungkin tidak perlu risau jika anda melakukannya sekali-sekala, tetapi wanita yang bekerja di salon contohnya perlu lebih berhati-hati. Dalam bahan kimia pada pewarna rambut dan cat kuku misalnya terkandung phathalates dan aseton yang dapat menimbulkan permasalahan pada sistem reproduksi. Hal yang sama juga jika anda sering terdedah kepada cat rumah dan sebagainya.

Selain itu, jika anda sedang mengamalkan apa-apa produk semasa kehamilan, semak label dan pastikan ianya selamat untuk dimakan oleh wanita hamil.

sumber: zuriat.my
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

Continue Reading

Saturday 19 August 2017

TIPS BANTU MEMERIAHKAN SEMULA SUSU BADAN YANG DROP

Susu Drop! ohhh...tidakkk.

Perkara yang paling para ibu takuti bila susu drop secara tiba-tiba, tanpa disedari emosi ibu dalam keadaan terganggu atau stress. Bila perahan susu semain kurang, stok susu semakin susut. Aduuhhhh....memang buat ibu gelabah kan. Niat nak menyusukan bayi secara eksklusif selama 6 bulan takkan nak lupakan dengan ganti dengan susu formula? 

Relax....ibu-ibu jangan risau, setiap permasalah itu pasti ada cara untuk kita selesaikan.

Pertama sekali anda sebagai ibu yang mahu menyusukan eksklusif perlu bertenang sekiranya anda sedar susu makin drop. Anda perlu bertenang dan positif, anda sudah capai sehingga ke saat dan detik ini, berjaya kumpul stok, anak selama ini berjaya disusui oleh susu badan anda sendiri dalam tempoh sehingga masa sekarang. Susu drop bukan noktah, anda tidak perlu give-up. 

Anda hanya perlu bertenang dan positif. Ingat kembali kenapa anda memilih untuk menyusu susu ibu secara eksklusif dari awal dulu? Semuanya pasti ada jalan penyelesaian, susu anda akan kembali ke kuantiti perahan seperti sediakala
Kedua, disiplinkan diri dengan ikut jadual pam yang betul sekurang-kurangnya kosongkan payudara 2-3 jam sekali, paling lama 30 minit setiap sesi ketika di tempat kerja. Jangan skip mengepam atau tunggu payudara penuh baru pam, itu salahuntuk penyusuan eksklusif. Kerap kosongkan payudara anda mengikut jadual mengepam. Kerap kosongkan payudara anda. Ketika pulang kerja, jangan lupa buat tandem pumping ketika anak tengah direct feeding dengan kita. Kosongkan serentak payudara anda walaupun anda berada dirumah. Semua ini untuk tingkatkan demand penghasilan susu dari kilang susu badan anda.

ketiga, buat power pumping pada malam hari. Power pumping dengan teknik yang betul sangat membantu. Pastikan anda tidur terlebih dahulu dan bangun kira-kira jam 2.00 – 3.00 pagi untuk buat power pumping atau 5.00 – 6.00 pagi. Jangan hanya buat satu malam, buat untuk semingu dua minggu atau sehingga badan anda pulih dan dapat hasilkan oz susu perahan yang dikehendaki.
Keempat, pastikan ibu-ibu menjaga pengambilan makanan seharian. Elakkan mengambil minuman berkafien, ambillah makanan yang berkhasiat serta seimbang. Boleh juga ambil makanan sebagai 'milk booster' untuk membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih baik lagi.


Kelima, sebagai alternatif dan ikhtiar lain. Ibu -ibu boleh cuba mengambil suplemen lengkap bagi ibu menyusu untuk membantu pengeluaran susu dengan lebih baik. Membantu ibu kurang merasa letih dan stress. Cadangan suplemen untuk ibu menyusu ialah, Protien, Vitamin C, B-complex, Multivitamin, Alfalfa, Kalsium dan Omega-3.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading