Monday 1 May 2017

Tips Menghadapi Ramadhan Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi


1. Rujuk dulu kepada doktor
Jika keadaan ibu dan bayi membolehkan maka doktor akan membolehkan ibu berpuasa selama Ramadhan.

2. Umur bayi
Sesuai ulasan di atas, puasa bagi ibu menyusui sebaiknya dilakukan setelah bayi sudah berusia lebih dari 6 bulan.

3. Pam dan susui yang terbaik di malam hari
Kemungkinan pengeluaran susu ibu akan berkurangan di siang hari. Oleh kerana itu manfaatkan malam hari untuk mengepam susu ibu dan menyusui yang terbaik. Stok susu perah boleh digunakan di siang hari.

4. Menjaga nutrisi makanan
Dianjurkan makan sekurang-kurangnya 3 kali ketika tidak berpuasa, dengan komposisi nutrisi terdiri daripada 20% lemak, 30% protein, dan 50% karbohidrat. Ibu juga boleh menambah kekerapan makan asalkan tidak mengganggu keselesaan tidur.

5. Banyak minum air
Banyak minum air putih sejak berbuka hingga tiba saatnya sahur untuk memenuhi kekurangan cecair badan ketika berpuasa.

6. Rehat yang cukup
Puasa bagi ibu menyusui akan terasa berat, kerana badan sering terasa lemas selepas memberikan ASI. Untuk itu beristirahatlah yang cukup untuk memulihkan keadaan fizikal mahupun mental, agar pengeluaran ASI tetap baik dan lancar.

7. Berhentilah puasa bila ibu merasa perlu menghentikannya
Jangan memaksakan puasa bila ibu tidak sanggup, atau merasa bimbang dengan kesihatan diri sendiri mahupun si bayi. Bagaimanapun, puasa bagi ibu menyusui boleh digantikan dengan fidyah ataupun puasa di hari-hari lain.

p/s: Shaklee juga meenyediakan set penyusuan bagi para ibu yang ingin menyusukan bayi pada bulan Ramadhan tanpa rasa keletihan dan tidak bertenaga sepanjang hari. Untuk sebarang pertanyaan mengenai set penyusuan boleh hubungi saya 

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: