Wednesday 10 May 2017

{My Resepi} Pisang Salut Coklat

Hari nie kak leen cuba buat resepi baru untuk anak-anak. Takde lah payah sangat, tapi anak-anak suka lah. Mak nya pun suka gak. Hahha....

Bahan-bahannya:
- pisang montel / pisang emas
- coklat masak
- badam cincang
- kayu ais krim / lidi satey

Cara buat :
- kupas kulit pisang terlebih dahulu,
- lepas tu cucukkan pisang dengan batang ais krim / lidi tadi.
- masukkan dalam peti ais sementara bagi sejuk. Dalam sejam dua.
- sementara tu, masak coklat tadi menggunakan kaedah 'double boild'
- badam cincang tadi, goreng atas kuali tanpa minyak dengan api yang perlahan sehingga warna kekuningan emas dan naik bau.
- kemudian, ambil pisang tadi celup ke dalam coklat.

- Taburkan badam cincang tadi salut keseluruhan pisang yang bersalut coklat.

- kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sekejap bagi coklat pada pisang tadi beku. Atau boleh juga terus di makan.

Anak-anak kak leen memang tak sempatlah nak simpan dalam peti sejuk tu. Masa buat masing-masing dah ngap sorang satu. Hehehehe.... Nie kak leen belanjer gambar yang sempatlah kak leen snap. Masa buat memang tak sempat nak snap. 😄

0 comments: