Tuesday 24 March 2015

{Tips} Bagaimana nak atasi otak lesu?

Assalammualaikum....Hai..hari nie nak share sikit tips yang saya dapat dari group Fb yang dah lama plak tersimpan. hehehehe... Mungkin boleh jadi panduan atau bermanfaat kepada anda-anda diluar sana. (^_^)

Nie sumber petikan dari Irfan Khairi. 
ni saya petik kata2 beliau....."Apa akan jadi sekiranya enjin kereta kita dibiarkan dengan lama tanpa dimulakan?..Ia akan semput, susah nak start dan adakalanya rosak.............Begitu juga dengan otak kita. Mungkin ramai yang menyangka, otak kita kalau selalu digunakan, kalau selalu berfikir, ia akan rosak atau menjadi lesu kerana terlalu banyak berfikir.? ........Sebenarnya, selalunya otak kita akan menjadi lebih efisyen dan lebih sihat apabila lebih banyak kita berfikir. Disini juga sebahagian daripada cara menggerakkan momentum untuk terus berjaya"

haaa..tu dia... jadi banyak2 kan lah berfikir?... hmm...tapi mesti anda tertanya...nak fikir tentang apa?.lepas tu bagaimana?.....sebenarnya boleh fikir macam-macam... contohnya berbanyak-banyak berfikir mengenai idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan atau kreatif dalam apa jua pekerjaan anda lakukan.... cara mendapat pelanggan,dan sebagainya.. dan ni yang dikongsi oleh si Irfan ni lagi... "Apa yang saya selalu lakukan adalah, bawa buku nota kecil (yang macam buku 555 tu), dan pen ke mana sahaja. Dapat sahaja idea, cepat-cepat saya tulis. Kadang-kadang, sehari, berpuluh-puluh idea yang kita dapat!..Tahukah anda..lebih banyak anda berfikir, lebih efficient otak anda. Dan otak yang efisyen akan memberi idea-idea yang lebih bernas yang tidak pernah anda fikirkan"

 Yezzaaaa…memang betul lah..cube renung2kan dan fikirkan balik..otak kita ni kalau tak digunakan sangat,kalau malas berfikir..biar membeku…lama2 mmg kita jadi malas dan takde feel nak bergerak kehadapan..cukup ala kadar je…...

Pendek kata..berfikir dan teruskan berfikir dan tulis idea di buku kecik 555 ni mmg idea tradisional..tapi praktikal..ape2 pun.. jangan lupa CATAT apa yang anda fikir..ingat yer..orang yang Berjaya tak semestinya dari mereka-mereka yang dari group 1st class honour tetapi adalah mereka yg tahu menggunakan otak mereka dgn bijak..

sumber: Irfankhairi
Continue Reading

Wednesday 18 March 2015

{Info Sihat} Digigit Semasa Menyusukan Bayi?

Adoooiiii....kena gigit semasa menyusukan bayi anda? Fobia kekadangkan, terutama bayi yang dah pun mempunyai gigi. Rasa gatal gusi yang membuatkan bayi kita nak mengigit. Ada juga masalah bila berlaku bengkak susu dan anda akan berasa sangat sakit untuk menyusukan bayi ketika itu. 

"Pengalaman saya sendiri, sepertimana diajarkan ibu, setiap kali hal ini berlaku, saya akan memicit sedikit dagunya supaya mulutnya kembali terbuka dan gigitan dilepaskan. Kaedah kedua ialah memicit hidung bayi anda yang sedang menggigit ketika menyusu. Kebiasaannya, bayi akan melepaskan gigitan apabila dirasakan susah nak bernafas...Awas ya..jangan picit terlalu lama..cukup sekadar picit main-main sahaja. Ini hanya boleh dipraktikkan ketika bayi anda dalam keadaan sedar, bukannya tidur." 

Ramai ibu yang merasa takut digigit dan serik apabila menghadapi situasi ini sehingga ada yang membuat keputusan menghentikan penyusuan gara-gara tidak tahan sakit digigit bayi. Bagi mengelak situasi ini, ikuti beberapa panduan di bawah.

sumber: mauceriasokmo

Apabila gigi bayi sudah mula tumbuh, si kecil ini sudah pandai mengigit puting payudara ibunya ketika menyusu. Kesannya, ramai ibu yang 'seram' menghadapi situasi ini sehingga ada yang membuat keputusan menghentikan penyusuan gara-gara tidak tahan sakit digigit bayi. Bagi mengelak situasi ini, ikuti beberapa panduan di bawah.

Salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk membantu mencegah kesakitan sewaktu menyusukan bayi. Menghisap dengan teknik yang salah adalah penyebab utama timbulnya rasa sakit pada payudara.

Teknik Menghisap Yang Tepat

1. Mulut bayi perlu merangkumi sebahagian besar kawasan aerola payudara
2. Jangan biarkan si manja anda menghisap pada bahagian hujung payudara.
3. Cuit bahagian bibir bawah si manja dan dagunya agar dia geli kerana cara ini boleh membantu mulutnya terbuka lebih luas dan boleh menghisap susu badan dengan lebih baik.
4. Bertukar-tukar posisi penyusuan juga boleh mendorong si manja menghisap susu dengan lebih baik.
5. Rangkul seluruh badan si manja ketika menyusukannya atau berbaring secara mengiring. Cara ini lebih selesa untuk ibu dan bayi.

Mengatasi Bengkak Susu

Uncang Teh
Menurut pakar laktasi bertauliah, Kelly Bonyata di dalam laman webnya, dengan meletakkan uncang teh yang basah dan hangat pada payudara boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami sejurus memberi susu badan kepada si manja. Kehangatan teh tersebut sangat membantu mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Mengepam Susu Badan
Jika si ibu terlebih dahulu mengepam susu badannya sebelum memberi si manja menghisap secara langsung, ia boleh membantu meningkatkan aliran susu ibu. Dengan cara ini si manja boleh menghisap dengan lebih mudah. Kaedah ini sangat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit pada payudara si ibu.

Tuam
Tuam bahagian payudara dengan menggunakan kain atau pad hangat juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit.

Tip Elak Bengkak Susu

• Pemilihan coli penyusuan juga sangat penting. Ini bagi memastikan si ibu berada dalam keadaan selesa di samping membantu menyokong payudara anda.
• Susukan bayi anda dengan kerap dan mengikut jadual yang sama setiap hari. Jika anda berada di pejabat, memadailah dengan mengepamnya mengikut jadual.
• Bayi anda perlu menghisap susu dengan kaedah yang betul.
• Semasa si manja sedang menyusu si ibu boleh mengurut buah dadanya perlahan-lahan bagi melancarkan aliran susu ibu.
• Jika kesakitan yang dialami agak kuat, si ibu disarankan untuk mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Rawatan Alternatif

Hari ini terdapat pelbagai jenis produk yang boleh membantu anda dalam menangani masalah ini. Produk alternatif ini nyata mudah digunakan dan boleh diaplikasikan pada bila-bila masa. Antara pad gel yang boleh anda cuba ialah :

1. Therapy Gel Pads
Produk pelbagai guna ini boleh digunakan untuk melegakan masalah saluran susu tersumbat, mastitis dan mengurangkan pembengkakan payudara.
Produk ini boleh digunakan sebagai terapi sejuk atau panas, sangat lembut dan fleksibel demi memberi keselesaan kepada si pemakai. Diperbuat daripada material yang selamat dan diluluskan oleh FDA.

2. Jingle Jungle Reusable WarmHangatkan pad terlebih dahulu dan letakkan pada payudara sebelum menyusukan bayi. Ia membantu melancarkan aliran susu. Jika anda mengalami pembengkakan atau rasa tidak selesa, sejukkan pad gel ini terlebih dahulu dan letakkan pada payudara di antara waktu penyusuan.

3. Feme Pad Natural Pain
Produk ini membantu untuk mengurangkan pembengkakan atau rasa tidak selesa selepas melahirkan. Pad ini sangat lembut digunakan walaupun selepas dibekukan dan ia mengikut bentuk tubuh si pemakai. Bagaimanapun, pad ini hanya sesuai untuk kegunaan suhu sejuk sahaja dan tidak sesuai untuk dipanaskan.


sumber: pa&ma

Continue Reading

Tuesday 17 March 2015

{Produk Shaklee} Set Kesuburan Untuk Pasangan Suami Isteri


Masalah kesuburan adalah perkara yang kerap kita dengar bagi pasangan suami isteri yang telah berkhawin. Apa punca masalah ini berlaku? tidak kira pada suami atau isteri anda perlu tahu masalah yang sedang anda hadapi. Sememangnya tidak dinafikan, rezeki anak itu kuasa Allah untuk memberi, tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagi mereka yang terus berusaha dan berdoa untuk mendapatkan zuriat harus diberikan pujian. Kerana tiada istilah putus asa untuk terus berusaha. 

Faktor Sukar Mendapat Cahayamata
  • Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan atau 1 kitaran haid dalam masa 2@3 bulan.
  • Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.
  • Berat badan berlebihan antara punca tidak subur
Punca Wanita Tidak Subur. 
  • Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit kelamin
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok
  • Pengambilan kafein yang berlebihan
  • Terlalu kurus atau gemuk.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).
Antara Supplement Shaklee Yang Membantu Masalah Kesuburan Suami & Isteri

Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA 
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaandapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan danmelegakan PMS (sindrom pra-haid)

Vitamin E & Selenium
Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini atau ada pertanyaan mengenai produk ini, boleh hubungi saya Mamaleen melalui sms/whatsapp/telegram di 019 2691158. ;)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Friday 13 March 2015

{Info Sihat} 10 Sebab Kenapa Perlu Detox


Detox? Kenapa perlu detox?
Detoksifikasi merupakan satu proses secara psikologi dan perubatan untuk mencuci toksid dalam mikroorganisma hidup, termasuklah tubuh badan manusia. Dari segi perubatan, ia bermakna proses mengeluarkan bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang. 

Kenapa perlu Detox??
1. Keluarkan toxin
Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toxin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toxin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK!.. 
2. Mengelakkan penyakit kronik
Toxin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toxin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit.
3. Menguatkan sistem imun
Semakin banyak pencemaran dan toxin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.
4. Mengurangkan berat badan
Toxin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toxin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan. 
5. Melambatkan kesan penuaan
Detoksifikasi akan menghalang radical bebas dan berbagai logam  dan toxin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.
6. Meningkatkan kualiti hidup
Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toxin dan pencemaran yang . Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.
7. Tingkatkan tenaga
Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga..  
8. Membaiki tahap kesihatan kulit
Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut.
9. Menyihatkan minda dan emosi
Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.
10. Memperbetulkan semula sistem tubuh
Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toxin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

Continue Reading

Thursday 12 March 2015

{Info Kesihatan} Kepentingan B Complex Untuk Ibu Hamil


B Complex Bersama Asid Folic

Ibu mengandung mesti mengambil vitamin. Kekurangan vitmain akan menyebabkan kesan buruk terhadap bayi dalam kandungan dan ibu sendiri. Vitamin B Complex amat penting, bgitu juga Asid Folic terutama bagi mereka yang merancang kehamilan dan di fasa awal kehamilan.

Kepentingan B Complex
  • Mengalakkan Kesihatan Jantung
  • Menukar makanan kepada tenaga untuk meningkatkan proses metabolisme
  • Mengurangkan simptom kemurungan
  • Melegakan stress
  • Meningkatkan fungsi otak
  • Membantu pencernaan
  • Stamina
  • Mengawal Kolestrol
  • Migrain
  • DNA yang sihat


Vitamin B Complex Shaklee Mengandungi 8 jenis Vitamin B yang lengkap
  • Vitamin B1 - Thiamin
  • Vitamin B2 - Riboflavin
  • Vitamin B3 - Niacin
  • Vitamin B6
  • Fotate @ Folic Acid
  • Vitamin B12
  • Biotin
  • Panthothenic Acid

Tanda - tanda Kekurangan B Complex

  • Depresi
  • Murung
  • Insomnia
  • Kurang selera makan
  • Sembelit
  • Masalah lidah (lidah menjadi merah,sakit,bengkak atau kurng deria rasa)
  • Kurang konsentrasi
  • Mudah tersinggung
  • Melemahkan sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak
  • Pembentukan abnormal sel.
  • Kurang konsentrasi
Pentingnya Acid Folic kepada ibu-ibu kerana membantu mengurangkan risiko anak terencat akal dan mengurangkan masalah kecacatan saraf tunjang.

KELEBIHAN B COMPLEX SECARA UMUM

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini atau ada pertanyaan mengenai produk ini, boleh hubungi saya Mamaleen melalui sms/whatsapp/telegram di 019 2691158. ;)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Wednesday 11 March 2015

{Tips Kesihatan} 7 Tips Mengatasi Masalah Stress

Bercakap menegani STRESS...memang sekarang nie pelbagai masalah yang perlu dihadapi, tak iira dimana-mana saja pasti akan ada Stress. Di rumah, di tempat kerja, di jalanraya, di kedai dan macam-macam lagi. 
Saya nak kongsikan beberapa tips bagaimana ia membantu untuk anda mengurangkan masalah STRESS dengan cara yang lebih baik.

1) Senaman Pernafasan
Pernafasan membawa banyak manfaat, termasuk mengoksigenkan darah yang membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian. 

2)Tafakur (Meditation)
Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurang-kurangnya lima belas minit untuk bertafakur.        
3) Penggambaran
Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran. 

4) Pengurutan (Massage)
Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. 

5) Kelegaan otot
Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah. 

6) Muzik
Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari. 

7) Pengurusan masa
Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting.
Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita). 

sumber: kawanlah.com

Continue Reading

Sunday 8 March 2015

{Produk Shaklee} Atasi Rambut Gugur Dengan Vitamin Shaklee.

Bila cakap rambut gugur, ramai terutamanya golongan wanita yang agak fobia dengan permasalahan ini. Yelah...rambutkan mahkota wanita. Yang bertudung mahu pun tidak, rambut mesti akan dijaga dengan baik. 


Tapi permasalahan ini sering kali terjadi terutama bagi ibu-ibu selepas bersalin, Ada sesiapa tak yang pernah mengalaminya? Saya juga pernah mengalaminya semasa melahirkan anak yang sulung dan yang kedua. Keguguran rambut yang sangat teruk dan rasa rimas dengan rambut yang selalu gugur. Ada beranggapan bila anak dah pandai main-main dengan air liur nya akan menyebabkan rambut si ibu banyak akan gugur. Adakah ia benar atau hanya mitos saja? Kenapa ia sering terjadi kepada ibu-ibu selepas bersalin? Sebelum itu, saya kongsikan 9 perkara yang wanita perlu tahu mengenai rambut anda.

9 Perkara perlu wanita tahu mengenai rambut:
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Bagaimana mengatasi masalah ini?
  • Ibu bersalin tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.
Rawatan Rambut Gugur Bersama Shaklee :

Antara vitamin-vitamin Shaklee yang disyorkan kepada anda untuk membantu anda mengatasi masalah rambut gugur.

Zinc Complex : 
Untuk membantu kesihatan rambut rapuh, rosak dan bercabang.
berfungsi untuk mengawal hormon dalam badan dan membantu penyelenggaraan kelenjar minyak yang dirembeskan pada kulit kepala.

B Complex : 
Untuk membantu masalah peredaran darah terutama di bahagian kepala yang melibatkan rambut.
Inositol, salah satu vitamin B, membantu pertumbuhan rambut. B12 pula adalah satu lagi vitamin B yang menghalang keguguran rambut kerana B12 merupakan komponen rambut itu sendiri.

Revitalizing Shampoo dan Lightweight Conditioner dari Prosante Hair Care :
untuk rambut yang lebih sihat bersih dan mudah diurus. Hanya yang SEMULAJADI. Tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser seperti paraben, SLF, SLS dan lain-lain

ESP Soy Protien :
Protien soya juga membantu menguatkan rambut. Keratin iaitu blok asas binaan rambut, adalah protien yang dibentuk oleh gabungan daripada 18 asid amino. Protien soya mengandungi keperluan asid amino yang cukup untuk membantu mengatasi masalah ini. Protien yang berkualiti tinggi di dalam soya membantu pertumbuhan rambut tanpa perlu bimbang kandungan kolestrol dan lemak tepu yang terdapat dari protien sumber haiwan.
 


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini atau ada pertanyaan mengenai produk ini, boleh hubungi saya Mamaleen melalui sms/whatsapp/telegram di 019 2691158. ;)
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com




Continue Reading

Saturday 7 March 2015

{Testimoni} 30 Testimoni Pelbagai Khasiat Dan Manfaat ESP Shaklee

Hari tu saya ada share mengenai manfaat ESP bagi ibu-ibu yang menyusukan anak-anak (klik sini) mereka kan. So kali nie saya nak sharekan pelbagai khasiat serta manfaat ESP lagi. Baaannnnyyyaaakkkk sangat, Nak kurus, nak kulit cantik gebu, nak kekal bertenaga, nak menyusukan bayi, nak kurangkan masalah eczema, nak kurangkan masalah diabetis dan macam-macam lagi lah....

Jom saya sharekan testimoni-testimoni mereka yang mengamalkan ESP nie.
































Lagi mengenai TESTIMONI-TESTIMONI ibu-ibu yang menyusukan anak dengan jayanya bersama produk Shaklee.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini atau ada pertanyaan mengenai produk ini, boleh hubungi saya Mamaleen melalui sms/whatsapp/telegram di 019 2691158.

Atau jika anda ingin terus membuat pembelian produk ini, anda boleh terus membuat pembelian ke website Shaklee dengan klik link dibawah ini. Dan setelah pembelian dibuat, anda boleh mendapatkan konsultasi percuma dari saya. (^_^) 
(pembelian online hanya menggunakan Kredit Kad atau Debit Kad sahaja)
ESP Shaklee
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com













Continue Reading