Monday 26 January 2015

{My Story} Nursing Cover Yang Lebih Sopan....

Alahai....lama dah nak cite pasal nursing cover nie, lama dah guna baru nak cite. Hahahah....

Tapi mungkin ramai dah guna, it's ok. Nak cite pengalaman sendiri guna nursing cover yang macam ala-ala apron nie. 

Macam yang kita tahu, banyak juga pakaian untuk ibu-ibu menyusu, ada pelbagai fesyen sekarangkan. Dari baju kurung, jubah, blouse dan sebagainya. Pilih jer nak yang macam mana. Tapi kekadang feyen untuk baju ibu-ibu menyusu nie limited dan terhad. Ada gak baju yang tak babay friendly yang ibu-ibu teringin nak pakai. Bila fikir plak nak menyusu anak payah, terus terbatal niatnya yea dak. hehehehe....Macam mokcik lerr.... (^_^)

Tapi ada gak penyelesaiannya....sekarang dah ada nursing cover yang rasa lebih sopan bagi ibu-ibu menyusu gunakannya. So kalu pakai baju baby friendly pun nak menyusukan anak perlu juga cari tempat nak cover-cover untuk singkap baju kan. Kekadang baby kita nie tangan diaorang menyusu suka dok singkap-singkap baju mama dia. hahahaha.... (macam anak saya lah) So nursing cover yang jenis macam nie lebih selamat dan kat mana-mana jer bleh lepak nk singkap baju lebih tertutup auratnya. 

Saya mula kenal nursing cover nie di dalam Instagram Adelia4mumz, ada macam-macam corak nursing cover nie, cantik-cantik. Kainnya juga jenis cotton tak panas dan selesa untuk anak-anak kita nak menyusu. Dan lebih selesa nak guna kat mana-mana., rasa macam nak beli banyak-banyak plak. Hubby saya pun suka, dia kata dok lepak mana-mana jer bleh nak menyusu, takde lah segan nak singkap-singkap baju, lebih tertutup aurat tu. Hehehehe....

Nie Instagram Adelia4mumz yang saya beli nursing cover dengannya. Macam-macam corak dan kain yang sangat selera dengan harga yang sangat berpatutan tau. WAJIB Follow IG beliau. hehehehe.... (^_^)

macam-macam corak ada, rasa nak borong semua jer. (^_^)

yang nie Nursing Cover saya punya (^_^)
Yang nie masa di Berjaya TimesSquare, tepi wayang jer bleh. Dok bersila nyusu anak ,janji cover semua.

My Hubby yang rajin amik pic nie, hehehe...
Sori gambar tak bape jelas, heheheh. My Hubby main snap-snap jer, lain kali nak beli corak lain plak. Saja nak buat koleksi. hehehe... 

Continue Reading

{Info Sihat} Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberikan Makanan Sebelum Usia 6 Bulan

Ramai ibu-ibu diluar sana yang masih tidak faham, bila masakah yang sesuai untuk anda berikan makanan kepada bayi anda. Dan masih ramai lagi yang SUDAH MEMBERIKAN makanan kepada bayi seawal usia 3bulan. Kerana mereka beranggapan, bayi menangis disebabkan rasa lapar dan tidak kenyang dengan hanya meminum susu ibu. Dengan memberikan makanan bayi akan rasa kenyang, kurang meragam dan tidur lebih lena. Adakah anda tahu akan akibatnya?


Sebagai seorang ibu, anda harus tahu, KENAPA bayi yang berusia 6bulan ke bawah tidak dibenarkan makan makanan lain selain susu ibu sahaja? Mari saya kongsikan.

1. Sistem penghadaman yang belum matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. Masalah kesihatan jangka masa panjang
Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. Masalah dalam penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi laki-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.


Mula dari umur 6 bulan ke atas.

Berikut adalah beberapa tanda yang bayi anda sudah bersedia untuk menikmati

makanan pelengkap.

  • Boleh mengawal lidah dan pergerakan tengkok dengan lebih baik.
  • Mula membuat pergerakan mengunyah ke atas-ke bawah.
  • Boleh duduk sendiri dengan sokongan yang minimum.
  • Suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
  • Menunjuk minat pada apa yang anda makan.
Jadi, kepada anda para ibu-ibu diluar sana, berikanlah bayi anda makan setelah usianya genap 6bulan ke atas. Bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Continue Reading

Tuesday 13 January 2015

{Info Kesihatan} Dimana Makanan Berkhasiat Untuk Anak-Anak Kita?

Hari nie saya ingin berkongsikan kepada kawan-kawan semua, terutama bagi ibu-ibu yang bekerja dan menghantar anak-anak ke pusat asuhan serta anak-anak yang ke sekolah setiap hari. Ingin saya bertanya kepada anda, bagaimana pengambilan pemakanan anak-anak kita seharian? Adakah memenuhi keperluan nutrin yang mereka perlukan sehari, atau sekadar kenyang diperut saja? Pernahkah kita sportcheck makanan apa yang anak-anak kita makan di pusat asuhan? adakah setimpal dengan apa yang anda bayar tiap-tiap bulan? Bagaimana pula di sekolah? Apa yang anak-anak kita makan? Haaa....macam-macam soalankan. Inilah yang soalan yang berlegar-legar difikiran saya... 

Saya dah lihat apa yang anak-anak saya makan di taska mereka dan apa yang dijual disekolah mereka. Sebagai ibubapa bukan lah saya cerewet pasal makanan anak-anak, tapi jika kita tak jadi CEREWET, yang akan tangung akibatnya adalah ibubapa juga. Anak-anak tak cukup berat badan, anak-anak selalu kena demam dan mudah berjangkit sakit. Siapa yang kita nak salahkan? Taska? Sekolah? Pengasuh? atau kita yang patut dipersalahkan? 


Pada zaman sekarang, memang terdapat pelbagai jenis makanan yang mudah untuk disediakan dan didapati. Bagi ibubapa yang bekerja, sememangnya untuk memasak makanan yang 'sempurna' khasiatnya memang agak sukar. Disebabkan masalah kekangan masa yang tak menentu dan sebagainya. Kita hanya harap anak-anak makan yang 'sempurna' di pusat asuhan dan sekolah saja. Tapi kita tak amik tahu keperluan makanan yang perlu untuk mereka. Kita lebih mudah 'menyediakan' makan fastfood yang lebih cepat dan mengenyangkan. Tapi pernah ke kita fikirkan, akibat kekerapan anak-anak kita yang disajikan dengan makan-makanan begini? Fikir-fikirkanlah....

Dari awal kita perlu mengawal pemakanan anak-anak kita, supaya anak-anak kita lebih sihat, cergas dan cerdas.


Saya tetap memberikan anak-anak saya makanan yang mereka perlukan, dan sangat-sangat kurangkan makanan fastfood, gula-gula, jajan dan macam-macam lagi. Saya inginkan anak-anak saya sihat dan kurang mengalami masalah kesihatan yang mungkin menjejaskan perkembangan tumbesaran mereka. Setiap hari, saya masih juga memasak untuk menyediakan makanan yang baik untuk mereka. Setiap pagi juga saya akan berikan mereka supplement tambahan sebagai pelengkap keperluan nutrin yang mereka perlukan.

Saya memilih Supplement Shaklee untuk kanak-kanak iaitu Chewbal Vitalea for Child, Chewbal Vit C, Omega Guard & Mealshakes untuk saya berikan kepada mereka setiap hari. Kerana bagi saya, menyedaikan makanan yang lengkap untuk mereka saya boleh lakukan, tetapi adakah ia cukup memberikan keperluan nutrin yang anak-anak saya perlukan? Itu saya tidak dapat pastikan dan mengukurnya, jadi sebagai alternatifnya saya sediakan juga mereka dengan supllement tambahan. Anda bagaimana? Saya sangat syorkan anda memberikan supplement tambahan bagi memenuhi keperluan nutrin yang mereka perlukan dan memberikan kesihatan yang baik kepada mereka.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com







Continue Reading

Monday 12 January 2015

{My Story} Hari Pertama Sesi Persekolah 2015 Darjah Satu

Hari nie memang perlukan tenaga ektra untuk kerah anak-anak bangun pepagi untuk ke sekolah. Hehehehe... lama sangat cuti kan, bangun lambat jer. Kalu dulu ke taska pukul 8.00 kekadang baru mama hantar. Tapi kali nie si kakak kena awal lagi bangun. sebelum 7.30 pagi perlu ada di sekolah. Nasiblah mama masih bercuti, mudah sikit untuk uruskan anak-anak. Kalu tak pepagi mau kelam kabut. 

Cuma si Amni yang belum biasa ke taska tanpa kakak dia, tiap-tiap pagi menangis nak ke taska plak. hehehehe.... tapi kata cikgu sekejap jer, lepas tu dia ok jer. Yelah 2tahun dengan kakak di taska yang sama, tahun nie terpaksa berpisah plak. Sekarang adiknya plak sama taska dengan dia, cuma bilik lain-lain. 

Alhamdulillah... si kakak sangat cepat berdikari, hari pertama ke sekolah dah ok. Malah suruh mama plak balik cepat tak payah tunggu-tunggu dia. Hahahah.... Dia tak tau mama yang sebak nak meleleh airmata nie, dia relax jer macam takde apa-apa. Hahahaha....hati ibukan risau jer dengan anak.

Seminggu nie adalah hari orentasi untuk pelajar-pelajar baru Darjah Satu. Banyak aktiviti dan peraturan sekolah yang cikgu nak sampaikan pada murid-murid baru nie. Harap kakak dapat faham apa yang cikgu terangkan. Semoga anak mama nie belajar rajin-rajin dan jadi anak yang solehah. Semoga Allah permudahkan anak mama nie belajar dengan baik... Ameeenn..... (^_^)


Continue Reading

{Produk Shaklee} Cinch Energy Tea Mix


Taaa...daaaa....ha tu dia, dah ada pun, alahai....lama bebenor makcik menunggu kemunculan Cinch Tea Mix nie. Hehehehe.... Nak tahu tak apa yang best sangat Cinch Tea Mix nie? Jom saya sharekan ok. (^_^)

Perbezaan Shaklee :
Selamat, penggalak tenaga semulajadi

Ditambah dengan Taurina - meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengelakkan kecergasan tubuh

Tanpa guten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.

Campuran Teh Dalam Shaklee Cinch :
Matcha Green Tea Powder
 Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun tea termasuk serat, mineral dan antioksidan

Red Tea Extract
Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang daripada merebak.

White Tea Extract
Juga dikenali sebagai teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

Rooibos Red Tea Extract
Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.

Haaa....best tau Cinch Tea Mix nie, semua tea mempunyai kandungan ANTIOKSIDAN yang tinggi. Dan juga ada polifenol. Untuk awet muda serta juga membantu menyingkirkan sel-sel yang rosak disebabkan radikal bebas. Ia juga memberikan kesegaran sepanjang hari...

Tak caya, minum waktu pagi, mesti anda rasa bertenaga dan segar, tak de rasa letih atau mengantuk. Cuba dulu baru tahu... (^_^)

Jika anda berminat untuk mengentahui lebih lanjut mengenai produk ini atau ada pertanyaan mengenai produk ini, boleh hubungi saya Mamaleen melalui sms/whatsapp/telegram di 019 2691158.

Atau jika anda mempunyai kad kredit @ kad debit, anda boleh terus membuat pembelian terus ke website Shaklee dengan klik link dibawah ini. Dan setelah pembelian dibuat, anda boleh terus mendapatkan konsultasi percuma dari saya. (^_^)

Cinch Tea Mix
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com



Continue Reading

Sunday 11 January 2015

{Testimoni} Awet Muda Seawal Usia 25 tahun Dengan Vivix???

Wowww....sape yang taknak nampak muda dari usia sebenar yea dak? Ada orang cari alternatif jalan mudah dengan melakukan pembedahan plastik, nak tutup segala kedut muka tu. Injection Vitamin C, botox lah macam-macam lagi. Tapiiii.....tahu tak, bahawa Vivix Shaklee adalah antara tonik ajaib yang memberikan anda anti penuaan tahap selular? Kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi. 



Jom saya sharekan beberapa testimoni mereka yang Awet Muda dengan Vivix....




Jika anda berminat untuk mengentahui lebih lanjut mengenai produk ini atau ada pertanyaan mengenai produk ini, boleh hubungi saya Mamaleen melalui sms/whatsapp/telegram di 019 2691158.

Atau jika anda mempunyai kad kredit @ kad debit, anda boleh terus membuat pembelian terus ke website Shaklee dengan klik link dibawah ini. Dan setelah pembelian dibuat, anda boleh terus mendapatkan konsultasi percuma dari saya. (^_^)
Vivix Untuk Awet Muda 
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

Continue Reading

{Produk Shaklee} ESP Shaklee Memberikan Manfaat Untuk Ibu Menyusu

Kalu cakap pasal ESP Shaklee, memang HOT Produk lah. Ramai yang gemarkan ESP nie. Tak kira yang nak kulit gebu ker, ibu hamil ker, ibu menyusu ker, yang nak kurus ker, semua suka ESP nie tau. Sebab apa, ia adalah Minuman sumber protien dari soya Non-GMO. Dan yang paling best bagi ibu-ibu yang menyusukan baby, saya sangat syorkan kepada anda untuk mengambil ESP Shaklee ini sebagai minuman protien tambahan anda. Antara manfaat yang telah saya sendiri perolehi ialah;
  • Susu menjadi lebih banyak dan pekat (dapat buat stok EBM dengan banyak)
  • Kulit ibu dan juga bayi lebih halus, putih dan tidak mengalami alergik. (Tahan Lasak)
  • Berat badan ibu boleh cepat turun dan berat badan bayi akan naik dengan lebih baik mengikut peringkat umurnya.
  • Bayi anda akan lebih kenyang dan tidur dengan lena. (Kurang berjaga malam)
  • Kesihatan ibu dan bayi lebih baik dan kurang mengalami masalah kesihatan yang teruk.
Jom saya terangkan serba sedikit pasal ESP nie.


KENAPA ESP NI BEST SANGAT!
  • Sbb PROTEIN ADALAH MAKANAN TERPENTING UNTUK TUBUH MANUSIA. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru, menggantikan tisu-tisu badan yang lama/tua dengan tisu-tisu yang baru, menggantikan tisu-tisu yang rosak/cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • Apa yg best tentang ESP ? Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasakan tumbuh- tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan TERBUKTI SECARA KLINIKAL dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, di samping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
  • Kelebihan ESP dalam menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, membantu hilangkan parut jerawat di muka, memberi tenaga berpanjangan, menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • Pengambilan ESP bersama suplemen-suplemen lain amat membantu dalam meng'optimum'kan kadar penyerapan nutrien suplemen-suplemen tersebut ke dalam tubuh kita .. senang kata, kesan pengambilan vitamin/mineral akan lebih efektif bersama pengambilan ESP (reason : baca point nombor satu tu semula)
Khasiat & Manfaat Berganda Dengan ESP 
  • ESP menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
  • ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikannya.
  • ESP membantu penghasilan susu
  • ESP memberi tenaga, badan stamina sihat dan kurang letih
  • ESP menghasilkan susu lebih pekat, kesannya bayi cepat kenyang dan kurang meragam
  • ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  • ESP membuatkan rasa cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • ESP berupaya menhilangkan parut jerawat.
Anda bolek klik TESTIMONI ESP SHAKLEE IBU MENYUSU, untuk tahu lebih lanjut mengenai pengalaman-pengalamn ibu-ibu menyusu yang telah mengamalkan ESP Shaklee dari hamil, berpantang dan sehingga menyusukan bayi mereka.

Jika anda berminat untuk mengentahui lebih lanjut mengenai produk ini atau ada pertanyaan mengenai produk ini, boleh hubungi saya Mamaleen melalui sms/whatsapp/telegram di 019 2691158.

Atau jika anda mempunyai kad kredit @ kad debit, anda boleh terus membuat pembelian ke website Shaklee dengan klik link dibawah ini. Dan setelah pembelian dibuat, anda boleh mendapatkan konsultasi percuma dari saya. (^_^)
ESP Shaklee
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

Continue Reading

Saturday 10 January 2015

{Testimoni} Vivix : Bacaan Gula Dalam Darah Menurun Untuk Pesakit Diabetis

Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?

Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:

Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)   

Vivix adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan membaiki sel yang rosak.  Jadi, pengambilannya secara berterusan dapat memberi manfaat dalam mengurangkan Metabolic Syndrome yang mengarah kepada penyakit kardiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.

Mengawal kepekatan gula dalam darah

Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat. Dengan Vivix, polifenol yang terkandung dalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.

Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera

Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.

Mencegah pembentukan protein AGE

Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.

TESTIMONI PENGHIDAP DIABETIS
 





Jika anda berminat untuk mengentahui lebih lanjut mengenai produk ini atau ada pertanyaan mengenai produk ini, boleh hubungi saya Mamaleen melalui sms/whatsapp/telegram di 019 2691158.

Atau jika anda mempunyai kad kredit @ kad debit, anda boleh terus membuat pembelian terus ke website Shaklee dengan klik link dibawah ini. Dan setelah pembelian dibuat, anda boleh terus mendapatkan konsultasi percuma dari saya. (^_^)


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Friday 9 January 2015

{Info Sihat} Kesan Kekurangan Air Terhadap Tubuh Badan Kita.

Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal adalah sangat besar. 


 

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah. 
Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.

Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai filter atau alat untuk menyaring racun dari darah. Ginjal memiliki saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menyaring darah yang kental maka ginjal harus bekerja lebih ekstra keras. 

 

Kemungkinan besar ginjal akan rosak dan juga berkemungkinan besar kelak akan mengalami “cuci darah” atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis. 
Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah. 

Sehingga fungsi sel-sel otak tidak mampu berjalan dengan optimal dan bahkan sel-sel otak akan cepat mati. Kondisi tersebut akan semakin memicu timbulnya masalah strok. Kerana itu jangan sampai kekurangan air!!!  

Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan : 


1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek). 


2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.


3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 


4. Tekanan darah menurun. 


5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk. 

6. Lesu pada waktu siang. 



7. Sakit belakang. 


8. Dehidrasi. 


9. Sakit kepala. 


10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.


11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. 


12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 


13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 


14. Meningkatkan keinginan untuk makan. 


15. Darah menjadi lebih pekat .


16. Mudah keliru. 


17. Degupan jantung semakin meningkat. 


18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.


19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.


20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.


21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 


22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 


23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain. 

24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
 

kredit link: seribupilihan
Continue Reading