Wednesday 31 December 2014

{My Story} Berakhir Sudah 2014, Selamat Datang 2015

Hari nie 31 Disember 2014 dah, sekejap masa berlalu tanpa disedari.
Impian 2014? Ada yang tercapai ada yang perlu diusahakan lagi sehingga berjaya. (^_^)






Segala kenangan pahit manis 2014, kita simpan sebagai kenangan. Teruskan kehidupan dengan azam baru 2015, listkan apa yang ingin kita capai. Insyallah...Doa + Usaha + Tawakal.


Antara perkara yang manis, ialah kehadiran orang baru dalam hidup saya dan suami. Kelahiran anak ke 3 baby boy yang diberi nama Muhammad Ammar Lutfi, yang sekarang dah berusia 4bulan. Sekejap rasanya masa berlalu. Alhamdulillah...proses kelahiran Ammar dipermudahkan, berpantang juga dipermudahkan, takde masalah yang membimbangkan. Syukur Ya Allah....semuanya Allah permudahkan. (^_^)

Tapi penghujung tahun nie, banyak berita yang menyedihkan serta menginsafkan kita, sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala-galanya. Takziah kepada mangsa-mangsa penerbangan MH370 & MH17 dan yang terbaru QZ8501. Juga untuk mangsa-mangsa banjir di pantai timur, dugaan di akhir tahun banyak memberikan kesedaran dan keinsafan kepada diri kita. Banyak petunjuk yang ingin Allah berikan kita sebagai hambanya...


Continue Reading

Saturday 27 December 2014

#PrayForPantaiTimur

SubhanAllah...Allahhuakbar!....besar sungguh ujian Allah kepada saudara-saudara kita di pantai timur sana. Dari awal lagi saya sentiasa mengikuti perkembangan berita mengenai keadaan di sana, walaupun saya tiada keluarga dari sana, tapi saya tahu masih ramai kawan-kawan dan juga saudara-saudara yang risau keadaan keluarga mereka di sana. 

Mereka yang terputus hubungan, tinggal sehelai sepinggang, kesejukan, tiada bekalan makanan, bekalan elektrik terputus dan sebagainya, Ya Allah.....sebak rasa saya di saat ini. Saya terbayangkan anak-anak kecil, bayi-bayi yang masih kecil kesejukan. Ya Allah...ringankan beban mereka, permudahkanlah urusan mereka.... :'( 



Sama-sama kita bantu untuk sumbangan, doa dan yang boleh memberikan khidmat sebagai sukarelawan. Insyallah...semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Teruskan usaha kita untuk membantu mereka....

Jika anda ingin sampaikan sumbangan, boleh hubungi ,mereka-mereka seperti di bawah ini atau salurkan terus kepada no akaun yang telah disertakan.




Semoga segala sumbangan serta doa kita dari sini memudahkan segala urusan mereka di sana. Insyallah.... 
Boleh dapatkan info mengenai keadaan banjir di kawasan anda melalui talian Pusat Kawalan Operasi Daerah.





Continue Reading

Tuesday 23 December 2014

{My Story} Apa Yang Best Kat Muo (Muar)?

Balik kampung lama macam-macam program nak buat. (^_^) Petang pula rasa nak makan rojak petis & ABC kat Tanjung, Muar. Lama sungguh tak makan kat area Tanjung tu. Hehehe.....

Mee bandung muar & nasi ayam berlada dulu ada tempatnya di gerai tepi-tepi laut yang best dan sedap makan tapi sekarang tak tahu mana tempat yang sedap.Sate, lontong, mee rebus, soto area depan bustand express Bentayan tu ada 1 gerai yang sedap. Tapi kena pergi awal-awal pagi, sebab kekadang ramai orang dan makanan cepat habis. Banyak dah berubah kat bandar nie. Tetiba teringat zaman sekolah dulu-dulu. (^_^) Banyak sangat kenangan...hehehe. 

Kalu sesiapa yang pernah ke Muar nie tentu ramai yang tahukan. Bandar Muar sekarang dah dikenali sebagai Bandar Diraja... Banyak dah yang berubah...Alhamdulillah. Bangga jadi anak jati Muar. (^_^)

Nie antara makanan yang menjadi pujaan ramai, bila anda ke Muar jangan lupa cari makanan nie yang best dan sedap. Rugi tau kalu tak merasa makanan nie semua kalu ke Muar.
Gambar pun saya pinjam google, hahhaah...sebab kat kampung kalu makan takde ingt nak selfie ke apa ker, jap lagi kena belangkong dengan mak plak. Nak makan sibuk nak bergambar bagai...hahaha. Segan ngan orang kampung, nampak ke jakunan nya. Hahahaha....





ok...dah terliur? hehehehe....yang tukang post gambar nie pun terliur gak wei... Adehhh macam tak sabar nak balik muar lagi. Heheheheh.... kalu ada yang nak tahu lokasi-lokasi yang best untuk makan makanan nie semua, jangan segan dan malu bleh tanya saya ok disini. (^_^)


Continue Reading

Monday 22 December 2014

{Tips Keselamatan} 21 Tips Keselamatan Anak-Anak Di Rumah



Hari nie saya nak sharekan 21 tips yang dikongsikan oleh pihak PDRM untuk anak-anak kita dirumah. Terutam bagi ibubapa yang bekerja yang selalunya anak-anak balik sekolah akan duduk di rumah sehingga ibubapa balik kerja. Tapi ada juga yang akan ke sekolah petang atau KAFA. 

Yang mana pun situasi anak-anak kita, keselamatan mereka sangat-sangat perlu kita utamakan.
Mari saya kongsikan untuk makluman serta perhatian semua. Moga ia sedikit sebanyak memberikan pelajaran bagi kita untuk diamalkan.


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

7.Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu masih mempunyai kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
 
Continue Reading

{My Story} Cita-Citaku Satu Masa Dahulu


Teringat kenangan masa sekolah dulukan, cikgu mesti tanya cita-cita kita bila dah besar nanti. Semua jawab nak jadi peguam, Doktor, Guru, Akauntan, macam-macam lah. Itu antara yang selalu budak-budak sekolah sebutkan. hehehehe.... 

Kalu cerita pasal cita-cita nie, masa zaman saya sekolah dulu darjah satu pada tahun 1989. Kenangan sekolah pun kecik jer, tak de tingkap tapi dok dalam jaring keliling...hahaha. Hari pertama persekolahan mak ayah hantar anak ada yang siap tunggu anak lagi sampai habis skolah. Aku? takde maknanya...pergi sekolah ayah hantar lepas tu berdikari sendiri. Masa kecik-kecik tu memang rasa macam sedih jer kan, mak ayah orang lain siap tunggu lagi. hehehhe....bila da besar fikir-fikir balik ada kebaikannya ayah ajar saya berdikari. Ayah memang garang....bekas pegawai waran II Tentera Darat Diraja Malaysia, juga bekas komando beret maroon. Perhhhh...ayah saya memang garang! masa kecik takut dengan ayah. Kalu sekali dia berdehem pun dah kecut perut, nak cakap pun terketar-ketar.. hahahaha. Tapi ayah garang dia pun dia tak pernah pukul anak-anak dia. Tapi kegarangan dia tu buatkan saya rasa, nie kalu kena pukul memang mati ar... hahahaha...

Ok-ok, berbalik cerita cita-cita saya dulu masa sekolah rendah, saya nak jadi Pegawai Bank. Sebab apa? sebab masa tu saya bayangkan Pegawai Bank nie kaya, hari-hari kira duit. Muahahaha.... memang ler dok kira duit orang lain jerkan. Masa tu otak kecik-kecik dah cita-cita nak kaya. Mata duitan betul saya nie. hahahaha... yelah, kami bukan dai keluarga yang berada, hidup sederhana jer. Ayah lepas pencen amik upah betulkan TV, Radio, Mesin basuh, mesin jahit, Kipas angin, macam-macam lah barangan elektrik yang ayah betulkan buat kat rumah. Upah yang ayah ambil takde lah mahal mana, bergantung pada kerosakan dan harga barang gantian yang dia beli.Mak pulak jual kuih. Pepagi dah bangun masak kuih untuk hantar ke kedai, kira tumpang jual kat kedai orang lah. Kekadang ada gak tempahan dai orang-orang kampung. 

Ok, sambung lagi,(^_^) masa sekolah menengah plak, bercita-cita nak jadi Pramugari. Huahuahuahua....sebab memang saya nie teringin sangat nak naik kapal terbang danberjalan-jalan melancong, kalu petang-petang dok kat depan umah dengar jer bunyi macam kapal terbang lalu beria-ia tengok kelangit. Dalam hati cakap, dapat ke tak ek aku naik kapal terbang nanti bila dah besar, dapat naik sekali pun jadilah. Alhamdulillah...'Everyone Can Fly Now!' (^_^) Masa nie baru masuk Form 1. 

Lepas Form 3 masuk ke sekolah Vokasional, cita-cita dah berubah. Disebabkan saya amik kos katering makanan, cita-citaku berubah untuk menjadi Chef. Hahahaha...yang nie memang atas minat saya sendiri, Saya memang minat memasak, saya suka mencuba resepi-resepi masakan. Saya suka Seni Kulinari. Dan niat saya nak majukan perniagaan mak & ayah. Masa nie mak & ayah baru bukak warung kecil depan rumah. Sekarang dah 18 tahun arwah ayah & mak usahakan warung tu. Alhamdulillah....tulah sumber pendapatan mak & ayah selama nie. 


Habis sekolah menegah sehingga belajar ke kolej, saya masih lagi ambil kos yang sama. Tapi dalam Hotel Management. Alhamdulillah...walapun bukan pelajar cemerlamg, sekurang-kurangnya saya dapat membanggakan mak dan ayah. Lepas kolej, saya sangat bercita-cita nak jadi Busineswomen, dalam bidang katering. Saya taknak jadi Chef keje makan gaji. Saya nak usahakan perniagaan saya sendiri. Tapi....cita-cita hanya tinggal cita-cita, saya dapat tawaran kerja dalam sektor awam setelah 2tahun habis belajar, sebelum tu saya tolong mak & ayah berniaga. Dari situ banyak saya belajar dan timba ilmu. Nak niaga bukan senang, kos untung rugi semua kena kira. Dan saya yang buatkan akaun untuk warung tu, segala perbelanjaan saya rekod dengan teliti, ayah suka saya buat macam tu.

Dan sekarang...cita-cita saya masih lagi ingin menjadi Busineswomen tetapi yang mempunyai Freedom life bersama family saya. Arwah ayah dah meninggal lebih kurang 3 tahun yang lalu, saya hanya ada mak saja. Dan kenapa saya nak berusaha menjadi perniaga sedangkan saya dah boleh selesa dengan pekerjaan saya sekarang? Sebab...saya tak pernah bercita-cita untuk kerja makan gaji, dan ayah & mak sendiri juga tak pernah suruh saya kerja makan gaji. Tapi saya bersyukur sebab rezeki Allah tu sangat luas dan perancangannya semuanya adalah yang terbaik buat kita.

Saya yakin juga, walaupun sekarang saya mulakan perniagaan dengan cara partime, InsyAllah....satu masa nanti ia pasti akan jadi fulltime. Target saya 5tahun untuk saya berjaya dengan perniagaan saya sekarang bersama SHAKLEE. Sebab saya yakin, saya boleh berpencen dengan Shaklee....saya nak membahagiankan mak saya selagi hayatnya masih ada, Saya nak bantu adik beradik saya, saya nak bantu lebih ramai orang diluar sana berjaya dengan saya. Saya percaya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat saya, segala perancangannya ada hikmah disebaliknya... (^_^)


Continue Reading

Friday 19 December 2014

{Produk Shaklee} Kurus Secara Sihat Dengan Produk Shaklee


Salam Semua...

Hai...masih ramai mereka-mereka diluar sana tercari-cari produk yang sesuai untuk menurunkan berat badan kan. Ada plak tu yang skip tak mau makan sebab nak diet untuk kurus, adoiiii...tu adalah diet yang salah dek non... Kena fahamkan apa maksud diet tu sendiri. Makan memang kena makan, tapi cara bagaimana nak kurangkan kalori serta makanan yang bagaimana sesuai untuk anda yang nak kuruskan badan tu. Haaaa....kena faham ok, jangan main belasah jer, konon tak makan bleh kurus. Mana ada....tak makan lagi lapar, silap-silap tiba petang dah makan dua kali ganda dari biasa. haaa...haru ler berat badan mendadak-dadak naik nanti. 

Ok, saya nak suggestkan beberapa produk Shaklee yang membantu anda dalam usaha untuk mengurangkan lemak serta mendapatkan berat badan yang ideal. Sesuai juga bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi.


Gambar seperti di atas antara produk yang biasa kita cadangkan kepada mereka-mereka yang ingin menurunkan berat atau mengurangkan berat badan secara semulajadi dan lebih selamat tanpa kesan sampingan dalam jangka masa yang panjang.

Bagi ibu-ibu menyusu juga, cadangan produk untuk mereka kurus secara sihat sambil menyusukan anak tanpa memberikan kesan mudarat kepada bayi anda tetapi memberikan lebih banyak nutrisi kepada bayi dan juga diri anda sendiri lebih bertenaga dan lebih sihat.

Jom, saya kongsikan pula beberapa testimoni mereka-mereka yang telah mengamalkan produk Shaklee ini dan kesan yang mereka rasakan.







 Jika anda berminat untuk mendapatkan cadangan vitamin-vitamin yang membantu anda untuk kurus, boleh sms/ wp/ telegram saya Mamaleen 0192691158. (^_^)
---------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

{Info Sihat} Kitaran Haid Tidak Teratur Tanda Hormon Tidak Stabil?


Hari nie saya nak sharekan mengenai masalah period yang tidak teratur, masalah nie bukan remeh temeh yea. Kekadang masalah macam nie berlaku sejak dari remaja lagi. Jika kita ambil ringan jer, masalah tidak diselesaikan mungkin akan memudaratkan anda untuk masa akan datang. Buat lah pemeriksaan dengan doktor untuk mengetahui punca-punca dengan lebih lanjut.

Kedatangan haid tiga atau empat kali setahun adalah sesuatu yang membimbangkan kaum wanita, kerana kitaran haid yang tidak teratur sering dikaitkan dengan masalah kesuburan. Bahkan, wanita yang mengalami haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan mereka menopaus sebelum waktunya.

Menurut Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Dr Adilah Ahmat, kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan, iaitu estrogen dan progesteron iaitu proses penyediaan lapisan endometrium (lapisan paling dalam uterus) untuk kehamilan. Jika kehamilan tidak berlaku, dinding ini akan runtuh dan dibuang sebagai haid. Kitaran haid berlaku pada purata 28 hari atau 26 hingga 35 hari. - Info dari blog sakit-tuan.


INFO DARI MAJALAH PA&MA, PUNCA MENGENAI HAID TIDAK TERATUR

KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

KEHAMILAN - haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! \(^_^)/

BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.


CADANGAN SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK MASALAH HAID TIDAK TERATUR.


GLA COMPLEX berfungsi menstabilkan hormon dan sangat baik diambil oleh wanita, ia menjaga dalaman dan kesannya, sangat baik. Dengan bahan asasnya minyak Bunga Borage, minyak biji bunga matahari serta Vitamin E semulajadi, GLA Complex juga mampu untuk:
  • » Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • » Membantu meningkatkan kesuburan
  • » Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • » Membantu dalam menangani menopus
  • » Menguatkan kuku dan rambut
  • » Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • » Membantu menangai ekzema
  • » Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • » Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • » Menguatkan imuniti tubuh
  • » Memperlahankan proses penuaan
  • » Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • » Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • » Mengawal kolesterol
  • » Untuk fungsi saraf
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
  
Continue Reading

Thursday 18 December 2014

{Info Sihat} Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi Anda

 Assalam semua....


Hari nie ada artikel yang sangat menarik untuk saya kongsikan bersama anda semua. Kepada ibu-ibu yang nak bersalin dan sedang fikir-fikirkan samaada nak menyusukan anak atau diberikan susu formula? Sila baca artikel ini, banyak ilmu yang dikongsikan bersama mengenai kebaikan penyususan susu ibu itu sendiri. Bukan hanya pada bayi anda tetapi pada diri anda juga. 

Bagi kita sebagai orang Islam, menyusukan bayi itu sebagai satu amanah yang Allah berikan kepada seorang yang bergelar ibu. Maka hendaklah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang ibu. Penyusuan penuh tanpa memberikan sebarang makanan tambahan atau susu formula lain selain dari susu ibu selama 6bulan dan diteruskan sehingga ke usia 2 tahun.


Elak beri susu formula
Harian Metro: Hati / 8 hours ago



Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan anak, semuanya satu pengalaman baru buat mereka, daripada memandikan anak, menidurkannya hinggalah memberi susu badan kepada si kecil.

Kebanyakan ibu baru masih terkontang-kanting dalam menguruskan bayi dek tiada pengalaman, ­ditambah pula tanggung­jawab menjaga kesihatan diri sendiri sepanjang berpantang.

Antara tanggungjawab paling berat dan kadangkala mampu mencabar kesabaran seorang ibu baru adalah memberikan susu badan kepada anak mereka.

Pemberian susu badan memerlukan komitmen ting­gi dan tidak boleh diambil mudah. Ini berikutan kadar susu badan boleh me­nyusut mendadak jika waktu menyusu atau mengepam susu tidak dilakukan secara konsisten.

Ada ibu menganggap mereka sememangnya tidak ada susu atau tidak banyak susu yang boleh diberikan kepada bayi, ada pula yang sudah menyerah kalah sebelum berusaha dan ini tentunya merugikan bayi mereka kerana susu badan adalah hak anak, bukannya ibu.
Oleh kerana rasa tertekan, sibuk dengan kerja atau mungkin tidak mahu memberatkan kepala, segelintir ibu mengambil keputusan mudah dengan memberikan susu formula kepada bayi mereka.

Susu badan mempunyai nutrien mengikut keperluan tepat berdasarkan usia bayi dan ia memiliki antibodi yang tidak ada di dalam susu formula. Pemberian susu badan bukan saja mencukup­kan semua zat yang ­diperlukan bayi untuk membesar, malah ia juga meningkatkan sistem pertahanan bayi.

Kolostrum yang keluar ketika pertama kali bayi disusukan secara terus membantu melindungi bayi sehingga sistem pertahanannya boleh berfungsi dengan sempurna.
Kolostrum juga mewujudkan kesan lawas yang lembut, membantu membuang mekonium (najis awal bayi) dan mengelak peningkatan jumlah bilirubin iaitu faktor penyumbang utama kepada masalah demam kuning dalam kalangan bayi baru lahir.

Banyak kebaikan apabila anak minum susu badan secara terus daripada ibunya. Antaranya, dia berada dalam dakapan dan sangat hampir dengan tubuh ibu, secara tidak langsung membuat­kannya rasa tenang dan ­selamat, selain merapatkan hubungan anak dan ibu.


Rangsangan daripada bayi yang minum susu badan secara terus juga akan membantu memperbanyakkan susu badan. Pemberian susu badan secara terus adalah cara paling bersih memberikan susu pada anak selain susu berada pada suhu yang tepat.
Namun, pengenalan susu formula atau badan menerusi botol boleh menimbulkan masalah ‘keliru puting’ dalam kalangan bayi, begitu juga memberikan anak puting untuk memujuknya supaya berhenti menangis.

Apabila anak ‘keliru puting’, bayi secara langsung enggan meminum susu ibunya secara terus, sebaliknya ia terpaksa dipam terlebih dulu untuk dimasukkan ke dalam botol biarpun ketika ibu ada di sisi anak.

Menurut pakar perunding pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil, apabila bayi didedahkan dengan botol pada awal usia, dia secara tidak langsung akan mengalami keadaan keliru antara puting payudara ibu dengan puting lain, hingga agak sukar baginya untuk minum susu badan secara terus.

Puting yang diberi pada anak ketika ia meragam untuk menghentikannya menangis juga boleh menimbulkan kekeliruan pada bayi dan sebaik-baiknya ibu jangan memperkenalkan botol atau beri puting pada bayi yang masih kecil.

“Paling baik, beri terus minum susu badan dari mula dan langsung tidak memperkenalkan botol atau puting. Namun bagi ibu bekerja, pam susu dan penjaga perlu berikan susu badan menggunakan botol.

“Jika ibu bermasalah hendak beri susu badan ­secara terus, ibu boleh berikan susu menggunakan cawan kecil, bukannya ­botol. Namun untuk mengelak anak tersedak sekiranya tidak tahu cara betul atau memudahkan penjaga, pemberian susu dalam botol pilihan lebih wajar,” kata­nya.

Dr Yong Junina berkata, antara faktor yang menyebabkan bayi menolak minum susu badan secara terus kerana pengaliran susu badan lebih perlahan berbanding susu yang diminum daripada botol.

Jumlah susu badan yang dipam juga boleh terjejas sekiranya tidak mendapat rangsangan terus daripada bayi atau tidak dipam me­ngikut masa ditetapkan iaitu setiap tiga jam.
Menurutnya, antara cara memperbanyakkan susu badan bagi ibu yang mengepam susu adalah dengan melihat gambar bayi mereka untuk merangsang pengaliran susu lebih banyak.

Malah bagi bayi yang eng­gan minum susu secara terus daripada ibu selepas diperkenalkan dengan botol, Dr Yong Junina berkata, ­masih belum terlambat malah keadaan itu boleh diubah.

“Caranya memujuk bayi dengan menggalakkannya minum susu ibu secara terus setiap dua jam sambil me­ngusap pipinya. Ibu jangan sesekali mengalah dan perlu berfikiran positif. Jika lapar, bayi akan minum juga tetapi ibu kena banyak bersabar,” katanya.

Bayi di bawah usia enam bulan perlu diberi susu ibu secara eksklusif bagi mendapat manfaat terbaik daripada kandungan nutrien dan antibodi yang ada di dalam susu ibu.


Kebaikan susu ibu
  • Melindungi bayi daripada penyakit antaranya virus perut, pernafasan, jangkitan telinga dan meningitis.
  • Mengelak masalah alahan.
  • Bayi lebih bijak kerana perkembangan kognitif yang lebih baik.
  • Mengeratkan hubungan bayi dan ibu.
  • Berat badan bayi terkawal.
  • Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS).
  • Mampu mengurangkan tekanan diri si ibu dan mengelak daripada mengalami kemurungan selepas bersalin.
  • Membantu ibu mengurangkan berat badan.
  • Membantu melindu­ngi ibu daripada kanser ovari dan payudara.
  • Mengurangkan risiko bayi menghidap diabetes, asma dan obesiti.
  • Sumber zat lengkap sesuai untuk pertumbuhan bayi yang sihat.
  • Kandungan susu ibu Protein. Sejumlah 60 peratus daripada kandungan protein susu ibu adalah protein whey manakala 40 ­peratus lagi protein casein. Ini menyeimbangkan ­penyerapan protein dan mempercepatkan penghadaman.
  • Laktoferin. Mengelak pertumbuhan bakteria ­dalam saluran usus yang bergantung kepada zat besi. Ibu yang makan ikan membantu memperbanyakkan protein jenis ini dalam susu mereka.
  • Secretory IgA. Ia melindungi bayi daripada virus dan bakteria termasuk E coli dan alahan lain.
  • Enzim Lysozyme yang melindungi bayi daripada E coli dan Salmonella selain menyokong kesihatan usus serta bersifat antiradang.
  • Bifidus menyokong bakteria jenis lactobacillus yang bermanfaat melindu­ngi bayi daripada bakteria berbahaya dengan ­membentuk persekitaran berasid.
  • Lemak. Kandungan ­lemak dalam susu ibu ­memastikan perkembangan otak yang sihat, membantu serapan vitamin larut lemak dan sumber kalori untuk bayi. Lemak penting untuk pertumbuhan otak, retina dan sistem saraf yang sihat.
  • Vitamin Nutrien daripada pemakanan ibu secara sihat disalurkan ke dalam susu badan seterusnya kepada bayi.
  • Karbohidrat. Laktosa adalah karbohidrat ­utama dalam susu ibu yang berfungsi mengurangkan jumlah bakteria tidak sihat dalam perut bayi dan menggalakkan serapan kalsium, fosforus dan magnesium.
  • Leukocytes iaitu sel hidup yang hanya boleh didapati daripada susu ibu. Ia berperanan melawan serangan jangkitan. Ia adalah antibodi, sel hidup, enzim dan hormon yang menjadikan susu ibu sangat istimewa.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

{Info Sihat} 7 cara mengelakkan Gout

Ok, hari nie saya nak share dengan anda semua, bagaimana cara untuk mengelakkan Gout. Selain dari mengambil makanan yang berasid Urik tinggi, kita juga perlu mengamalkan
Bagi mengurangkan kesan serangan gout dan menikmati kehidupan lebih baik, berikut disertakan tujuh panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah gout.


1) Kekalkan hidrasi

Mengekalkan hidrasi dalam tubuh amat penting bagi semua orang dan bukan hanya tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit gout. Badan manusia kebanyakannya terdiri daripada air dan air yang diperlukan bertanggungjawab mengepam toksin dalam badan dan membawa nutrien kepada sel tubuh.

Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.

2) Elak minuman keras

Alkohol akan menyumbang kepada masalah dehidrasi dalam badan. Apabila protein daripada yis di dalam bir dipecahkan ia akan tercipta asid urik. Serangan gout akan semakin serius jika berlaku dehidrasi. Banyak alkohol diperbuat daripada yis.

3) Elak beli ubat gout di kaunter

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan.

Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan boleh menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan. Cuma air yang sama bagaimanapun diperlukan untuk melupuskan asid urik yang berlebihan.

Jika doktor menasihatkan supaya pesakit mengambil aspirin dalam dos rendah setiap hari atau diuretik untuk masalah jantung, orang itu perlu terus mengambil ubat berkenaan kecuali mereka dinasihatkan untuk berhenti. Pesakit gout dinasihatkan menghapuskan penyebab gout untuk mengurangkan serangan.

4) Makan secara sihat 

Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purine kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat. 

Cara terbaik mengurangkan pengambilan daging merah, mengelakkan alkohol dan memakan banyak tenusu rendah lemak, buah-buahan dan sayu-sayuran. Apabila seseorang itu diserang gout, doktor akan memberikan diet gout lengkap untuk membantu mengelakkan ia semakin meningkat.



5) Mengekalkan berat badan 

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. 

Mengekalkan berat badan yang sihat tidaklah sukar seperti yang difikirkan. Jika seseorang itu mengikuti semua panduan dan nasihat dalam senarai pemakanan sihat dengan betul, maka berat badan akan datang secara semula jadi. Cukup sekadar mengamalkan senaman sederhana, iaitu sesuatu yang juga baik untuk semua orang. 

6) Rehat 

Tidur cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi penyakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.

Pengamal kesihatan juga bersetuju walaupun kita tidak menguap atau mengantuk tetapi jika perlu tidur, mereka patut lakukannya bagi merehatkan dan meredakan tekanan lebih cepat. 

7) Halia 

Halia digunakan beribu-ribu tahun yang lalu untuk masalah sendi dan gangguan gastrousus. 
Penyelidikan menunjukkan ia berkesan mengurangkan kesakitan dan keradangan apabila digunakan dari masa ke masa kerana ada banyak ubat-ubatan disediakan di kaunter perubatan. 

Ubat-ubatan berasaskan halia boleh didapati dalam bentuk akar asli, serbuk mahupun dalam bentuk kapsul.

Sumber: berita harian
Continue Reading

Wednesday 17 December 2014

{Testimoni} Lebih Ramai Ibu-Ibu Yang Berjaya Dengan Set Penyusuan

Bercerita pasal penyusuan susu ibu nie, banyak pengalaman yang saya belajar. Dari perkongsian ilmu kekawan, masa kerja, Mr.Google, buku dan banyak lagi. Masa anak yang ke dua baru saya tekad nak menyusukannya sepenuhnya sekurang-kurang sehingga 6bulan. Alhamdulillah...walaupun tak sampai 2tahun, saya hanya menyusukannya sepenuhnya sehingga 1tahun 2bulan saja. Banyak kebaikan yang saya rasai, mungkin bagi ibu-ibu diluar sana pun mengalami perkara yang sama.

Ok, saya nak sharekan pengalaman saya sendiri dan juga rakan-rakan yang lain yang telah berjaya menyusukan anak-anak mereka dengan jayanya. Tentunya mereka mengamalkan vitamin-vitamin Shaklee sebagai membantu mereka lebih sihat dan dapat menyusukan anak-anak mereka dengan baik. Kekerapan melakukan perahan juga sangat-sangat membantu pengeluaran susu yang lebih banyak, kami juga memberikan sokongan serta nasihat yang dapat membantu para ibu ini melakukan penyusuan dengan lebih baik dan berjaya. Jom saya kongsikan pengalaman mereka.

Testimoni saya sendiri menyusukan anak yang ke 3
Alhamdulillah....syukur kerana kali nie saya hamil anak ke 3 mengamalkan produk Shaklee sepenuhnya sehingga berpantang dan menyusukan bayi. Tentunya saya amalkan vitamin asas seperti B com, Vit C, Vitalea, Ostematrik, Omega, ESP, Alfalfa dan tambahan Vivix. Badan terasa lebih sihat berbanding bersalin anak pertama & kedua. Proses kelahiran pun berjalan lancar dan dipermudahkan. Hari ke 3 selepas bersalin saya dah mengalami bengkak susu, disebabkan pengeluaran susu yang banyak terpaksa saya perah dan simpan sebagai stok susu untuk anak saya. Mula-mula perahan minggu pertama hanya dapat 2oz - 3oz, tapi bila masuk minggu ke 2 susu perahan meningkat sehingga 4oz - 5oz sekali perahan. Alhamdulillah...rezeki untuk anak saya. Saya akan menyusukan anak saya secara exclusive selama 6bulan dan meneruskan sehingga usia 2 tahun. Insyallah....moga di permudahkan. Tentunya Shaklee menjadi pilihan saya. (^_^)


Pn. Reen yang berjaya menyusukan baby kembarnya
Assalamualaikum..Alhamdulillah sudah 8bulan 11 hari Fully BF bersama set mnyusu Shaklee..Berbeza ktika anak 1st dlu..ank 1st dalam pantang sudah campur susu FM disebabkn susu kurang..Alhamdulillah Allah temukn sy dgn set Menyusu Shaklee yg mmg membantu dlm proses pnyusuan baby kembar sy ni..Khaleefah & Khaleelah membesar dgn baik sjk dlm kandungan sehingga sekarang masih meyusu penuh susu ibu..sgt mencabar untuk menyusukan baby tp Alhamdulillah Allah izin susukn anak2 kembar ini...maaf xda stok susu sb direct BF..

Pn.Husna juga berjaya menyusukan babynya
 Alhamdulillah...berkat consume shaklee dari pregnant lagi..masa pregnant saya ambil ESP utk support protein dlm bdn..Amni Nur Irdina dilahirkan secra czer..baby overdue ni..mungkin seronk duduk dlm perut aminya..hee..Alhamdulillah lpas sedar dri operation bersihkn diri semua sy dh mampu mnyusukan Irdina..siap dpt balik awal sbb doktor kagum tgk sihat mcm bkn czer..saya consume set pantang shaklee VITALEA,B-COMPLEX,VITA-C & ZINC...susu mencurah2..xsempat baby ulang menyusu dah penuh semula..dlm pantang lagi saya dh start wat tanderm nursing utk persediaan masuk keja..alhamdulillah setahun lebih jugak bekalan sentiasa ada utk Irdina..saya xbuat stok beku..setiap hari Irdina minum susu fresh saja..sekarang ni dah 1tahun 9bulan hny d umah pengasuh mnum susu fm(ats kekangan d tempat kerja)..tp balik umah pantang nmpak muka ami..nak menyusu ja dia..susu sentiasa ada sampai sekarang..mlm2 nk tdo pn kena susukan dgn susu ibu baru lena..memang berbaloi consume shaklee..sgt jatuh chenta!! Memang shakleeffect lah!!

Pn. Hanny berjaya menyusukan 3orang babynya dan rasa lebih bertenaga dengan Shaklee
Ni baby ke-5 saya..baru 3 bulan usianya. Alhamdulillah semua anak-anak saya menyusu badan. Hanya bermula anak ke-3 berusia 8 bulan baru saya berkenalan dengan Shaklee. Apa bezanya menyusu tanpa & dengan Shaklee? Bezanya, rasa lebih bertenaga walau aktiviti sentiasa penuh dengan bayi, anak-anak kecil yang lain, berkerja & mengurus rumahtangga. Kalau dulu sering terlelap semasa menyusu..kita tidak lagi! Bukan senang punya ramai anak yang memerlukan layanan ibu, dengan bayi yang menggemari susu ibu. Alhamdulillah, Allah permudah melalui ikhtiar ini. Susu meriah, tenaga bertambah.

Pn. Anne tetap KONSISTEN untuk menyusukan babynya
Mengamalkan Set Penyusuan Shaklee Premium : B Complex, Vita C Plus, ESP, Alfalfa, Ostematrix & Vitalea. Saya seorang ibu bekerjaya dan fully breastfeed sehingga 2 tahun . 1 kunci:Konsisten!!!
Pn Tinie jatuh cinta dengan set menyusu shaklee
Alhamdulillah...saya jatuh cinta dengan set menyusu shaklee selepas azim berusia 3 bulan...dahulunya saya memang terkais2 untuk buat stok susu semasa bekerja...lambat kenal shaklee
Alhamdulillah shaklee serasi dengan saya...saya berjaya buat stok EBM 40 -60 oz sehari...rezeki azim mencurah2...
Azim berjaya disusukan susu ibu sehingga berusia 2 tahun 2 bulan...suplemen wajib saya Esp,Alfalfa,Ostematrix,vit C dan Vit B..
Inilah shaklee Effect pada saya dan Azim.

Pn. Ulfa berjaya menyusukan babynya walau hanya dengan set buget sahaja
 HANYA SET BAJET MENYUSU..Alhamdulillah, hanya sekali pump mesti 6-7oz untuk sebelah breast saja, daripda lahir 2.8kg, kini usia 5bulan naik 8kg..Jatuh cinta dengan set bajet ni, susu comfrim memancut-mancut.. anak cepat kenyang, bulan puasa pun anak dapat susu secukupnya, ALhmdllah...BONUS!!!, suami puji melambung-lambung kata macam anak dara lepas makan Alfalfa ni,hihihihi

Alhamdulillah...niat menyusukan anak sepenuhnya berjaya dengan percubaan kali pertama guna shaklee..masa tu beli set utk pantang+ menyusu. hari ke 5 berpantang dah mula pam..terharu dapat pam 3 ounce..dari hari ke hari konsisten pam n doa..akhirnya berjaya buat stok susu sebelum masuk kerja.. breast smp basah lencun kalau x pam..happy sangat2.. syukur sampai sekarang masih fully breastfeeding my son yang berusia 1 tahun 5 bln. Yg paling best, perut flat ja..hihi..baby pula jarang sangat sakit sebab dapat khasiat susu ibu.
  
Pn.Fauziah berjaya menyusukan anaknya secara eksklusif selama 6bulan
 Alhamdulillah. .sy seorang ibu bekerjaya profesional yang bekerja 8-5 setiap hari..berkat kesungguhan..mind set dan bantuan set penyusuan shaklee sy berjaya menyusukan Fakhirah Aqilah selama 6 bulan secara eksklusif dan masih bf sehingga sekarang disamping makanan pepejal tambahan lain. Rasa kecewa bila anak pertama hanya bf smp umur 3 bulan shj secara eksklusif kali ni sy bersyukur sy berjaya. Malah sy dah menjimatkan kos beli susu formula lebih kurang rm250 sebulan apabila si comel fakhirah hanya mahu susu ibu..anak gembira, ibu tersenyum dan bapa pastinya lega dengan perbelanjaan yg dpt dijimatkan..

Penyusuan bersama Shaklee memang terbaik!
 Stok susu anak ke 4 iaitu ketika Aariz berusia 7 bulan. Alhamdulillah sepanjang tempoh penyusuan bertemankan suplemen Shaklee. Hasilnya susu sangat meriah, anak cepat kenyang dan sihat, ibu menten gojes, slim & bertenaga. Berbanding semasa penyusuan anak ke 3. Penyusuan bersama Shaklee memang terbaik!

 
woww...comeinya baby Pn. Jaei
Alhamdulillah...baby Ammar sudah 2bln..fully bf..berat masa lahir baru nie 2.85kg..skrg 5.4kg..baru start buat stok beberapa hari lepas..xde la penuh peti ais tp nk share jgk..sbb shaklee mmg terbaik!!!
Semasa mengandung tak pernah mkn ubat klinik, saya ambil set kehamilan esp, vita c, ostematrix, vitalea, B complex..Alhamdulillah sepanjang pregnen hb sekata je 11.8...xpernah low...drh tinggi, kejang2, sembab dlln pun xde..
Lahir haritu baby ada demam kuning dlm 10.++ xingt dh (sy n baby drh O)...sy consume vita c 4biji sehari, Alhamdulillah kuning dia sembuh dlm masa 3-4hari je...



ok, untuk ini dulu yang dapat saya kongsikan bersama anda semua. jiak anda berminat atau sedang mencarai supplement untuk membantu penyusuan anda, boleh hubungi saya melalui sms/wp/telegram MamaLeen 019 2691158.  

          

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com



















Continue Reading