Friday 28 November 2014

{Tips Kesihatan} Makanan Ibu Hamil Yang Perlu Dielakkan

Apakah Makanan Yang Perlu Saya Elakkan Semasa Hamil.

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. Baca lebih lanjut mengenai makan di gerai semasa hamil.

  • Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.

  • Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.

  • Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya.

  • Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

  • Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.

  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

  • Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol  semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.

  • Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.
Perlukah saya ambil sebarang vitamin tambahan?


Dalam sebuah dunia yang ideal yang bebas dari mabuk hamil atau alah kepada sesetengah makanan, diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi hakikatnya, vitamin dan mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda.

Anda disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Tahap zat besi dalam badan anda akan diperiksa semasa hamil dan doktor anda akan menasihatkan mengenai apa yang anda perlukan. Kalsium juga penting dan anda kini memerlukan sebanyak dua kali ganda jumlahnya sehari berbanding sebelum ini.

Tanyalah doktor anda mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E.

Jangan ambil sebarang vitamin tambahan yang mengandungi retinol iaitu vitamin A daripada unsur haiwan. Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, vitamin A daripada unsur tumbuh-tumbuhan (karotin) adalah selamat. Selain itu, jangan ambil vitamin dan mineral megados (megavitamin) kerana ini boleh membahayakan bayi.

Bincanglah dengan doktor anda mengenai suplemen khas untuk anda sekiranya anda:
  • seorang vegetarian tegar;
  • menghidap kencing manis atau diabetes gestasi;
  • mengalami praeklampsia;
  • menghidap anaemia;
  • pernah melahirkan bayi dengan berat badan kelahiran yang rendah.
 kredit: babycentre

Jika anda ingin dapatkan khidmat nasihat mengenai vitamin Shaklee, boleh hubungi saya melalui seperti no yang disertakan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

{My Vacation} Bukit Merah Lake Town Resort

Alahai....dah sebulan baru teringat nak post kat blog. Hahahaha....adehhh.
Hokey, takpe saya nak post gak cite pasal gie bercuti ke Bukit Merah nie. Cadangan suruh hubby saya book hotel di Tambun Resort. Tapi dia nak juga gie Bukit Merah. Kata orang Bukit Merah Laketown Resort nie tak best dah macam dulu. Ermmm...so nak sedapkan hati dan taknak ler durhaka pada hubby. (^_^) pergilah juga....
Kami pergi untuk percutian 3hari 2malam. Sesampainya di sana...tempat macam terbiar jer, seram plak saya tengok. Dah ler sunyi jer...hehehe.

Tiba sana dah petang dalam pukul 4 lebih. Hubby saya amik kunci untuk check in, masuk-masuk bilik......jeng....jeng....alahai, macam bilik hotel buget jer. Rasa hotel buget pun cantil biliknya. Nampak kotor, lantainya simen jer takde karpet-karpet bagai. Masuk bilik air, ya Allah....lagi geli nak masuk. Dinding kotor macam berlumut. Kecewanya saya...hubby kata ingat bilik cantik, dah lah mahal plak tu. Semalam RM200++, memang spoil mood nak bercuti. Rasa nak ajak hubby balik jer, baik lepak Tambun lagi bagus. Kami pergi weekday, hari isnin dah sampai petang lak tu. Hari selasa water park tutup, ermmm....tak dapat anak-anak nak main air dalam tu. Nasib lah ada pool sebelah hotel, kebetulan sebelah bilik kiteorang. So apa lagi anak-anak lepas gian kat situ jer lah. Memang hubby kata dia menyesal book kat situ. Hahaha....ada hikmahnya tu.

Kawasannya memang cantik dan selesa jika dijaga dengan baik. Tak tahu nak cakap macam mana, hakmilik MK Holding plak tu. Terkejut saya tengok, seolah-olah macam nak bankrap jer resort tu. Sayang sangat....

Ok-ok....stop ler cite sedih tu, layan lah pic yang tak seberapa. Tak banyak amik gambar, sebab sibuk dukung baby. Kalu ada kekawan yang berhajat nak ke sini, saya tak berapa suggestkan. Takut nanti macam biat spoil mood korang nak bercuti. Baik cari tempat yang lebih memuaskan hati. Macam saya gie Bukit Gambang City Resort tu, yang tu ok dan sangat-sangat best walaupun tersorok jauh macam tu. Banyak aktiviti boleh buat jadi anak-anak pun seronok.

Tapi yang bestnya kiteorang dapat juga gie makan mee udang kat Kuala Sepetang. Jejalan ikut jalan kampung, rasa seronok dan tenang plak. Kitaorang guna waze ajer cari tempatnya Hehehehe sebab tak pernah gie pun, gunalah kemudahan telefon pintar yang ada. (^_^) Singgah di pekan Kuala Sepetang, pekan kecil yang lehidupan mereka semuanya nelayan. Majoriti orang cina yang duduk kat pekan tu. Mee udang nie ada dua tempat, tapi disebabkan satu tu dah tutup saya gie lah makan mee udang mak jah. Sedap sangat....udang dia fresh, kulit udang tu pun lembut lagi boleh kunyah-kunyah makan. Hehehe...

Harga pun sangat berpatutan, macam-macam menu ada berasakan udang dan sotong. Harga pun murah jer. Jus buah pun fresh. Kira puas hatilah nak gie makan kat sini. ok, sampai sini jer lah yang saya nak share. hehehe...story pun dah sebulan baru nak post kan. Baru teringat plak nak wat cam ner. (^_^) Jom layan gambar, tu jer yang ada hokey.






Continue Reading

Monday 24 November 2014

{My Vacation} Lexis Port Dickson Best!

Cuti sekolah dah pun bermulakan... sekejap dah hujung tahun. Alahai....cepat betul masa berlalu. Hehehe...

Hari ahad lepas ajak hubby lepak Lexis Port Dickson. Sebenarnya nak sangat dok bilik yang ada private pool tu. Sekali hubby hakak salah book bilik plak dah.... Rupanya Lexis dengan Grand Lexis berbeza. Huhuhuhu.... Hotel nie letaknya betul-betul sebelah Glory Beach Resort.

Lexis ada water chalet & premium tower, kira macam hotel biasa lah. Water chalet kat atas laut tu. Tapi yang bestnya bilik dia besar. Muat untuk 4orang dewasa. Memang selesa. Tapi hati saya kuciwa tak dapat dok yang ada private pool. Yang ada private pool tu di Grand Lexis sebelah Lexis tu jer...huhuhu. Hubby kata nanti len kali kita pergi lagi yea. Hihihihi.... ada can nak gie lagi. Best...best!

Service hotel nie pun 5 star. Makanan pun ok, bilik pun sangat ok. Tak de apa yang mengecewakan. Anak-anak seronok sampai tak nak balik plak.
'Mama...kenapa kita nak balik, cqah suka umah otel nie. Best sangat'...
Haaa...tu ayat anak saya. Dah seronok plak, belum lagi masuk bilik yang ada private pool tu, confirm tak nak balik langsung gaknya..hehehe.

Apa-apa pun memang antara hotel paling best di Port Dickson setakat nie. Harga pun memang mahal sikit tapi puas hati lah. Sangat disyorkan untuk percutian berfamily.

Kawasan sekeliling tu banyak kedai makam gak. Lagi satu area kawasan kampung gelam ada satu tempat Restoran Ikan Bakar Terapung. Puas hati lah gak makanan dia. Harga pun berpatutan, tak de ler mahal bebenor. (^_^) Masa saya gie dengan hubby n anak-anak hujan plak tu. Memang perut tengah kebulur, hehehe. Layan kan makanan yang panas-panas tu tak sedar dah berapa bungkus makan nasi lemak. Huahuahua.... habis musnah diet hakak ok.

Gambar tak banyak plak saya ambil. Gambar anak-anak jer yang ada. Hehehe... layan lah sikit gambar yang tak seberapa nie. Sebab fikir nanti nak datang lagi so tak de bersakan sangat nak amik gambar. Hihihi....

Continue Reading

{My Vacation} Bukit Gambang Resort City Part 2

Assalammualaikum semua....

Alahai, part 2 kisah Bukit Gambang Resort nie lambat plak post yea. Disebabkan urusan mengumpul gambar banyak halangan. hehehehe.... yelah, gambar dalam handphone anak-anak buah ramai sangat. 

oklah, nak cite apa yea, lupa dah.khikhikhi.... 

hokey...pasal Bukit Gambang Resort nie memang best dan sesuai lah untuk percutian keluarga. Bilik-bilik yang disediakan pun stail aparment atau studio room. Memang puas hati gak lah. Ada 2 tempat penginapan di sini. Satu namanya Arabian Bay Resort & Carabbian Bay Resort. Arabian nie mahal sikit lah biliknya berbanding Carabbian. Ikut kemampuan sendiri. (^_^)

Hari jumaat kitaorang sampai dah lewat petang, dalam pukul 5.00 petang macam tu. Semua keletihan dan kelaparan. Nasib baiklah abang ipar ku pakar memasak dah siap-siap masak dari rumah, bawak lauk dan nasi semua. hahahaha.... apa lagi kiteorang naik bilik check in terus balun nasi lah. Mengigil kepala lutut semua lapar. khikhikhi.... Bila dah kenyang semua layan tilam ler kan, nak kuar pun tak de gie mana, aktiviti kiteorang pun bermula hari sabtu. So malam tu dok bilik jer lah, anak-anak buah jer kuar tah gie mana malam tu, cari kedai makan katanya. Saya dok kat bilik jer dengan mak, sebab ada si kecik, anak-anak yang lain ikut mak ususnya keluar. hehehehe....

Bermula sabtu pepagi lepas sarapan, kiteorang gie berendam di water park dulu. Saya hanya teman anak-anak main air. Si kecik atoknya jaga tido kat Cabana yang kiteorang sewa. Yang lain, masing-masing layan permainan di water park. Sampi pukul 12.00 tengahri jer, lepas tu semua dah kebuluq lapar. Keluar gie makan di luar kawasan berhampiran resort, ada kedai-kedai makan banyak gak. Cuma sedap ngan tak jer lah. 

Pukul 2.00 petang plak, kiteorang masuk Safari Park, adehhh....nie memang lotih ya amat. Dah ler panas kan, nasib lah si kecik saya tak meragam. berpeluh-peluh kiteorang gilir-gilir tolak stroller dia. hehehe... Banyak gak lah binatang dalam nie yang boleh kite tengok secara dekat. Keterujaan tu lebih kepada anak-anak lah kan, diaorang memang suka tengok binatang-binatang tu smua. heheheh.... Habis lawatan kami dalam safari tu dalam pukul 5 petang gak, tapi semu adah letih macam baru balik dari padang pasir. hahahaha.... balik bilik semua lepak, membongkang keletihan. Malam sepatutnya masuk balik ke safari park sebab ada persembahan ala-ala red indian tu kan, main-main api dalam mulut tu. Tapi sebab semua dah tak larat maka lepas makan malam kiteorang jejalan di kawasan resort. Yang best kat Carabbian nie ada funfair. Kira macam mini funfair lah. Tak de besar sangat, boleh lah menghilangkan bosan anak-anak. Pukul 10 malam semua balik bilik tido.... esoknya lepas sarapan, sempat lagi anak-anak ku mandi kolam sekali lagi. check out kul12 dan terus gerak balik K.L. Mak, adik, kak long dan abag ipar balik ikut Segamat, sebab diaorg balik muar. Kiteorang balik lah ke Putrajaya.... 

Alhamdulillah...sepanjang perjalanan drive dengan selamatnya. Dan baby Ammar tak banyak ragam, terima kasih lah sayang mama yang baik hati. Syukur sangat...hehehe..


Continue Reading

{Produk Shaklee} Garlic Sebagai Antibiotik

Garlic. Dalam bahasa melayu bawang putih. Kalu dalam cite melayu lama bawang putih nie jahat kan.... hahaha. Melalut plak. Nak cite pasal manfaat Garlic nie. 
Sebenarnya dari zaman dulu kala penggunaan garlic nie sangat baik sebagai antibiotik. Yelah...dulu2 mana ada ubat macam sekarang. So banyak mengunakan sumber tumbuh-tumbuhan. Korang tahu tak bawang putih nie ada nama saintifik dia, haaa...nama dia ALLIUM SATIVUM. Best tak nama dia? hehehehe....


SEJARAH PENGGUNAAN BAWANG PUTIH.
Bawang Putih telah digunakan untuk tujuan masakan dan perubatan sejak 4000 tahun yang lalu. Keberkesanan anti-mikrobnya telah dikenal pasti jauh lebih lama sebelum penemuan mikrob.

MESIR:
Bawang putih telah digunakan untuk meningkatkan stamina, kekuatan dan perlindungan penyakit oleh hamba dan buruh yang membina PIRAMID. Di samping itu, ia juga digunakan oleh askar untuk meningkatkan semangat juang mereka dalam peperangan.
THAILAND:
Bawang putih dipercayai mujarab dari segi memanjangkan jangka hayat seseorang.
EROPAH:
(Perang Dunia I) - Bawang putih digunakan untuk mencegah jangkitan pada luka tentera dengan menyapu bawang putih yang dihancurkan di atas luka.
(Perang Dunia II) - Bawang putih digunakan sebagai anti-biotik oleh askar.
Ok, tu cerita mengenai sejarah bawang putih nie. Pada masa sekarang bawang putih masih juga digunakan di dalam bidang kesihatan. Seperti contoh Garlic Complex Shaklee. Nak tahu apa yang bestnya Garlic Complex Shaklee nie? Jom saya share.
Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Alisin tidak terdapat di dalam bawang putih“biasa” – ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau dihancurkan.
Bawang putih telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah.*
Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Khasiat Garlic Complex Shaklee
  • Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik  semulajadi yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.
  • Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil. Ibu yang mempunyai anak yang tidak cukup bulan boleh mengambil bawang putih sebagai makanan tambahan sebagai ikhtiar agar anak mendapat khasiat bawang putih melalui susu ibu.
  • Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema.  Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang boleh  mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
  • Bawang putih yang mengandungi antibakteria ini  juga membantu mengurangkan kolesterol dan lemak jahat.. Minyak atau jus bawang putih mempunyai kualiti sama untuk membantu mengurangkan lemak. Bahan berkenaan juga berfungsi membersihkan badan dari dalam agar bebas toksin.
Manfaat Utama :
  • Mengandungi Apearmint - mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Antibiotik yang selamat dan semulajadi - ia selamat untuk jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.
  • Menghalang Alergic - Menghalang penyakit berkaitan sistem imun seperti hidung yang sensetif, sinus, alergic, asthma, selsema dan hepatitis.
  • Mempertingkatkan Sistem Penghadaman - Formula Uniknya mampu mempertingkatkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman.
  • Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi - Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dalam tubuh dengan pantas. Raksa plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia.
  • Menurunkan kolestrol - Menurunkan kolestrol, LDL, Tringliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung, menghalang strok dan penyakit koronari.
  • Mencegah kanser - Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine
  • Menstabilkan Glukos - Menolong menstabilkan glokus di dalam tubuh kita.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

Bawang putih telah digunakan sebagai makanan dan ubatan dalam banyak kebudayaan sejak beribu-ribu tahun, sekurang-kurangnya semenjak piramid Giza telah dibina. Bawang putih masih dicucuk tanam di Mesir, tetapi jenis Syria lah yang paling digemari (lihat Rawlinson, Herodotus, 2,125). Bawang putih ada disebut didalam Alkitab dan Talmud. Hippocrates, Galen, Penatua Pliny, dan Dioscorides menyebut penggunaan bawang putih untuk pelbagai keadaan, termasuk parasit, masalah pernafasan, pencernaan dan tenaga rendah. Penggunaan di China mula-mula disebut pada AD 510 sebagai penahan sakit (palliative) dari haba matahari untuk pekerja ladang. Dalam penubuhan Korea sebagai sebuah negara, dikatakan tuhan-tuhan telah memberi keabadian kepada kaum wanita dengan semangat beruang dan harimau sebagaimana sifat keabadian bawang putih hitam, sebelum mereka mengawan. Ini memangnya satu yang luarbiasa dari segi nasab (genetik), dengan bawang putih-hitam 6 ulas mampu memberi wanita kuasa luar biasa dan keabadian. Bawang putih ini masih ditanam di beberapa kawasan pegunungan sehingga hari ini. Dalam Natural History, Pliny memberikan senarai yang sangat panjang senario di mana ia dianggap bermanfaat (NH xx 23). Dr. T. Sydenham menilainya sebagai suatu permohonan secara bersama penyakit cacar, dan, kata Cullen (Mat Med. Ii. P. 174, Ia telah digunakan oleh askar Yunani dan Rom purba, kelasi, dan pembesar atasan (Virgil, Ecologues ii. 11), dan, menurut Pliny the Elder (Sejarah Semulajasdi xix Asli 32), oleh golongan petani Afrika. Galen memuliakan (eulogizes) sebagai "sifat tawaduk” (“rustic theriac") (peyembuh pelbagai penyakit) (lihat Aegineta F. Adams 'Paulus, p. 99) , dan Alexander Neckam, seorang penulis abad ke-12 (lihat edisi Wright terhadap karya-karya beliau, ms 473, 1863), mencadangkan 1789), mendapati beberapa pembengkakan berair (dropsies) telah disembuh dengan begitu sahaja. Pada awal abad ke-20, ia kadang-kadang digunakan dalam rawatan TB paru-paru atau penyakit paru-paru pulmonary tuberculosis or phthisis..

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Bawang putih telah digunakan sebagai makanan dan ubatan dalam banyak kebudayaan sejak beribu-ribu tahun, sekurang-kurangnya semenjak piramid Giza telah dibina. Bawang putih masih dicucuk tanam di Mesir, tetapi jenis Syria lah yang paling digemari (lihat Rawlinson, Herodotus, 2,125). Bawang putih ada disebut didalam Alkitab dan Talmud. Hippocrates, Galen, Penatua Pliny, dan Dioscorides menyebut penggunaan bawang putih untuk pelbagai keadaan, termasuk parasit, masalah pernafasan, pencernaan dan tenaga rendah. Penggunaan di China mula-mula disebut pada AD 510 sebagai penahan sakit (palliative) dari haba matahari untuk pekerja ladang. Dalam penubuhan Korea sebagai sebuah negara, dikatakan tuhan-tuhan telah memberi keabadian kepada kaum wanita dengan semangat beruang dan harimau sebagaimana sifat keabadian bawang putih hitam, sebelum mereka mengawan. Ini memangnya satu yang luarbiasa dari segi nasab (genetik), dengan bawang putih-hitam 6 ulas mampu memberi wanita kuasa luar biasa dan keabadian. Bawang putih ini masih ditanam di beberapa kawasan pegunungan sehingga hari ini. Dalam Natural History, Pliny memberikan senarai yang sangat panjang senario di mana ia dianggap bermanfaat (NH xx 23). Dr. T. Sydenham menilainya sebagai suatu permohonan secara bersama penyakit cacar, dan, kata Cullen (Mat Med. Ii. P. 174, Ia telah digunakan oleh askar Yunani dan Rom purba, kelasi, dan pembesar atasan (Virgil, Ecologues ii. 11), dan, menurut Pliny the Elder (Sejarah Semulajasdi xix Asli 32), oleh golongan petani Afrika. Galen memuliakan (eulogizes) sebagai "sifat tawaduk” (“rustic theriac") (peyembuh pelbagai penyakit) (lihat Aegineta F. Adams 'Paulus, p. 99) , dan Alexander Neckam, seorang penulis abad ke-12 (lihat edisi Wright terhadap karya-karya beliau, ms 473, 1863), mencadangkan 1789), mendapati beberapa pembengkakan berair (dropsies) telah disembuh dengan begitu sahaja. Pada awal abad ke-20, ia kadang-kadang digunakan dalam rawatan TB paru-paru atau penyakit paru-paru pulmonary tuberculosis or phthisis..

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Continue Reading

Friday 21 November 2014

{Produk Shaklee} Kenapa pilih Vitamin C Shaklee

Bila sebut Vitamin C, semua dah terbayang yang Vitamin C nie khas untuk kulit.
Nak kulit cantik, licin, lembap semua ada kaitan dengan Vitamin C. Sebelum tu jom kita berkenalan dengan Vitamin C Shaklee nie atau lebih dikenali sebagai Sustained Release Vitamin C 500mg.

Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.
Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

Siapa yang memerlukan Vitamin C nie?

Antara mereka-mereka yang memerlukan vitamin C ialah, perokok, warga tua, ibu hamil, mereka yang menjalani pembedahan, mereka yang selalu mengalami selsema dan demam, ibu yang menyusukan bayi, penghidap kencing manis, mereka yang tinggal bersama perokok, stress dan mereka yang inginkan kulit lebih cantik.


Manfaat Vitamin C
  • Membentuk Kolagen : Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oeh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan : Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun : Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang banteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan memgurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi kanser : Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan menrangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan Kulit : Ambil Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia : Ia memperbaiki insomnia, stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat : Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah sihat, menghindarkan Arteriosclerosis, Thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan seberal dan skurvi.
Haaa...dah tahukan banyak manfaat Vitamin C nie. Memang banyak di pasaran pelbagai jenis Vitamin C nie, tapi pastikan anda memilih yang semulajadi dan berkesan. Macam Vitamin C Shaklee nie, ia dicipta dengan Sustained Release. Sebab ia akan dilepaskan perlahan-lahan oleh tubuh bila diperlukan saja. Ha! kan jimat tu, tak de lah terbuang bazir jer kan. Vitamin C nie vitamin yang mudah termusnah dan larut air.

Tengoookkkk.....sebiji Sustained Release Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji oren. Sebotol Vitamin C ada 180biji, kalu darabkan dengan 7biji bersamaan dengan 1,260 biji oren semuanya. Sehari perlu ambil sebiji jer, kalu sebotol ada 180 biji, mau tak 6 bulan tahan nya. Adoiiii...jimat betul wei. Sebotol baru RM92.50, sebulan RM15.00 jer, sehari baru pakai RM0.50 jer tau. Kos untuk kulit lebih cantik dan badan lebih sihat. Kalu nak harap sehari makan buah oren segar 7 biji, bleh ker? Kos jer nak beli oren segar yang terbaik dari ladang dah bape RM dah kan. Haaa..jadi lah pengguna yang bijak hokey!. (^_^)
Anda mesti dapatkan Vitamin C Shaklee nie, rugi kalu tak ambil. Nak dapatkannya boleh sms@ wp seperti no tertera di bawah nie. (^_^)
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Thursday 20 November 2014

{My Resepi} Homemade Pizza Roti

Petang tadi lepas COD vitamin di Presint 5, Putrajaya. Jemput anak-anak di taska, beli barang-barang nak buat pizza.

Cadangnya nak menguli tepung, tapi tengok hari gelap nak hujan dah. Malas ler pulak, terus teringat ada resepi pizza roti hasil dari google. Hehehe...

Bahan-bahan dah ada, tinggal buat jer. Mudah, senang, cepat & yang penting sedap. Licin anak-anak sental....hehehe.
Mula-mula buat guna pemanggang ajaib jer, sebab nak panaskan oven malas. Hahaha...semuanya malas. Bakar dalam pemanggang ajaib kena api slow sikit. Kalu tak hangus berasap pizza ko jemah. Hahaha..

Dah abis licin, anak-anak siap request nak bawak gie taska esok. Haaa...kena lah buat lagi. Buat 2 loyang lagi. Alhamdulillah....anak-anak suka, mama lagi happy. 😄

Continue Reading

Tuesday 18 November 2014

{My Story} Putera Ammar Lutfi

Sekejap dah 3 bulan cuti...sepatutnya hari nie dah mula kerja. Tapi sambung lagi cuti.....hehehehe.
Kali nie biarlah Ammar dah 6bulan baru masuk kerja. Exclusive menyusukan anak sehingga 6bulan, lepas tu sambung lagi sehingga 2 tahun. Insyallah...moga dipermudahkan. 

Ammar pun dah semakin cerdik. Dah kenal orang disekeliling dia. Dia suka kalu orang ramai. Nak-nak kalu duduk rumah sepupunya semua suka melayan dia, balik rumah sendiri jer merenggek sebab takde yang nak melayan dia bagai putera raja. Hahahaha...



Semoga menjadi anak yang soleh yea Muhammad Ammar Lutfi. (^_^) 
Continue Reading

Wednesday 12 November 2014

{Produk} Sakit Sendi? Omega Boleh Membantu.


Ada yang mengalami sakit sendi? Berapa umur anda sekarang? Tahukah anda kenapa ianya berlaku walaupun pada usia yang masih muda?


Ok, jom saya nak cerita bagaimana dan punca berlaku sakit sendi. Sebelum tu kita tengok beberapa fakta dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai penyakit berkaitan sendi.

  • 1 dari 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko mendapat Osteoporosis
  • 50% dari kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun adalah disebabkan Osteoporosis
  • 1 dari 1,000 kanak-kanak di Malaysia berisiko mendapat Radang Sendi ( Rheumatoid Arthritis, RA )
  • Risiko penyakit RA menyerang wanita 3 kali ganda dari lelaki
  • 52% pesakit RA di Malaysia tidak dapat kembali bekerja kerana kecacatan disebabkan tidak dapat rawatan awal
  • 42% pesakit RA adalah berumur di bawah 50 tahun

Punca Sakit Sendi?

Secara umum, sendi boleh sakit disebabkan kerosakan pada ligamen, otot, kulit, pangkal saraf atau sendi itu sendiri. Antara punca kerosakan 
  1. Kemalangan- boleh mencederakan otot dan sendi, meningkatkan risiko kesakita sendi
  2. Kecederaan disebabkan bersukan, mengangkat benda berat atau pergerakan berlebihan
  3. Faktor  usia - cartilage menipis, kepadatan otot berkurang dan kusyen sendi berkurang bila semakin berusia boleh menyebabkan sendi sakit
  4. Berat badan berlebihan - boleh memberi tekanan kepada sendi dan menyakitkan
Sendi ada beberapa jenis seperti sendi lesung (bahu, pinggul), sendi engsel (lutut, siku) dan banyak lagi.

Penyakit berkaitan sendi?

  1. Penyakit auto imun seperti  Rheumatoid Arthritis (RA) dan Lupus (SLE)
  2. Gout
  3. Arthrithis
  4. Osteoporosis
  5. Tendinitis
  6. Penyakit berjangkit seperti influenza, hepatitis dan rubella

Tanda-tanda sendi tidak sihat

  1. Mudah kejang dan tegang pada sendi
  2. Rasa lenguh-lenguh dan kebas yang berlarutan
  3. Bengkak pada sendi
  4. Rasa sakit pada sendi terutamanya bila bergerak
  5. Bunyi berkeriuk pada sendi

Tips penjagaan kesihatan sendi

  1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
  2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
  3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti : 
  • Glucosamine - membantu pembentukan kartilaj
  • Kalsium dan mineral - membantu pembentukan sel tulang yang sihat
  • Omega 3 - bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
  • Vitamin D - meningkatkan penyerapan Kalsium
  • Vitamin C - bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

1. Joint Health Tablet
  • Membantu mengekalkan tulang rawan sihat
  • Mengandungi tiga bahan penting yang menyokong kesihatan sendi iaitu : 
            - Ekstrak Boswellia : Menyokong keselesaan sendi
            - Ekstrak Jagung : Meningkatkan kesan kusyen
            - Vitamin C, Mangan, Tembaga dan Zink : Memelihara tisu sambungan yang sihat
  • Telah diuji secara klinikal berkesan dalam masa 5 hari
  • Tidak mengandungi kondroitin sulfat yang tidak diserap dengan baik apabila diambil secara oral serta boleh mengganggu penyerapan glukosamina
 2. Omega Guard

  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengandungi Omega 3 yang membantu : - melambatkan degradasi tulang rawan
            - mengurangkan reaksi keradangan dan mengurangkan gejala sakit sendi
            - bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar 
  • Diproses melalui kaedah penyulingan berperingkat untuk membuang bahan kontaminan (plumbum, merkuri dll.) dan mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans
3. Ostematrix
  • Mengurangkan inflamasi
  • Mengekalkan sel tulang yang sihat
  • Mengurangkan gejala sakit sendi dan tulang
  • Bertindak sebagai pelincir yang membantu pergerakan sendi lebih lancar
  • Terbukti secara klinikal diserap sepenuhnya selepas 12 jam pengambilan

Jangan lupa dapatkan set kesihatan sendi nie. Boleh hubungi / wp saya seperti no yang tertera di bawah nie. (^_^)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

Tuesday 11 November 2014

{Testimoni Produk} Omega Guard Pelbagai Manfaat


Hari nie nak share beberapa testimoni mengenai Omega Guard Shaklee nie. 
Ramai orang tahu Omega bagus untuk perkembangan otak serta minda kita. Tapi berapa ramai yang tidak tahu bahawa Omega juga mampu untuk menghilangkan Asthma dan juga mampu membakar lemak yang berlebihan di dalam badan kita?

Yaa....ianya hanya jika kita mengenali ketulenan Omega yang kita ambil. Pastikan yang anda ambil adalah tulen dan selamat digunakan. Ia bukan datangnya dari lemak ikan.








Itu antara sebahagian testimoni yang saya kongsikan, Kelebihan Omega Guard nie bukan saja untuk perkembangan otak, tapi bleh membantu dalam membakar lemak. Ha! sangat sesuai yang nak buang lemak dan kuruskan badan.

Ada juga testimoni dari anak sendiri. Saya mula mengambil omega masa menyusukan anak yang ke2. Perbezaan sekarang yang ketara ialah, dia lebih cepat bercakap dengan jelas berbanding kakaknya dulu. Tak pelat, dan mudah faham apa yang kita cakap atau bagitahu dengan dia. Banyak bertanya sebab dia nak tahu. rRajin nak membaca walaupun belum tahu mengeja. Anak yang aktif dan Alhamdulillah....jarang anak-anak saya demam. Kalu ada pun ambil masa dalam 2hari atau 3 hari saja. Lepas tu dah ok. 

Pelaburan kita untuk kesihatan anak-anak sebenarnya tidak merugikan pun. Insyallah...kebaikan dari kesihatan mereka memberikan kebahagian kepada kita. 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
 
Continue Reading

Tuesday 4 November 2014

{Produk Promo} Vitamin Bijak! Omega Guard Shaklee

Salam semua...
Seperti biasa setiap bulan memang Shaklee akan buat promosi produk-produknya. Bulan November nie pula promo OMEGA GUARD SHAKLEE BUY 6 FREE 1. 

Kalu sebut Omega, mesti ramai yang akan kata ia bagus untuk otak. Yes! Betul sangat...tapi tahu tak semua, omega bukan saja bagus untuk perkembangan otak? Banyak khasiat Omega sebenarnya.
Yang saya maksudkan ialah omega-3, dari mana sumber omega-3 nie?
Ok jom saya sharekan apa yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee. 


Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard adalah merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang menpunyai rangkai spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA & DHA. 

Shaklee mengunakan kaedah Ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, diaoksin dan PCB (Polychlorinated biphenyl)- merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

Manfaat Omega Guard ;




ok, next entry saya akan kongsikan testimoni-testimoni mereka yang telah mengamalkan Omega Guard ini. (^_^)

Jika nak dapatkan promosi Omega Guard Shaklee buy 6 FREE 1 bulan nie, boleh whatsapp 0192691158 hokey.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading