Sunday 19 October 2014

{My Story} Aktiviti Anak-anak ke Rabbit Farm

Salam berhujung minggu kekawan bloggers semua... (^_^)

Macam biasa aktiviti bersama anak-anak dihujung minggu. Kali nie nie kami ke Rabbit Farm di Broga. Dah lama nk bawak tapi tak berkesempatan. Last pergi rabbit farm masa cqah kecik lagi.

Rabbit Farm nie rupanya hanya bukak hujung minggu atau cuti sekolah dan cuti am saja. Hari bekerja dia tak bukak. Patutlah hari selasa yang lepas pergi ke rabbit farm tutup. Hihihi....

Kami pergi lepas zuhur, sampai sana ada banyak gak binatang-binatang lain selain rabbit. Dan yang paling tak best sekali ialah anak-anak saya takut plak dengan rabbit. Sebab rabbit tu melompat-lompat ke sana sini. Dan mungkin diaorang nie geli kot.

Paling diaorang suka kuda. Amni memang peminat kuda. Tak takut plak dengan kuda, dengan rabbit bukan main takut dia. Hehehe.... Dapatlah naik kuda yang sekejap jer. Mahal gak RM8 sekali naik, round pusing sekejap jer. Kebetulan hujan pun dah start turun. Lebat juga masa tu, ingat kan kalu dah tedung bleh nak bagi makan haiwan-haiwan lain. Tapi tak de tanda-tanda nak berhenti pun, last-last hubby dah ajak balik. Dia kesian tengok anak-anak tadi dah kena hujan. Takut demam plak.

Jom layan gambar plak. Hehehe....

Continue Reading

Wednesday 15 October 2014

{My Story} Loom Bands pulak dah...

Cqah : mama...kita nak beli getah frozen bleh tak?
Mama: Getah apa?
Cqah: Getah banyak-banyak, ada warna warni mama. Getah kecik-kecik. Kawan kita mama dia belikan. Boleh buat gelang.
Mama: Ha? Nak wat per.... (dalam hati dah agak mesti Loom bands nie.)
Cqah: Cqah tahu buat...kawan dah ajar. Mama beli lah kan...
Mama: mintak ayah lah.
Haaa...tu lah anak-anak, jemput dari sekolah ada macam-macam cerita mereka. Siap call ayah dia suruh balik cepat nak gie beli getah tu. Ermmm.... ayahnya pun ikut gak cakap anak.
Malamnya gie cari kat alamnda. Nasib beli kotak kecik jer. Yelah...mahal jer. Barang made in China jer. Dah malas nk ke tempat lain cari. Husband ajak gie uptown kebetula  hari hujan plak tu. So malas lah. Cari je asal ada.
Balik rumah...ha! Masak ler mama yang kena buat. Berpenar mata mama dibuatnya. Tengok dalam kertas dia tu apa tak faham cara dia. Pas kat husband plak buat. Hahahaha.... tak jadi apa ler.
Last-last, anak buah saya suh bukak jer dalam youtube ada ajar cara nak buat dari basic sampai advance. Hehehe...
Fuhhh....berpeluh ler nak membuatnya.
Bila tengok youtube tu baru lah faham dan senang jer upanya.
Ah...sudah, mama nya plak yang gian nak membuat. Macam-macam corak leh buat. Hahahaha... hamik ko! Dalam tak tahu dah jadi tahu terus gian plak nak membuat. Siap cakap dengan husband nanti nak gie cari lagi getah nie. Hehehe...
Jom layan gambar plak. (^_^)
Continue Reading

Monday 13 October 2014

{My Story} Aktiviti Bersama Anak-anak

Hujung minggu yang lepas, anak-anak request suh buat kek. Nak bawak gie sekolah plak katanya. Adehhh... bahan plak tal cukup, so kemalasan mamanya pun yea gak. Hihihi....

So dapat idea biskut jejari yang lebih candy buffet rumah kak Ngah ada so coklat masak pun ada. So cairkan coklat so diaorang celup-celupkan dan tabur lah gula-gula manik sebagai hiasan. Kalu ada badam hancur lagi best kan. Jadi macam peppero. Hehehe... Buat jer lah apa yang ada.

Seronok gak anak-anak sekali sekala ada kan aktiviti macam tu. Nampak simple jer tapi bagi mereka ialah belajar sesuatu yang baru kan.

Anak-anak rajin gak nak menolong kat dapur tapi kita selalunya suruh anak kita dok tengok tv lah, gie main tempat lain lah. Sebenarnya bagus kita bagi mereka tengok untuk belajar. Dan dah semestinya pelbagai soalan-soalan akan mereka tanya, betul x? Jenuh ler kan nak menjawab. Semuanya 'KENAPA?' heehe...


Continue Reading

{Info Sihat} Daging Kambing Rendah Kolestrol???

Haaa....saya pun baru tahu nie sebenarnya, hehehehe. Memang tahu daging kambing tu makanan sunnah Rasullah s.a.w, tapi pasal dagingnya rendah kolestrol tu saya tak tahu.

Saya baca dalam majalah Harmoni, menyatakan daging kambing tu rendah kolestrol dan mempunyai vitamin C nya sendiri tanpa teroksida. Ha! dan yang korang semua perlu tahu, daging kambing adalah antara daging yang paling rendah kolestrolnya berbanding daging-daging yang lain. Wahhhh...terkesima plak saya membacanya. Ya Allah...selama nie kita nie tertipu dengan persepsi negatif dan percaya orang cakap jer kan. Ish,,ish,,,rugi kan kalu tak makan daging kambing.

Jom saya kongsikan sebahagian dari info yang saya dapat. Moga lepas nie tak de masalah kita takut sangat nak makan daging kambing. (^_^)

Kambing Golek....sedapnyeee... hehehe.

Continue Reading

Sunday 12 October 2014

{My Resepi} Roti Sarang Tebuan Lah Pulak...

Salam hujung minggu semua....
Cite pasal roti sarang lebah nie memang dah lama buat saya terliur. Hehehe... Geram dengan limpahan sos butterschot dia tu. Ermmm...apa lagi, en.google ada kan. Mintak jer dia resepi, macam-macam versi ada.

Bila dah dapat resepi tu, misi membeli bahan plak. Sebab malas nak kuar dengan anak-anak lagi, suh lah husbd belikan bahan. Tapi sekali beli macam lah wife dia nk bukak kilang roti. Fuhhh....yogurt 1.5kg x 2 tong, haaa...agak2 apa saya nak buat dengan yogurt bebanyak tu. Hehehe... Dah ada tu buat je lah apa-apa aje nanti.

Ok, resepi pun saya dapat dari blog orang lain yang kongsi. Servey-servey semua lebih kurang sama jer bahan-bahan dia. Yang buat sedap ke tak cara tangan kita sendiri yang membalun roti tu macam mana yea dak... hehehe..

Bahan-bahannya;

Untuk Doh Roti 
 
- 2 cawan tepung gandum / tepung roti
- 1/2 sudu teh dry yis 
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh baking powder
- 1 sudu besar gula pasir
- 1/4 cawan plain yogurt / atau boleh ganti dengan fresh milk kalu tak de yogurt
- 1/4 cawan minyak sunflower / minyak masak pun boleh
- 1/2 cawan air suam

Hiasan:
- Almond flakes, pumpkin seeds

Untuk Sos Butterscots

- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan shipping cream / boleh ganti susu cair kalu tak de whipping cream
- 1/2 sudu teh vanilla essen
- 25 grm butter
- secubit garam

Cara-caranya :

 Sos Butterscocts:

- Cairkan butter, masukkan gula perang, kacau sehingga gulanya cair dan berbuih.
- Tuangkan whipping cream perlahan-lahan sambil mengacau.
- Masukkan vanilla essen dan kacau sebati semuanya. Tutup api dan biarkan ketepi.buat pula adunan roti.

Doh Roti :

- larutkan yis dan gula dalam air suam dan biaran sampai berbuih.
- Dalam mangkuk adunan campurkan garam, tepung, baking pwder dan kacau sebati.
- Masukkan campuran yis tadi bersama yogurt ke dalam mangkuk adunan.
- Uli dengan tangan dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan terus mengadun doh sehingga tidak lekat di tangan. (uli dengan cara menyental)
- Uli dengan cara elastik, makin lama di uli makin gebu dan lembut hasil rotinya nanti.
- Setelah puas menguli, rehatkan oh tadi sehingga naik 2x ganda di tempat yang panas sedikit dan tertutup. Nak tutup dengan tudung saji pun boleh. (^_^)
- Bila doh dah naik, tumbuk-tumbukkan doh tadi supaya angin nya keluar.
- Sapukan tangan dengan sedikit minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat-rapat di dalam loyang. Sebelum itu pastikan loyang telah disapukan sedikit minyak. Buat sehingga habis doh tersebut.
- Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes dan biarkan doh rehat dan naik 2 kali ganda sekali lagi.
- Sementara menunggu doh naik sekali lagi, panaskan oven dengan suhu 180 - 200'c dengan api atas bawah. (ikut oven masing2 yea. )
- Pastikan oven telah betul-betul panas baru masukkan doh tadi. Bakar selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga roti keperangan di atasnya. Jangan lama sangat nanti roti keras.
- Setelah masak dan kuarkan dari oven, tuangkan sos butterscotch di atasnya. atau nak tuang masa nak makan saja pun boleh.
 
Selamat mencuba kekawan semua. :) 
Continue Reading

Tuesday 7 October 2014

{My Story} Apa Ada Dalam Beg Mama?

Alahai...nak cite pasal apa yang ada dalam handbeg plak. Haaa....kalu zaman anak-anak dara dulu tu handbeg kecik jer yea dak, apa jer yang ada. dompet, handphone, bedak, lipstik, tisu, minyak wangi small botol tu. Ermmm.. tu jer lah rasanya kan...

Tapi...bila dah bergelar ibu nie, kalu boleh handbeg mesti besar. Sebab nak isi macam-macam dalam tu. Dan...isi kandungannya juga dah berubah, hahahaha....betul tak? Haa...ibu-ibu di luar sana cuba check apa yang anda bawak kalu jejalan. Ada gak yang ibu-ibu dah malas nak bawa handbeg sebab dah ada handbeg 'Original' dok kiri or kanan or depan. hahahaha.... Yelah, kalu dah dukung anak tu, apa lah makna handbeg lagi yea dak... (^_^) dah tak penting dah semua tu. hehehe.

Jom saya nak sharekan apa yang akan saya bawa dalam handbeg besar gedabak saya nie. hehehehe.....

Yang nie biasanya ada dalam beg saya, kalu nak cepat tak sempat nak kemas beg pampes anak-anak, saya akan masukkan aje 2,3 keping pampes dan juga tisu basah. Untuk jejalan dekat-dekat lah. Ok tu jer yang ada dalam beg saya. (^_^)

----------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

Continue Reading

Wednesday 1 October 2014

{Produk Promo} ESP Shaklee buat Tragedi Oktober pulak?

Alahai.....tanjat gugurl, bulan ni macam mimpi plak promo produk ESP Shaklee. Wahaiii....nie rasa nak mandi ESP jer bulan nie. hahahaha..... Syukur sangat-sangat, sebab apa produk yang memang HOT lagi menjadi kegilaan ramai. Kena plak promo buy 6 FREE 1, alamak hai....rugi sapa tak mau. 

Mai..mai...nak cite apa yang hebat sangat produk nie. hehehhe...

Khasiat & Manfaat Berganda Dengan ESP 
  • ESP menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
  • ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikannya.
  • ESP membantu penghasilan susu
  • ESP memberi tenaga, badan stamina sihat dan kurang letih
  • ESP menghasilkan susu lebih pekat, kesannya bayi cepat kenyang dan kurang meragam
  • ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  • ESP membuatkan rasa cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • ESP berupaya menhilangkan parut jerawat.
Energizing Soy Protien (ESP)
  • Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.  
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.
  • Membekalkan tenaga.
  • Memberikan rasa kenyang. 
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat.
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit.
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster).
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot.
  • Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
  • Mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

----------------------------------------------------------------------------------------
Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

{My Story} Koleksi Buku Bacaan Saya

Ramai tak kekawan yang suka membaca? Bacaan yang macam mana kekawan suka?
Novel ker, Sains fiksyen ker, motivasi ker, keagamaan ker, komik dan sebagainya?

Kalu saya lebih minat kepada motivasi, leadership manage, keagamaan dan novel sekali sekala. Masa zaman anak dara suka lah layan novel sebab ada masa terluang gak kan. Sekarang dah jadi ibu dan bekerja malas dah nak layan novel nie. hehehehe.... Sebab baca novel memang tak boleh nak berhenti, selagi tak habis baca. Nanti kang kerja rumah n anak-anak tak terurus plak. hahahaha....




Nie lah sebahagian koleksi buku-buku bacaan saya. Dah tak muat ruang yang ada. Berangan-angan kalu ada rumah yang besar akan ada satu ruang untuk perpustakaan mini. bestnya kan....hehehehe. Kena masukkan dalam vision board saya. Insyallah....mesti dapat rumah besar dan ruang yang selesa untuk keluarga saya. (^_^)



Continue Reading