Saturday 16 August 2014

{Info Sihat} Bagaimana Penyakit Hernia @ Angin pasang Terjadi?

Bercerita pasal Angin pasang atau bahasa saintifiknya Hernia, ramai gak yang tak tahu dan risau pasal hal ini. Termasuk lah saya....hehehhe..

Bukan apa, rata-rata yang saya baca dari blog-blog mereka kongsikan majoriti berlaku dari bayi lagi. Terutama bayi yang kuat menangis dan menjerit nie. Sooo....saya sebagai ibu yang bakal menimang cahaya mata baby boy nie perlulah tahu perkara-perkara sebegitukan. Dan memang pun ada pengalaman yang ditimba dari kakak-kakak saya yang ada baby boy, dan ada anak buah yang mengalami masalah Hernia nie. Tapi alhamdulillah....last-last tak jadi nak operate, dia mengecut sendiri.

Ok  saya nak share dari hasil bacaan saya mengenai Hernia @ Angin pasang nie, ia memang banyak berlaku dari bayi lagi terutama lelaki lah. Perempuan tak de lah. Hehehe.... ada gak berlaku pada orang dewasa. Macam mana Hernia@ Angin pasang nie berlaku?

Hernia kanak-kanak lazimnya berlaku semasa tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya. Hernia jenis ini selalunya tidak mendatangkan bahaya pada kanak-kanak. Cuma kadangkala tisu-tisu terjerut di dalam bukaan dan tidak boleh di tarik semula kepada kedudukan asal. Ia terjadi apabila;

  • Sebahagian daripada organ badan tertentu seperti gelungan usus menonjol keluar daripada dinding ototyang lemah atau terbuka.
  • Ia juga boleh jadi membran abdomen atau tisu lain yang menolak dinding otot sehingga menyebabkannya menjulur ke dalamruang yang tidak sepatutnya.
Penonjolan inilah yang dipanggil Hernia yang kelihatan seperti bengkak atau benjolan yang keluar daripada kaviti tubuh.

Terdapat Dua Jenis Hernia Yang Biasa Terjadi pada Kanak-kanak.

  1. Hernia Umbilikal pada bahagian pusat
  2. Hernia Inguinal yang terjadi di sekitar pangkal peha di mana abdomen bertemu bahagian atas peha.

Bagaimana Cara Rawatan Hernia?

Ada beberapa jenis rawatan samada secara traditional atau rawatan moden. Sekiranya jenis Hernia Umbilikal rawatan jenis traditional boleh digunakan tetapi sekiranya Hernia Inguinal tiada rawatan lain selain daripada pembedahan. Pembedahan ini dikenali sebagai Herniotomy.

Petua Menghilangkan Hernia/ Angin Pasang.
  • Bayi lelaki, ketika di dalam hari lagi, kalau boleh tuamkan bahagian bawah kemaluannya dan perutnya dengan jintan hitam. Ini untuk mengelakkan bayi dari mendapat kembung dan penyakit angin pasang.
  • Bagi bayi lelaki, sebaik-bainya selepas mandi, sapukan sedikit Vicks dibawah kemaluannya. Ini untuk menghindar dari angin pasang.
  • Gunakan daun sirih atau daun kecubung yang di layurkan di atas tudung periuk dan disapukan sedikit dengan minyak kelapa. Agak-agak suam tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan sekitar kemaluan bayi.
  • Gunakan ramuan herba jintan yang dicampur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain. Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam, tuam di kawasan yang disebutkan tadi.
  • Tuamkan guna lada hitam/ biji sawi yang digoreng tanpa minyak. Lepas tu bungkus dengan kain dan baru tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan sekitar kemaluan bayi. Ini dilakukan setiap hari selepas dimandikan bayi pada waktu pagi/ petang.
  • Tuamkan dengan pasir bercampur halba yang dipanaskan atas api dalam periuk. Kemusian, masukkan ke dalam kain, buat bunjut dan ikat terus tuam perut baby dengan telur dia sekali secara menaik. dari bawah dan angkat ke atas guna bunjut itu.
  • Celupkan daun sirih atau kecubung dalam air suam lepas itu selawat dan tekap-tekap kan dia kawasan 'anu' bayi. Selepas itu urut secara menurun dari pinggang( buat dalm keadaan kedua-dua belah tangan terbuka) ke tepi kelengkang bayi. Gunakan minyak bayi supaya bayi lebih selesa.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
  

0 comments: